Sabtu, 4 Disember 2010


Brazil akui negara Palestin 1967, AS marah

Saturday, 04 December 2010 12:04

Pengakuan atas negara Palestina diharapkan mampu membendung penjarahan Israel, tapi AS dan Barat enggan mengakui Palestin.


Hidayatullah.com--Pemimpin Fatah Nabil Sha'ath hari Jumaat (3/12) menyambut keputusan Brazil yang mengakui negara Palestin dengan sempadan wilayah seperti ditetapkan tahun 1967.

"Ini adalah hari kegembiraan dan sukacita bagi rakyat Palestin dan Brazil. Ini merupakan pengukuhan persaudaraan antara rakyat kedua negara dan persahabatan dengan Presiden Lula da Silva," kata Sha'ath dalam satu kenyataan.

Brazil bergabung dengan hampir 100 negara yang telah mengakui Palestin sebagai sebuah negara. Menurut Sha'ath, pengakuan adalah jalan tanpa kekerasan yang dapat dilakukan oleh masyarakat internasional untuk melawan pembangunan pemukiman haram oleh Israel, yang dianggapnya pasti mengancam persetujuan dua negara.

"Brazil membantu membangun jalan keadilan, kemerdekaan dan perdamaian di Timur Tengah."

Ketika melakukan kunjungan baru-baru ini ke Brazil, Sha'ath mengatakan bahawa Presiden Luiz InĂ¡cio Lula da Silva setuju untuk mengakui negara Palestin pada yang tepat tiba.

"Teman kami Presiden Lula menepati janjinya, sebagaimana biasanya, dan kami gembira dia telah memilih masa yang tepat ini," kata Sha'ath, yang merupakan Ketua Komisi Hubungan Internasional Fatah.

Sementara itu negara sekutu terdekat Israel, Amerika Serikat, justru mengecam keputusan Brazil.

"Keputusan Brazil sangat disesalkan dan hanya akan merosak perdamaian serta keamanan di Timur Tengah," kata anggota Komite Urusan Luar Negeri Parlemen AS dari Republik, Ileana Ros-Lehtinen.

Ros-Lehtinen mengatakan, negara yang bertanggung jawab akan menunggu sebelum melakukan langkah tersebut, setidaknya hingga Palestin memulai pembicaraan langsung dengan Israel dan mengakui keberadaan negara Yahudi tersebut.

Keputusan Brazil juga memantik emosi dari perwakilan Parti Demokrat AS Eliot Engel, yang mengatakan bahawa keputusan tersebut adalah “sesat” serta mencerminkan hembusan kebijakan luar negeri terakhir Lula yang sebelumnya sudah keluar jalur.

Engel mengaitkan keputusan tersebut dengan "kemesraannya" dengan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dan mengingatkan bahawa Brazil tengah membangun kekuatan sebagai suara vokal di dunia, namun melelui keputusan yang salah dengan langkah itu.

Komuniti internasional mendukung tuntutan Palestin bagi sebuah negara yang mencakup sebagian besar Semenanjung Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur, semua wilayah tersebut diduduki Israel pada Perang Enam Hari pada 1967.

Namun, AS dan sebahagian besar pemerintah Barat telah menunda pengakuan Palestin sebagai negara. Alasannya, mereka akan mengakui proses tersebut bila diiringi dengan proses negosiasi kesepakatan perdamaian dengan Israel.Negara kita Malaysia juga harus lebih berani dan tegas tentang kejahatan Israel ini.Jangan lagi kita lembek berbanding Brazil.hidayatullah.com]

Foto: Presiden Lula ketika peresmian nama Jalan Brazil, di depan kantor pusat Otoriti Palestin di Ramallah Mac lalu (Maan).

Selasa, 15 Jun 2010

Banyak harta karun Afghanistan


Punca AS tidak mahu tinggalkan Afghanistan

Pakar-pakar geologi Amerika menemui kawasan mineral di Afghanistan yang ditaksir bernilai hampir satu triliun dolar. Jurucakap Presiden Hamid Karzai, Waheed Omar pada hari Senin, mengatakan, kelompok pakar geologi Amerika ini menemui kawasan emas, besi, tembaga, lithium dan kobalt yang besar di Afghanistan.

