Khamis, 28 April 2011

Iklan jahat Yahudi

Iklan Yahudi mempromosi langgar lari anak Palestin

Pada 21 April, agensi berita Xinhua, melaporkan penyiaran iklan komersial yang diterbitkan dealer Subaru di Israel itu, menampilkan adegan foto tahun lalu, ketika seorang penceroboh penempatan Israel menyerang dua anak Palestin dengan keretanya di kawasan permukiman Silwan, Jerusalem Timur.

Bukan itu saja, iklan kereta Subaru itu juga memasang kata-kata provokatif dalam bahasa Ibrani di sudut kanan gambar, berbunyi: "Kita akan lihat siapa yang dapat bertahan menghadapimu."

Menanggapi iklan tersebut Otoriti Ramallah pimpinan Mahmud Abbas menyebut promosi agresif itu sebagai iklan kotor dan ajakan terbuka untuk melangar anak-anak Palestin hingga terbunuh.

Sebagaimana diketahui, October 2010 lalu, tiga kanak-kanak Palestin di kawasan Silwan, Al-Quds (Jerusalem) yang dijajah, dilanggar penceroboh penempatan Yahudi dengan sengaja. Ketiga anak tadi dalam perjalanan pulang sesudah solat Jumaat.

Akibat dilanggar secara kejam oleh Zionis, ketiga kanak-kanak itu kemudian dibawa ke rumah sakit oleh warga setempat. Dua dari tiga anak itu diketahui namanya: Imran Manshur dan Iyyad Ghaits, masing-masing berumur 10 tahun.

Imran pula luka-luka di kepala, wajah dan bagian lain tubuhnya, dan dilarikan ke Rumah Sakit Al-Maqashid.

Paltimes melaporkan bahawa penceroboh Yahudi yang melanggar anak-anak Palestin itu adalah David Bari, direktur yayasan Al ‘Ad, sebuah lembaga milik para penceroboh penempatan Yahudi. Sumber setempat mengatakan bahawa David Bari adalah pemuka tertinggi penceroboh penempatan Yahudi di kawasan Silwan. Kini, dua anak Palestin tersebut menderita patah kaki.

##Bagaimana umat Islam seperti Mahmud Abbas dan konco-konconya hanya sekadar bercakap tentang hal-hal begini!

Baitul Maqdis Timur merupakan sebahagian wilayah Palestin, yang diceroboh secara biadab oleh regim Tel Aviv pada tahun 1967.*

Sumber : irb/sa

Sabtu, 16 April 2011

Politik Taib masih bernafas

Taib Mahmud memang ‘pandai’ berpolitik

Temubual Zain A. Ghani bersama Prof Dr Jayum A. Jawan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia beberapa hari sebelum 1 April (hari penamaan calon). Prof Jayum anak jati Sarawak yang juga anggota Majlis Profesor Negara meramalkan bantahan kaum Dayak dan Cina akan meningkat pada PRN ke-10 kali ini.Dan keputusannya memang menepati ramalan beliau di mana BN (melalui komponen PBB, SUPP, SPDP dan PRS) kehilangan 8 kerusi berbanding 2006.

Keputusan pilihanraya pada 16 April 2011 keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.

ZAIN AG: Sebagai pengkaji kenegaraan, bagaimana integrasi kaum antara rakyat Sabah , Sarawak dan Semenanjung –setakat mana kejayaan kerajaan kita.Jika kurang berjaya , apa masalahnya?

PROFESOR DR JAYUM A.JAWAN: Masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk menjayakan integrasi itu walaupun sudah hampir 50 tahun Sabah dan Sarawak masuk menganggotai negara Malaysia.Tetapi daripada segi dasar, kita akui dasar yang digariskan sejak 1963 itu sangat bagus.Cuma yang menjadi sedikit masalah ialah pelaksanaan yang lemah sama ada di peringkat kementerian, di peringkat persekutuan atau pun di negeri. Pegawai yang melaksanakannya yang ‘berkuasa’ di pelbagai peringkat , kemungkinan mereka tidak cukup didedahkan/diasuh tentang kepentingan perpaduan /integrasi.Jika dilakukan tanpa sebarang prejudis dan bersikap terbuka, saya rasa kita mungkin sudah berada ditahap yang amat tinggi (baik) sekali.

