Jumaat, 22 Ogos 2014

Abdillah Onim melaporkan perang di Gaza (akhir)

Onim: Gaza Mempertahankan Maruah Dengan Bantuan Allah

Abdillah Onim yang bertugas sebagai wartawan di Gaza,sentiasa  menjadi sasaran (target) tembak tentera rejim Israel kerana selalu berada di medan pertempuran.

Onim juga melaporkan suasana di Gaza melalui stesenTVOne dan media cetak  ketika serangan selama 29 hari yang bermula 7 Julai hingga gencatan senjata pada hari ke 29 (5 Ogos) selama 3 hari.

Bagaimanapun genjatan  itu terburai selepas 72 jam kerana tidak tercapai perundingan serta tuntutan Briged Al-Qassam/Hamas.

Sementara wartawan dari luar sukar memasuki kawasan perang Gaza.Bahkan yang lolos ke sana banyak yang mati ditembak tentera Zionis.

Hanya Onim yang masih “liat” menjalankan tugas bahaya itu sehinggalah kini.

Ketika  serangan ke  Gaza selama 29 hari itu;  Zionis penjajah secara ganas membunuh orang awam, anak-anak dan wanita.

Namun keunggulan kumpulan penentangan Palestin (Gaza) ke atas  penjajah Zionis sangat membanggakan:

Tentera Palestin di Gaza terdiri daripada Briged Al-Qassam dan Jihad Islam  mampu menjalankan  operasi berkualiti dan taktik tentera tingkat tinggi yang mencengangkan tentera penjajah.

Mereka bahkan mampu menyelinap ke pusat kawalan lawan (Zionis).

Sniper tentera Gaza berjaya memburu askar Zionis penjajah  dengan kemahiran  tinggi, seperti para penembak tepat membidik buruannya.

Brigade Al-Qassam juga berjaya menghasilkan senapang  khusus- sniper jenis Gul.Ia adalah  senapang pertama di dunia dari segi ukuran, ketepatan, peluru dan jarak yang mematikan lawannya.

Pertama kalinya penentangan tentera Gaza menjalankan operasi komando (bawah laut) dengan nama "operasi katak manusia laut" dan dapat menyelinap ke barisan lawan.Mereka juga berkali-kali  berjaya menculik askar Zionis.

Bahkan  berjaya menghasilkan pesawat tanpa awak dengan tiga jenis berbeza sekaligus;dapat memata-matai, menyerang dan membunuh.

Keahlian tinggi tentera Gaza; khususnya Al-Qassam  melakukan pertempuran sampai terlibat  tembak berdepan  dengan Zionis dalam jarak tak sampai 10  meter.  Padahal kononnya tentera Zionis dikenal sebagai kekuatan keempat di dunia.

Barangkali yang paling melelahkan dan menakutkan Zionis adalah hujan ribuan roket jenis mortar yang jelas berkesan  dalam mengacah-acah barisan tentera Zionis dan menewaskan  mereka.

Serbuan yang dilakukan pejuang  al-Qassam mampu membuat pasukan Zionis ketakutan,  sebab kemahiran mereka   seakan seperti bermain “game Counter Strike.”

Antara penyebab lain adalah,  kehadiran jurucakap tentera Al-Qassam, terutama Abu Ubaidah yang ditunggu-tunggu Zionis tentang apa yang “bakal dikatakan.”

Bom barrel Al-Qassam sangat berkesan menghancurkan tank dan buldozer serta kenderaan pengangkut Zionis . Bom ini dicipta dan dihasilkan di Gaza.

Menjadikan rumah warga Palestin sebagai umpan untuk mengurung pasukan Zionis –ia  adalah taktik  yang tidak pernah dijangkakan  Zionis. Bahkan satu regu tentera Zionis dapat dibunuh dengan cara ini.

Roket Kornet dan roket  buatan Al-Qassam dengan mudah menjadi alat penghancur kenderaan tentera Zionis dan menjadi momok baru paling mengerikan.

Tentera Gaza mengatakan berjaya membunuh 160 askar dan komandan Israel . Ini belum pernah terjadi dalam sejarah ketenteraan Zionis bahkan tidak terjadi dalam perang dengan Lebanon.