Harian
The New York Times pertama kali melaporkan penemuan itu pada hari Isnin baru-baru ini. Akhbar itu mengutip pejabat-pejabat Amerika yang mengatakan sumber mineral itu “secara mendasar mengubah” perekonomian Afghanistan dan mungkin juga perang di negara itu.

Pejabat-pejabat mengatakan, Afghanistan dapat menjadi salah satu pusat perlombongan paling penting di dunia. Komandan Komando Sentral Pasukan Amerika, Jenderal David Petraeus kepada
The New York Times mengatakan “ini adalah potensi yang menakjubkan di Afghanistan.“

Omar mengatakan, kawasan yang belum terjamah itu merupakan sumber ekonomi yang bermanfaat bagi seluruh warga Afghanistan.

Justeru , umat Islam berhati-hatilah jangan “harta karun” ini terlepas begitu sahaja kepada kuffar yang akan menggunakan kekayaan hasil bumi kita untuk menzalimi kita balik sebagaimana di Iraq dan Palestin!

Jumaat, 7 Mei 2010

Ulama terkemuka Iraq dibunuh


Dibunuh bersama dua pengawalnya menggunakan pistol kedap suara (silencer). Pelakunya kelompok bersenjata tidak dikenal

Hidayatullah.com--Kabar duka menyelimuti umat Islam di Iraq atas meninggalnya Syeikh Dr Abdul Jalil Ibrahim Al Fahdawi, Wakil Ketua Majelis Ulama Iraq, pada hari Rabu (5/5) pagi. Ulama yang juga Pembantu Rektor Fakulti Akidah di Universiti Islam Baghdad ini dibunuh oleh sekelompok orang bersenjata tak dikenal, demikian keterangan rasmi yang dikeluarkan oleh Hai’ah Ulama Al Muslimin fi Iraq (Persatuan Ulama Muslim Iraq), Rabu (5/5).

Sumber Majlis Ulama Iraq menyebutkan bahawa peristiwa pembunuhan itu terjadi di depan rumah beliau dan para pembunuh menggunakan pistol kedap suara untuk melancarkan aksi mereka. Yang juga menjadi mangsa pembunuhan pada ketika itu dua pengawal peribadi Imam dan Khatib masjid Al Ikhwah As Shalihin Amiriyah ini.

Melalui keterangan rasmi, Hai’ah Ulama Al Muslimin fi Iraq menyebutkan bahawa pembunuhan para ulama terus akan terjadi selama Iraq masih diduduki penjajah dan perbuatan ini akan terus dilakukan oleh gerakan politik yang tunduk terhadap mereka.

Syeikh Al Fahdawi dikenal sebagai ulama musannid (memiliki sanad) yang thiqah. Beliau salah satu dari ulama yang memperoleh ijazah (izin periwayatan) dari Syeikh Abdul Karim Ad Daban, Mufti Iraq yang telah mati pada tahun 2007 lalu.

Selain ceramahnya yang memiliki daya tarikan tersendiri, selama lima tahun beliau aktif tampil di Tv untuk memberi fatwa bagi penonton yang ingin mengetahui hukum dari berbagai permasalahan yang mereka jumpai. [tho/ams/www.hidayatullah.com]

latarbelakang pluralisme agama

Interbiu ini telah diadakan pada akhir tahun 2009.Memandangkan banyak perkara yang dapat diambil manfaat terutama dengan latar belaknag historis fahaman pluralisme agama-blog sedarakita. blogspot menyiarkan semula untuk dibaca dan dihadham apakah pluralisme agama yang sedang "bergolek' di negara kita. ZAG

