PETUNJUK @ PETUA MENGUNDI DARIPADA A
. KADIR JASIN
Di bawah ini saya petik ulasan wartawan
veteran Datuk A. Kadir Jasin yang elok dijadikan ‘petunjuk’ untuk kita buat keputusan
mahu mengundi parti mana pada 5 Mei ini.Sila teliti:
Apa Isunya?
Saya pun tidak pasti lagi apakah yang dikehendaki pengundi atau apa yang ditawarkan kepada mereka oleh parti-parti yang bertanding. Terlalu banyak dan bercelaru.
Jadi saya tidak berani dan berasa sangat tidak layak untuk bercakap bagi pihak orang lain. Justeru itu, saya hanya berani bercakap bagi pihak diri saya sendiri kerana akhirnya setiap orang daripada kita terpaksa putuskan sendiri apakah isu dan perkara yang akan mempengaruhi untuk membuat pilihan.
Bagi saya, berikut adalah isu, hal dan ketetapan yang akan mempengaruhi pilihan saya:
1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.
2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.
3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that breaks the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah. (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen).
4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan – busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (contohnya: di Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat. (Ini tanggungjawab Kerajaan Pusat dan negeri).
5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM – selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (tanggungjawab Kerajaan Pusat).
6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat tolong jawab?).
7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur. (Apa jawapan Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor?).
8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pembunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata. (Kerajaan Pusat tolong jelaskan?).
9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran negara (patut dijawab oleh PM).
Sekatan dan Imbangan Penting
Zaman kerajaan kuat dan monopolistik sudah berlalu. Semakin maju negara, semakin kita memerlukan sistem sekatan dan imbangan (checks and balances) yang kuat bermula dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei. Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada. Nombor siri saya ialah Ee Say Say (244). Kalau nak tikam ekor bolehlah cuba. Tapi orang Islam tak boleh, berdosa.
Saya mengundi di Selangor di mana kerusi DUN ditandingi BN (Umno) dan PAS. Dalam PRU 2008, PAS menang. Bagi Parlimen, BN (MCA) bertemu DAP. Pada 2008, DAP menang. Siapa akan menang kali ini? Wallahualam.