Untuk pertama kalinya, tentera Gaza mengatakan berjaya menghasilkan roket berkualiti dapat menjangkau jauh. Roket seperti AR160, Sijjil 55, J80, Barraq 100, Barraq 70 yang mampu menjangkau kota-kota utama Israel seperti Haifa, Ramata Kan, Dimona, Naharia, Gos  bahkan Tel Aviv.

Barangkali paling penting dalam perang kali ini adalah perang mengggunakan  terowong bawah tanah. Ini adalah penyebab  yang menjadi salah satu alasan Zionis menjalankan operasi tentera ke Gaza. Terowongan ini menjadi momok mereka.

 “Insiden ini membawa jumlah warga Palestin yang mati sejak dimulainya perang Israel di  Gaza sejak 7 Julai menjadi 1,810 orang,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qodra kepada Anadolu Agency.

“Hampir 9,400 warga Gaza juga terluka dalam serangan Israel,” ujarnya.

Relawan Indonesia yang menetap di  Gaza , Abdillah Onim, mengatakan  bahawa rakyat di wilayah itu sangat memerlukan ubat dan makanan kerana Israel masih terus adakan sekatan dan terus melakukan serangan.

"Selain itu, yang juga diperlukan ketika ini adalah alat kesihatan, team medikal, air bersih, pembalut, tilam, bantal, dan seumpamanya," katanya.

Menolak Bantuan Syiah


Antara kebijaksanaan Briged Al-Qassam ialah menolak bantuan Syiah kerana hanya berharap pada pertolongan Alllah sepenuhnya.

Jelas  keputusan itu memang tepat. Hamas di Gaza secara tegas menolak bantuan Hizbullah dalam perang melawan Israel.

“Untuk Zionis Israel, biar kami yang hadapi dan kami minta tolong kepada Allah SWT,” kata Hamas sebagaimana dilaporkan Abdullah Onim dari Gaza.


“Roket-roket dibuat atau direka sendiri di Gaza, Jika ada negara yang mengatakan, kami (Onim dan relawan) yang membawa masuk roket ke Gaza.’, “Itu bohong,” lapor Onim.

Sebelumnya, Hamas juga mengecam camputangan Hizbullah dalam perang Syria yang telah membunuh ratusan ribu Muslim Syria dan ribuan pelarian Palestin.

Pada Disember 2012, pegawai tinggi  Hamas, Bara’ Nizar Rayyan -putra Asy-Syahid DR Nizar Rayyan- mengkritik keras  pemimpin Hizbullah, Hasan Nashrallah. Dengan tegas, Nizar meminta Hasan berhenti “cari muka.”

”Ya Hasan Nashrallah, jangan kau cari sensasi di Gaza, sedang jenayah Bashar Asad kau bela…!” kritiknya.

Menurut Syaikh Abu Muhammad, sebelum teknologi itu dimiliki pejuang Palestin, perkara pertama dimiliki oleh mereka adalah keimanan yang kuat.