Pluralisme agama: Fahaman bahaya sedang mengancam umat Islam

Bookmark and Share

Fahaman pluralisme agama atau “memajmukkan agama” sedang mengancam umat Islam Malaysia yang asalnya bermula di Indonesia. ZAIN A. GHANI (ZAG) menemui DR ANIS MALIK THOHA, Timbalan Dekan di Research Management Centre UIAM, Gombak baru-baru ini. Dr Anis yang bergelut dengan isu yang mengancam aqidah umat itu sejak 2005. Tesis MA-nya tentang gerakan liberalisasi Islam di Indonesia menyentuh fenomena ini yang juga sedang melanda hebat di kalangan umat Islam di negara kita:

ZAG: Saya telah membaca tentang pluralisme agama yang sedang bergerak di masyarakat Indonesia yang berakhir dengan masyarakat Muslimnya haru biru. Khabarnya sudah ramai yang liberal dan ada juga menjadi Kristian di sana. Sejak lapan tahun Dr mengajar di Malaysia, proses pluralisme agama berjalan di peringkat mana di negara ini?

ANIS MALIK THOHA: Saya rasa di mana-mana pun sesuatu fahaman, ideologi atau agama jika tiada dokongan politik, ia berkemungkinan besar tidak akan berjaya. Jika kita kilas balik (menelusuri) kepada sejarah – agama atau ideologi jika tiada dokongan berwajib, ia tidak akan berjaya. Contoh konkrit ialah fahaman Muktazilah pernah berjaya kerana mendapat dokongan politik daripada khalifah di Baghdad. Begitu juga pergerakan Syaikh Muhammad Abdul Wahhab yang sekarang sedang “dikritik” hebat di Malaysia juga berjaya di Arab Saudi kerana dokongan kekuasaan atau pemerintah.

Di dalam konteks Malaysia, saya fikir akan sebegitu juga – sama dengan Indonesia. Apa yang dapat saya lihat di Indonesia, fahaman liberal yang juga kita kita panggil pluralisme agama sudah bermula disusupkan ke dalam masyarakat Muslim sejak tahun 1970-an.

Tokoh-tokoh muda seperti Nurkholis Madjid yang ketika itu pernah disebut sebagai “Natsir muda” sudah mula menyebarkan idea melalui organisasi beliau Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) yang bergerak di universiti. Tetapi setelah itu isu itu (fahaman pluralisme agama) diambilalih pihak pemerintah negara itu.

Bagaimana mereka melakukannya?

Setelah berlangsung pilihan raya yang pertama-tama kali di era Suharto (orde baru), beliau melantik menteri agama Prof Mukhti Ali, lulusan PhD McGill, Kanada.Sebagai menteri agama , satu-satu cara atau jalan untuk melempangkan (memudahkan) misi meliberalkan Islam di Indonesia ialah melalui Institut Agama Islam Negeri (IAIN)-kemudian ia merekrut juniornya, Prof Harun Nasution untuk memimpin IAIN.

Harun membawa fahaman neo Muktazilah. Dan mereka faham betul bagaimana cara untuk gerak kerja, iaitu melalui faktor utamanya ialah mendapat sokongan politik dari penguasa. Harun tahu betul bahawa dia harus memulakan pendidikan asas bermula dengan kurikulum. Lalu pada 1973, di dalam workshop di Bandung; dia merombak kurikulum IAIN seluruh Indonesia, ketika itu IAIN baru ada 14 buah saja.

Faktor politik sangat besar kesannya, pada pandangan Dr, fenomena ini juga wujud di Malaysia?

Bukan besar sahaja, tetapi ia adalah faktor yang menentukan. Mengenai Malaysia, saya sebagai pengamat pernah berdiskusi dengan sahabat-sahabat bahawa memang terdapat upaya (usaha) ke arah itu (liberalisasi) dan pada jangka panjang akan memberi kesan yang luar biasa.

Kalau di Indonesia Pancasila itu dapat mencapai sasaran?

Pada saya, untuk mencapai kesatuan; ia amat baik. Pancasila adalah suatu kesepakatan atau menjalinkan kontrak sebagai warganegara untuk membina negara dan satu bangsa-ia adalah sesuatu yang baik.