Senario sekarang di Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud begitu lama sekali memegang tampuk kuasa, apakah berlaku integrasi politik di kalangan pelbagai etnik di negeri Kenyalang itu?

Dalam konteks integrasi politik sama ada di peringkat kepimpinan , atau di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri tidak ada masalah. Jika kita lihat kabinet BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dan Taib Mahmud sama sahaja.

Begitu juga di peringkat Sarawak kita lihat ada orang Cina , ada Dayak , Orang Ulu atau Melanau dan lain-lain.Cuma yang jadi masalah ialah ketika melaksanakan dasar itu di peringkat pentadbiran atau di peringkat bahagian ...

Belum memuaskan etnik-etnik tertentu?

Amat tidak memuaskan khususnya pegawai-pegawai kerajaan tidak cukup perihatin.Biarlah saya berterus terang- di peringkat Sarawak itu Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN)-sebagai pegawai utama.Saya mahu tahu apakah komitmen SKN dalam memastikan bahawa perpaduan itu ada (wujud)? Misalnya jika saya bertanya kepada dia: ‘Apakah usaha kamu untuk memastikan ada Melayu, Cina, Iban atau Orang Ulu diberi peluang untuk mengetuai jawatan-jawatan kerajaan sebagai permenant sect misalnya.

Jangan pula beritahu : ‘Kita beri jawatan berdasarkan yang terbaik atau yang paling layak.’ Jadi dia berkata Orang Ulu tidak layak misalnya, persoalannya kenapa tidak diberi peluang dan latihan terlebih dahulu supaya akhirnya dia juga layak dan dapat melibatkan diri.Kita kan bercakap tentang inclusiveness atau integrasi tadi.Apakah kerajaan yang ada sekarang telah melakukan itu di peringkat state government atau di peringkat local government?

Pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini dikatakan agak sengit kali ini, bagaimana Prof melihat peluang PBB pimpinan Tan Seri Abd Taib Mahmud, apakah beliau dan parti gabungan masih dapat mengekalkan kemenangan?

Saya tidak ada keraguan bahawa BN Sarawak akan menang dan akan berkuasa semula dengan ‘majoriti mudah.’ Cuma pada kali ini cabaran beliau ialah sama ada dapat mengekalkan majoriti 2/3 atau tidak. Kerana adalah kebiasaan, parti pemerintah banyak kelebihannya-the advantage of incumbent.

Kerana BN pimpinan Taib Mahmud memang mempunyai jentera pilihan raya yang hebat dan wang yang banyak ?

Ya, kurang begitulah.Jentera pilihan rayanya tersusun baik selama hampir 50 tahun.Jadi parti-parti baru yang muncul di dalam setahun dua tentulah tidak semantap BN pimpinan Taib Mahmud. Jika kita baca di media pun barisan parti pembangkang sedang menghadapi masalah untuk menentukan calon dan kawasan yang bakal ditandingi.

Boleh Prof huraikan kedudukan kerusi BN/PBB pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud menurut agihan kaum sekarang?

Sebanyak 20 kerusi diwakili Melayu, 5 diwakili Melanau, dan lebih kurang 5 diwakili kaum Iban.

Kenapa kerusi kaum Iban agak kecil, sedangkan dia adalah kaum yang agak besar?

Di dalam PBB kaum Iban kecil tetapi di dalam keseluruhan Sarawak dia besar kerana sebilangan kecil sahaja Iban yang menyokong PBB yang bernaung di bawah Tan Sri Alfred Jabu.Sebahagian besar Iban menyokong Parti Bersatu Rakyat Sarawak (PBRS) pimpinan Datuk Sri James Masing.PBRS mempunyai 8 kerusi daripada kaum Iban. 8 kerusi lagi di bawah-Sarawak People Democratic Party ( SPDP).Jadi Iban berpecah kepada beberapa parti. Orang Ulu pula berada di pelbagai parti.