Keyakinan inilah, lanjut dia, yang kemudian mampu membangun semangat mujahidin untuk terus  melakukan penyelidikan, yang terkini dengan roket dan pesawat tanpa awak.
Menjalankan misi dan berjuang di wilayah bergolak tidak semudah berdakwah dan berceramah atau menyampaikan tentang perjuangan di hadapan ribuan jamaah.
Wilayah  Gaza sangat  berbeza dengan negara konflik lainnya seperti Iraq, Afghanistan.
Jika di Afghanistan dan Iraq atau di Libya konfliknya boleh reda dan kembali aman, sedangkan di Palestin konflik ini berpanjangan tidak ada tanda damai.
Sejak 1946 lagi hingga kini (2014),Yahudi merampas banyak tanah Palestin. Sehinggakan  sebahagian besar daripada para ulama Palestin mengatakan bahawa konflik antara Israel/Palestin ini hingga akhir zaman.
Yahudi Zionis pun sedar akan hal itu sehingga  mereka banyak menanam  pokok yang dikenali sebagai Gorgot di mana di akhir zaman nanti mereka akan bernaung dan berlindung di balik pokok yang dianggap sebagai pokok penyelamat.
Kanak-kanak dan wanita adalah mangsa terbanyak kerana Yahudi laknat itu bahkan menggunakan senjata kimia yang  dilarang oleh Geneva Convention.
Hampir setiap hari tentera Israel mengganggu warga  Gaza; setiap hari tentera haram Israel melakukan ugutan, kezaliman, pembunuhan terhadap orang awam di  Gaza. Mereka bahkan  meranapkan kebun  zaitun dan  kurma milik petani  Gaza dengan  bulldozer.
Onim pernah melakukan liputan di wilayah Khuza’ah Gaza di selatan. Wilayah Khuza’ah ini hanya berjarak kurang dari 500 meter dengan pos sniper Israel.
Ummu Al-Najjar namanya, rumah keluarganya berdekatan dengan kawat sempadan  antara Israel dan  Gaza. Di sekitar rumah beliau terdapat beratus pokok zaitun yang sudah berumur 40 tahun yang menjadi sumber rezeki, selain pokok zaitun juga terdapat 20 kotak madu  ternak lebah penghasil madu.
Suatu hari bulldozer dan  tank  Israel menerobos kawat di halaman rumah keluarga Ummu Al-Najjar, serentak tentera Israel melepaskan tembakan ke dinding rumah milik Ummu Al-Najjar dan menyuruh penghuni rumah keluar dan meninggalkan rumah.
Tiada penentangan dari keluarga Ummu Al-Najjar kerana   tidak memiliki apa-apa senjata untuk melawan. Ummu Al-Najjar hanya  berkata : “Apa yang kamu wahai Zionis..ini rumah kami dan ini tanah  kami..,” tentera Israel tidak peduli pada kemarahan  Al-Najjar.
Mereka terus meratakan  semua pokok zaitun dan ternak lebah, tidak hanya  zaitun, rumah milik jiran Ummu Al-Najjar yang mana rumah tersebut baru siap 3 bulan juga diratakan.

Sejak tahun 2009 Onim berada di  Gaza hingga kini; 2014, boleh dikatakan menjadi saksi hidup atas kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap warga  Gaza.
Beliau melihat sendiri mangsa berlumuran darah,  tak bernyawa, anak tak berdosa kehilangan anggota. Anak yang kehilangan kedua orang tua,isteri kehilangan suami, orang tua kehilangan anak.
Onim sendiri mengalami dan merasakan penderitaan serta kezaliman peperangan yang “dicipta” oleh zionis Israel.
Pada awalnya mengalami suasana itu; Onim berasa panik dan takut.Lama kelamaan terbiasa dengan gegaran,  dentuman bom serta suara roket dan suara pesawat jet tempur serta pesawat tanpa awak milik Israel.
Pada beliau relawan harus berani menerima risiko bila berada di wilayah konflik seperti  Gaza, tentunya harus memiliki bekal keikhlasan, kesabaran dan  tawakal serta dukungan keluarga tersayang.
Sokongan ulama Saudi
Setelah 29 hari Gaza dilanyak habis-habisan barulah kedengaran suara sokongan dari   86 ulama  Arab Saudi yang menyeru  umat Islam di seluruh dunia untuk mendukung Gaza  melawan serangan Zionis.
Mereka juga menuntut agar pemerintah Mesir segera membuka pintu Rafah selamanya.
"Bahu-membahulah kamu dan putuslah jalan orang-orang yang ingin memutuskan barisan dan merosak persatuan kita," seru mereka. 

Mereka menyeru  seluruh umat Islam agar memberikan bantuan  baik moral  maupun mata benda. Dan, jika bersikap tidak peduli pada nasib umat; maka  akan mengakibatkan fitnah dan mala petaka. 

Di antara ulama Saudi yang menandatangani kenyataan ialah Syeikh Sulaiman bin Wail, Nashir bin Sulaiman Al Amr,‘Ali bin Sa’id Alghomidy,  ‘Abdul ‘Aziz bin al Muhsin at Turki, Fauzan bin ‘Abdullah al Fauzan, Muhammad bin ‘Abdul ‘Aziz Al Lahim dan beberapa ulama lainnya.@

Tiada ulasan:

Catat Ulasan