Begitu juga, saya rasa program perpaduan untuk tujuan harmonisasi atau slogan “1Malaysia” adalah baik- juga tiada masalah.

Tetapi segala itu jangan sampai kita melupakan di sisi (segi) agama.Kerana akhirnya agama akan menjadi “secondary” isu sahaja- sepatutnya agama itu harus menjadi “the first” (keutamaan).Yang sebetulnya Islam itu telah menjelaskan cara (regulation) yang jelas untuk hidup berdampingan sesama manusia (yang lain agamanya).

Ada faktor yang menggejala yang secara tak langsung mempercepatkan proses ini, contohnya banyak pemimpin di kalangan negara Islam – dapat kita katakan dari seluruh dunia, apabila berdepan dengan non-Muslim, mereka “mengalah” sehingga ke tahap “inferiority complex”. Sedangkan Rasulullah sudah memberi teladan yang jelas bahawa ketika Islam memerintah ia tidak akan mengetepi atau menzalimi non-Muslim?

Terdapat pelbagai faktor, antaranya faktor kekurangan fahaman tentang agamanya sendiri; tidak memahami agama sendiri secara mendalam. Terdapat juga faktor “tekanan” daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) – kebanyakan NGO adalah jelas adalah dari kalangan mereka (dibiayai oleh tangan non-Muslim yang kaya raya).

Ada juga faktor global politik yang tidak mudah untuk ditangani. Di dalam rentang waktu kebelakangan ini, kita telah lihat kemenangan pemimpin politik yang secara demokrasi, tetapi tidak mendapat persetujuan/ sokongan daripada kekuatan global (Amerika Syarikat dan sekutunya) – ia akan akhirnya jatuh.

Kita lihat bagaimana kemenangan FIS di Algeria di nafikan, kemenangan Hamas juga tidak diiktiraf. Di Turki, kemenangan parti Islam juga dirong-rong (ganggu gugat terus).

Jadi siapa yang sanggup – ya, jawapan yang sebenarnya adalah iman.

Sesiapa saja yang mendalami Islam – tidak mempunyai apa-apa alasan untuk tidak menghargai non–Muslim. Jadi apa yang berlaku di sesuatu negara tidak dapat dipisahkan dengan konteks global.

Tesis Dr Anis yang dibukukan oleh penerbit Indonesia

Berbalik kepada pluralisme agama – bagaimana pengamatan Dr tentang beberapa program “perpaduan” yang berlaku di kalangan rakyat berbilang agama?

Masalah ini bukan masalah kecil, bukan sahaja di sini, di Indonesia pun sama.

Saya menghargai inisiatif untuk merapatkan hubungan pelbagai bangsa di dalam negara – itu memang perlu-ia adalah ajaran Islam. Tetapi harus dengan cara yang benar. Umpamanya program-program yang dijalankan sehingga dapat mengaburkan (menghancurkan) aqidah seperti “ kongsi raya” atau “deeparaya”atau lain-lainnya yang tidak perlu.

Islam itu mengajarkan ketika kita menghargai agama lain-kita tidak diperlukan berlebih-lebihan (melampau). Begitu juga apabila kita meraikan hariraya, kita tidak mengharapkan mereka bersama-sama, “because they don’t share what we feel” kerana hariraya itu ada muatan keimanan, agama dan aqidah.

Kenapa kita merayakan hariraya itu, mereka perlu tahu? Ia kerana merayakan kemenangan, kembali kepada fitri kita-kalau orang lain yang non-Muslim mereka tidak memahami perkara itu!

Begitu juga sikap kita, apabila mereka merayakan-kita biarkan mereka merayakannya sesuai dengan yang mereka yakini. Jangan diganggu-gugat dan pastikan ia dapat berlaku dengan aman damai ketika mereka menjalankan ibadah. Itu adalah kewajipan agama kita.