Apakah orang Dayak menganggotai parti lain selain parti tadi?

Parti Cina SUPP juga mempunyai wakil orang Dayak.Jadi kaum Dayak berpecah kepada empat.Sebab itu kekuatan Dayak menjadi cair.

Bagaimana dengan SNAP, antara parti lama, apakah masih ada sentimen di kalangan orang Dayak?

SNAP adalah parti yang ‘dihidupkan semula’-setelah beberapa tahun di dalam keadaan limbo. Walaupun SNAP pada asalnya adalah parti pertama Dayak (Iban) yang wujud di Sarawak-ia juga parti mula-mula Dayak yang dapat merebut jawatan Ketua Menteri. Pada awal penubuhan Malaysia; SNAP memang ada sentimen kuat di kalangan Iban tetapi oleh kerana pimpinannya tidak dapat ‘menggarap kelebihan’ itu untuk membawa semula parti tertua Iban itu ke min stream, itu lah cabaran SNAP kini.

SNAP kini di bawah pimpinan baru; Edwin Dundang yang sudah berumur lebih 70 tahun, tetapi kurang dikenali baik di Sarawak atau di Semenanjung.Persoalannya , bagaimana mahu masuk ke medan ‘perang’ dengan jenderal yang kurang dikenali dan pula belum pernah teruji?

Apa cadangan Prof demi menyatukan Iban dan kaum Dayak di Sarawak?

Telah lama cadangan diberi dan disebut beberapa kali untuk penggabungan itu.Apa yang dapat saya lihat pengabungan itu memerlukan sacrifice-yang malangnya tidak ada pemimpin Dayak yang sanggup sacrifice untuk kepentingan masyarakatnya.Sebab itu khususnya politik, masyarakat Iban tidak maju kerana semuanya mahu jadi ketua.Mereka tidak tahu cara terbaik untuk menjadi pemimpin berjiwa besar .

Apakah faktornya yang dapat Prof kesan, ada kaitan dengan budaya atau pengaruh luar?

Antaranya ialah pengaruh (influences) dari luar.Contohnya apa yanag berlaku sepatutnya pemimpin Dayak itu ditaja oleh kaumnya sendiri-ia disukai dan diangkat oleh masyarakat Dayak sendiri-bukan diangkat oleh orang lain.

Apa yang kita lihat sekarang, pemimpin Dayak sama ada di PBB, atau SPDP atau PRS semuanya diangkat oleh lain. Sebab itu Jabu atau Mawan ke hanya di hormati (respected) di kawasannya sendiri- tidak di luar kawasannya. Dia mungkin tidak akan kalah di kawasan sendiri, tetapi di luar kawasannya ia adalah suatu cabaran besar.

Mungkin Taib Mahmud sendiri pandai mengeksploit atau memanipulasi?

Itulah politik, kita kena menghormati dia sebagai orang yang pandai ‘ bermain’ politik.Walaupun mungkin ramai yang tidak menyukai beliau, namun ‘he’s a smart politician’ sehingga dia telah menguasai Sarawak hampir 40 tahun.

Isu tanah adat masih hangat diperbincang- bagaimana Prof lihat?

Itu satu kegagalan Tan Sri Taib kepada masyarakat Sarawak, khususnya masyarakat Dayak.Tiada usaha di pihak beliau memperakukan perkara ini sehingga banyak Dayak kehilangan tanah.

Bagaimana jadi begitu?

Tanah-tanah itu tidak disukat atau tidak diberi honourship.Lama kelamaan tanah itu hilang sendiri kerana orang telah lupa.Pada salnya tanah-tanah itu diwarisi dari generasi ke generasi.Banyak berlaku generasi baharu mungkin terlupa di perbatasan mana tanahnya (yang diwarisi) itu kerana tanah-tanah itu tidak ada dokumen rasmi (surat milik).

Begitu juga jika tanah mahu dibangunkan, ia menjadi sukar untuk pewaris untuk turut serta di dalam skim penanaman semula –umpamanya kelapa sawit .Tanah tidak boleh dicagar oleh pemilik untuk mendapat bantuan atau loan daripada bank atau lain-lain.

Jadi ekonomi kaum bumiputera sangat sulit walaupun negeri kaya...?

Negeri kaya tetapi rakyat miskin.Itu satu kegagalan kerajaan negeri di dalam program politik pembangunan.Jika kita ke Sarawak kita lihat Kuching , Sibu, Miri atau Bintulu-ia memang kelihatan cantik dan maju. Tetapi harus diingat bahawa 60 peratus orang Sarawak tinggal di pendalaman seperti Kapit, Ulu Baram atau Ulu Bintulu yang kekurangan fasiliti asas kesihatan atau elektrik atau kini diperlukan fasiliti internet.

Bagaimana Prof melihat kritikan di luar, seperti Bruno Manser Foundation yang mengatakan kekayaan Taib Mahmud mengatasi kekayaan Sultan Brunei?

Sukar untuk dikomen.Itu semuanya allegation-seseorang itu kaya di luar kemampuan biasa.Betulkah dia kaya luar biasa-tidak dapat dikomen dengan tepat. Tetapi sesuatu yang jelas apabila seseorang memasuki politik dan menjadi Adun, atau MP, atau menteri di peringkat negeri atau persekutuan yang kita kenal asal usulnya-umpamanya berasal dari rumah panjang mana tetapi dalam masa beberapa tahun sahaja mempunyai pelbagai syarikat dan kaya raya membuat kita tertanya-tanya.

Macamana kehebatannya itu-kerana sesorang pegawai , termasuk menteri atau perdana menteri kita tahu berapa gajinya.Jadi jika sesorang memiliki kekayaan di luar kemampuannya –ia tentu membuat kita tertanya-tanyalah.

Peranan parti pembangkang yang baru seperti PKR, PAS dan DAP akan memberi kesan pada masyarakat Sarawak ?

Apa yang mahu dibawa PKR ke Sarawak, kalau setakat mahu membawa idea abstrak -saya rasa tak jalan –contohnya mahu promote good governance.Mahu menegakkan suatukerajaan tanpa rasuah-itu itu suatu yang abstrak. Ini kerana 60 peratus orang Sarawak tinggal di luar bandar. Mereka perlukan isu yang ada kaitan dengan bread and butter issue.Jadi mereka kurang peduli dengan isu-isu lain-itu diambil kira kemudian. Apabila keperluan asas telah terpenuhi, seseorang itu baharulah mencari sesuatu yang lebih tinggi nilainya.

Sudah terdapat kaum bumiputera yang profesional seperti Idris Jala dan pandangan Prof tentang Baru Bian pengerusi PKR Sarawak?

Orang profesional hanya beberapa kerat sahaja. Baru Bian berasal daripada kaum Orang Ulu, seorang peguam yang berjaya di dalam beberapa kes membantu pemilik tanah adat.

Saya rasa itu satu kesilapan PKR- (walaupun saya tiada apa-apa masalah peribadi dengan beliau) kerana memilih pemimpin daripada masyarakat yang lebih kecil. Di dalam BN Sarawak yang mempunyai 71 kerusi , Orang Ulu hanya dominan di tiga kerusi, Bidayuh lima berbanding dengan Iban yang berdominan di 20 kerusi.Mahu tak mahu saya rasa PKR harus mencari daripada kaum Iban atau Melayu yang lebih dominan di Sarawak.

Bagaimana dengan masalah kaum lain –umpamanya kaum Cina?