Di dalam Islam, hal-hal seperti toleransi sudahpun terbukti di dalam sejarah…

Memang itu telah terbukti di dalam sejarah.Misalnya orang Hindu merayakan Deeepavali – perayaan itu ada kaitan dengan keyakinan mereka yang kita tidak merasakan-kalau kita ikut-kita tidak tahu apa maksud sebenarnya. Pada saya, toleransi itu bukan ikut serta – toleransi itu cukup dengan kita menghargai mereka. Biarkan mereka dengan segala apa yang ada pada mereka. Tidak boleh mengacau-jika kita lakukan – itu satu jenayah.

Jadi itu berlaku di masyarakat, bagaimana yang berlaku di kalangan akademik atau IPTA/IPTS?

Yang sangat saya perhatikan secara gigih pergerakan Institut Kajian Dasar (IKD) yang pernah dipimpin oleh Khalid Jaafar – dia kerap mengadakan workshop di peringkat regional. Pada workshop itu dijemput semua wakil dari seluruh dunia termasuklah Indonesia, Filipina dan lain-lain. IKD itu ada networking (jaringan) dengan orang-orang di Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia.

Jadi bagaimana tanggapan kita kepada buku-buku penerbitan IKD atau Sisters In Islam (SIS) dan yang sepandangan dengan mereka yang tersebar meluas?

Saya rasa itu faktor kebebasan, di bidang akademik – kebebasan memang diperlukan. Jadi mereka yang berpihak kepada Islam juga harus berbuat yang sama-bukan sekadar menonton sahaja, tetapi harus melawan dengan penerbitan yang menerangkan agama Islam yang sebenar.

Kalau di Indonesia, banyak media-media Islam yang melawan JIL ini-kita ada majalah Sabili, Hidayatullah.com dan lain-lain. Orang-orang JIL ini memang pandai bersilat lidah.Mereka bahkan melawan dengan undang-undang (mahkamah) hal-hal yang dianggap bercanggah dengan agenda mereka.Mereka begitu gigih memperjuangkannya sehingga sanggup juga membawa ke parlimen.

Agenda mereka seragam iaitu hak asasi manusia, kesamaan gender, liberalisme , pluralisme.Jadi dapat saya lihat bahawa ramai di kalangan kita masih tidak memahami apa sebenarnya pluralisme agama ini.Mereka memahami secara salah bahawa “religious pluralisme” itu sebagai “religious tolerance.”

Itu tidak betul, pluralisme agama itu lebih daripada itu. Apabila kita berbicara sesuatu kita harus merujuk kepada pakarnya. Kita boleh mencari sendiri sumber asal pada internet yang berpusat di Universiti Harvard – Centre For Pluralism (http://pluralism.org.) Kita akan dapati bahawa pluralisme agama, “it’s is not just a tolerance…” – bukan sekadar bertoleransi.

Ini yang menjadi masalah “from Islamic point of views” – kalau kita mesti bertolak ansur tentang aqidah.

Ini bukan masalah Indonesia atau Malaysia sahaja, ini terkena semua-ia adalah isu global. Saya tengok salah faham tentang pluralisme agama ini berlaku kerana tidak faham. Majlis Ulama Indonesia (MUI) memfatwa bahawa pluralisme agama itu haram, banyak tokoh akademik yang membantah keras.

Banyak yang salah faham dan menyalahkan MUI. Di sini pun sama ketika muzakarah dengan Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, dia disalah dan diperlekehkan fakta-fakta yang dikeluarkannya tentang berlakunya pemurtadan – ia adalah kesan pluralisme agama yang sedang “berjalan” sekarang.

Di Indonesia ada sebuah buku yang ditulis oleh seorang pendeta Kristian yang juga tidak bersetuju dengan gerakan pluralisme agama – buku itu Teolegia Abu-abu membantah gerakan ini yang mengatakan setiap agama itu sama! Pendeta itu mengatakan pluralisme agama ini akan bekesudahan dengan “mengancam” semua agama-agama termasuk Kristian juga.

Pada masa yang sama saya menyeru supaya definisi pluralisme agama mesti difahami betul-betul, jika tidak kita akan termakan dengan “permainan ” yang akhirnya akan merosakkan kefahaman Islam.