Di dalam BN Sarawak, kaum Cina diwakili oleh SUPP. Sudah banyak dilaporkan bahawa peluang perniagaan di Sarawak untuk orang Cina sudah tersekat kerana sudah dimonopoli oleh orang-orang kerajaan tertentu.

Keluarga Taib Mahmud?

Mereka berasa susah untuk berniaga kerana ia telah dimonopoli oleh suatu golongan itu.Itu suatu perkara yang telah banyak dilaporkan dan kemungkina merekaakan membuat undi bantahan pada PRN ke-10 kali ini.

Kemarahan atau kebangkitan ini Prof kesan sudah bermula?

Sejak pilihan raya negeri ke-9 pada 2006, kerusi Cina yang didominan oleh SUPP yang masih dipimpin Tan Sri George Chan (Timbalan Ketua Menteri sekarang) telah jatuh ke tangan DAP.Mungkin 8 kerusi lagi di tangan SUPP berkemungkinan terlepas ke DAP pada pilihan raya kali ini.

Bagaimana dengan idea Borneo Front yang dibawa oleh Jeffrey Kitingan?

Suatu idea lama, bukan baru dan berkemungkinan tidak akan berjalan lancar kerana pengemudinya datang daripada orang yang telah jatuh daripada politik.Walaupun begitu idea itu sebenarnya masih berjalan subur - gabungan daripada Sabah /Sarawak. Orang Kadazandusun dan orang Dayak sering bercakap tentang idea itu.Bahkan ada aktiviti bersama tetapi belum lagi menjelma sebagai oranganisasi politik.

Dari segi sosial memang erat kedua-dua kaum cuba bantu membantu untuk memajukan kaum.Di segi ekonomi, mereka mengadakan dialog antara kedua Kadazandusun Chamber of Commerce dan juga Dayak Chamber of Commerce and Industry.Setakat ini kita belum dengar mereka mahu menterjemahkan itu kepada political forces-setakat menyuarakan kehadiran dan keperluan mereka kepada kerajaan pusat di dalam main stream development. Ia bukan berjalan secara rahsia kerana mantan PM Tun Mahathir dan juga Tun Abdullah Badawi pernah datang ke program anjuran kedua-dua masyarakat itu.

Kongres pertama berlangsung di Semenanjung pada 2008 di mana Tun Mahathir diundang ke kongres untuk berdialog.

Bagaimana tanggapan orang Dayak terhadap kepimpinan Melayu di Semenanjung?

Saya rasa keperluan masyarakat Dayak itu masih tidak diberi tumpuan atau perhatian yang sepatutnya.Saya lihat PM (Melayu) apabila bercakap tentang politik Sarawak, dia hanya melihat PBB-lebih melihat kepada Melayu-itu perkara nomor satu . Kalau perkara kedua melihat kepada Dayak, itu sudah bagus. Ini tidak –ia melihat Dayak di tempat ketiga dan keempat-ini sudah terpinggir di dalam kerangka politik tadi.

Contoh terkini, apabila bercakap siapa pengganti Taib Mahmud-nama Tan Sri Jabu tak timbul-walaupun dia orang nomor dua sekarang. Yang timbul hanya Melayu atau Melanau daripada PBB.Di peringkat Taib Mahmud-hanya timbul nama Abang Johari atau sebelum itu Bujang Ulis atau Sulaiman Daud.Nama Jabu tak pernah timbul-jadi sedikit sebanyak akan mempengaruhi juga sama ada Perdana Menteri ‘kita’ atau PM ‘dia.’

Jadi konsep atau wawasan 1Malaysia dapat manfaat kepada masyarakat Sarawak?