Bagaimana benteng untuk mengatasinya?

Kita harus kembali kepada sunnah nabi dan teladan para sahabat. Kebanyakan kita banyak membaca karya-karya (tentang Islam) yang ditulis oleh non-Muslim. Kita boleh belajar fikiran orang barat dan mengambil yang positifnya.

Kita juga harus sentiasa membaca al-Quran yang diturunkan untuk bacaan kepada semua peringkat manusia.

Untuk memahami al-Quran harus melalui as-sunnah, pada orang yang mengingkari as-sunnah-bagaimana argumennya sedangkan al-Quran itu sendiri datang kerana Muhammad.

Jika tidak ada sunnah; al-Quran sudah tentu tidak ada. Semoga mereka mendapat hidayah daripada Allah. Hidayah harus dicari justeru Allah menyuruh kita memohon 17 kali paling kurang sehari semalam melalui al-Fatihah yang dibaca ketika solat.

Sabtu, 24 April 2010



Penubuhan UMCEDEL:

PR dibolehkan ikut berwacana selepas dua dekad

Oleh: Zain A. Ghani

DAPAT mengikuti wacana di Dewan Fakulti F, di Jabatan Sains Sosial dan Sastera, Universiti Malaya pada malam Khamis 14 April lalu sangat menerujakan penulis.

Pun begitu peminat politik demokrasi di negara kita dikejutkan dengan beberapa fakta apabila wacana itu mendedahkan itulah majlis pertama kali diadakan di UM yang dapat membawa masuk tokoh-tokoh politik daripada pihak pembangkang setelah lebih 20 tahun.

Kehadiran tiga tokoh pembangkang (PR); Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR dan Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP di samping YB Datuk Saifuddin Abdullah dari UMNO yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi memang menakjubkan.

Sejarah baru pun tercatat dibidani para pensyarah gigih dan berani di universiti tertua dan berprestij itu.

Pada ucapan alu-aluannya Dekan Fakulti Sains Sosial dan Sastera, Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman mengucapkan berbanyak terima kasih di atas persetujuan NC iaitu Profesor Datuk Dr Ghauth Jasmon yang membenarkan wacana bertajuk:”Penyuburan Amalan Demokrasi di Malaysia-Peranan Mahasiswa.”

Wacana diadakan sempena pelancaran Pusat Politik Demokrasi dan Pilihanraya atau rengkasnya UMCEDEL-( University Malaya-Centre of Democracy & Elections) ditubuhkan secara rasmi.

Menurut Redzuan, Ghauth Jasmon yang sedang bercuti di Australia telah memberi kebenaran melalui telefon supaya pelancaran dan wacana dapat berjalan lancar.

Kehadiran pelajar pada malam itu memberangsangkan kerana lebih ¾ daripada dewan fakulti dipenuhi oleh pelajar UM dan para pelajar universiti dari Lembah Klang sehinggalah ada yang datang dari UMP, Kuantan Pahang.

Pada sesi soal jawab di akhir wacana kedengaran soalan-soalan daripada empat siswa yang meminta supaya wacana serupa seharusnya kerap diadakan dan dibenarkan membawa para tokoh bukan sahaja daripada pihak pemerintah tetapi juga daripada pembangkang.

Dan wacana yang sedemikian bukan dianjurkan oleh dekan fakulti, tetapi harus dikembalikan kepada mahasiswa untuk menganjurnya sebagaimana tradisi lebih 20 tahun dahulu.

Terdapat pertanyaan dan meminta jaminan dan penegasan daripada Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi agar dibenarkan pelajar/siswa dapat mengadakan wacana di dalam suasana aman tanpa ganggu-gugat sebagaimana berlaku di UKM beberapa bulan lalu ketika wacana tentang AUKU.

Menurut siswa yang minta penegasan dan jaminan –banyak siswa yang terlibat di dalam wacana itu telah dikenakan tindakan tatatertib kerana membawa masuk beberapa tokoh pembangkang ke UKM.

Seorang siswa bertanya meminta penegasan serta jaminan Saifuddin sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi supaya tidak melarang pelajar-pelajar daripada aktif dan mengadakan wacana politik di kampus-kampus di mana mereka belajar.

“Ini tidak- sehinggakan sama ada nak menyimpan janggut ataupun tidak menjadi serba salah-kerana dianggap penyokong PAS !” kata seorang siswa yang bertanya yang datang dari luar UM.

Menjawab soalan siswa Saifuddin Abdullah mengatakan tidak ada sebab yang munasabah untuk menyekat siswa daripada berwacana kerana :”Jika kita menyekat usaha sedemikian-itu seperti kita menyekat mereka daripada berfikir, sedangkan sebagai siswa di universiti seharusnya mahir serta matang berfikir terutama di dalam menganalisis isu-isu berkaitan pembelajaran termasuk politik demokrasi.”

Di forum, Saifudin Abdullah turut bersetuju agar pilihanraya dijalankan sendiri oleh mahasiswa tanpa campur tangan orang lain. “Walaupun kita mungkin perlu kepada pindaan perlembagaan universiti.”

AUKU yang mula-mula disentuh Anthony Loke menjadi isu yang hangat sehingga di peringkat penggulungan kesemua panel bersetuju bahawa pindaan terhadap AUKU perlu dilakukan segera supaya mahasiswa tidak lagi lagi “kaku” disebabkan akta yang mengongkong itu.

Di peringkat penggulungan, ketiga-tiga wakil dari PR bersetuju agar ianya dihapuskan terus.

Saifuddin Nasution menggunakan peluang bercakap di hadapan warga universiti tentang beberapa perkara yang telah dilakukan oleh PR di Selangor.

Saifuddin turut menyindir pelantikan perunding komunikasi oleh kerajaan, APCO yang berkos 77 juta dan turut mempersoalkan keperluan pertemuan PM dengan Obama.

Tokoh bukan Melayu yang tidak kurang hebatnya, Anthony Loke berkata bahawa perbezaan pendapat di dalam menyatakan idea adalah sesuatu proses percambahan idea yang baik.Itulah yang sepatutnya berlaku di universiti, bukannya dilarang atau disekat.

Tidak kurang menyerlah Salahuddin Ayub yang menampilkan PAS adalah parti yang progresif dan sedang memenangi hati rakyat.

Beliau menyebut tentang suatu kajian bebas yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan bagaimana pelajar tahun akhir dari sebuah universiti (bukan UM) yang ditanya tentang apakah Dasar Ekonomi Baru, Liberalisasi Ekonomi atau IMC –tetapi mereka tidak tahu langsung tentangnya.

Ia adalah satu kemunduran kepada pelajar universiti yang tentunya sedikit sebanyak adalah kerana AUKU.

Dalam bahasa lembut, Salahuddin tetap menampilkan ketegasan :

“Kepada parti yang diberikan mandat, teruslah memerintah, tetapi kami mahukan yang jujur (terhadap rakyat), Awas! Jika mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik, kami akan berikan mereka pengajaran menurut (peruntukan) sistem politik yang ada di dalam negara kita masa ini!” tegas salah satu daripada Naib Presiden parti Islam itu.

Keseluruhan wacana berjaya dan memberi pemikiran dan semangat baru kepada mahasiswa dan juga para pensyarah yang turut hadir.

Tidak lupa tahniah dan syabas kepada Timbalan Naib Chanselor Prof Datuk Dr Jamil Maah yang turut “memberanikan”diri serta memberi sokongan beserta para profesor dan pensyarah UM yang telah memecahkan “ruyung” untuk menjayakan wacana demokrasi dan penubuhan UMCEDEL.

Suatu masa nanti kita mahu lihat PM Datuk Seri Najib akan digandingkan untuk berwacana dengan MB Kelantan, Datuk Nik Aziz, Lim Kit Siang dan lain-lain di pentas anjuran UMCEDEL demi kelangsungan dan penyuburan demokrasi di negara kita.