But the promise under Najib is very big.Tetapi kita belum lagi melihat tindakan yang setimpal dengan janji-janji 1Malaysia itu.Of course-lah transformasi di dalam kerajaan , di dalam ekonomi nampak sedang berjalan sedikit demi sedikit.Tetapi cabaran besar inclusivessness-tidak ada masyarakat yang akan ditinggalkan.Ini satu cabaran besar –ia telah meletakkan landasan tetapi apabila di peringkat melaksanakan tidak lancar-contohnya ada tak orang Sarawak yang akan diberi peluang untuk dilantik sebagai KSU negeri misalnya.@

Taib menag di tengah bantahan Dayak

PRN Sarawak, Taib masih menang di tengah bantahan kaum Dayak

Temubual wakil KABAR, Shamilin Anbari bersama Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin, pensyarah di - Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pada Rabu, 13 April, pada 8.30 malam (tiga hari sebelum pengundian) di Wisma Bernama, Kuala Lumpur . Beliau menjawab beberapa persoalan terkini tentang politik Sarawak sempena Pilihanraya Negeri (PRN) ke 10 pada 16 April ini.

KABAR:Apakah isu-isu utama di negeri Sarawak, bagaimana perkembangan isu tanah adat yang merugikan kaum Dayak?

Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin:Isu PRN Sarawak yang ke-10 ialah isu Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berkuasa terlalu lama -selama 30 tahun sebagai Ketua Menteri.Sebelumnya beliau menjadi menteri pusat selama 10 tahun dan pengalaman sebagai anggota kabinet Malaysia sejak 1963.Tahun di mana Sabah dan Sarawak masuk menjadi anggota Malaysia.

Sejak itu beliau telah menjadi antara tokoh penting di dalam pilihan raya.Selain daripada isu peralihan kuasa. (terbaharu , beliau mengatakan akan berundur dalam masa dua tahun).

Selain daripada itu isu tanah adat (NCR) –suatu isu yang bukan baharu tetapi tetap bersemarak sejak PRN pada 1980-an lagi.Dan kini ia semakin menonjol sejak pilihan raya 2001 dan pada PRN 2006.

Isu tanah adat yang berjalan sekarang adalah lanjutan daripada isu sejak 2001 lagi.Isu ini berkembang semakin ketara pada kali ini kerana rampasan dan pembayaran pampasan yang tidak memuaskan hati rakyat.Isu ini dominan di dalam politik Sarawak-ia berlaku di luar bandar, di pinggir bandar atau pun di dalam bandar sendiri.

Kaum paling terkesan sudah tentu terdiri daripada orang Dayak, bagaimana dengan kaum lain seperti Melayu dan Cina?

Memang yang paling terkesan ialah kaum Dayak (Iban, Orang Ulu, Murut dan lain-lain) kerana melibatkan projek-projek yang dilakukan di luar bandar seperti projek penanaman kelapa sawit, getah dan juga pembinaan ampangan –ampangan seperti di Bakun, di DUN Bengor yang melibatkan empangan air dan di beberapa kawasan lain. Ia bukan sahaja projek yang melibatkan airsahaja tetapi juga projek-projek yang melibatkan paip-paip untuk penyaluran gas.

Contohnya pengambilan tanah di Ba’kelalan. Tanah-tanah diambil untuk penyaluran gas kepada tiga tempat iaitu Sarawak, Brunei dan Sabah.Di sini melibatkan rampasan tanah yang majoritinya melibatkan kaum Dayak. Dan harus diingat rampasan ini bukan sahaja berlaku di kawasan Dayak-ia juga berlaku di kawasan yang didiami kaum Melanau yang hidup di pesisiran pantai atau di pesisiran sungai.Jadi rampasan tanah untuk projek-projek ini melibatkan semua kawasan; sama ada pedalaman dan juga pesisiran pantai/sungai yang didiami oleh kaum peribumi sejak sekian lama. Kini, isu ini bukan sahaja melibatkan kaum Dayak tetapi juga merentas kepada kaum Melayu dan Melanau.

Bagaimana peluang PR di Sarawak, portal berita pada 12 April (Selasa) mengatakan ceramah PR yang diketuai DS Anwar,Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng mendapat sambutan hangat hingga mencapai hampir 10,000 audien.Bagaimana pandangan Dr yang juga berada di sana?

Saya berada di Sarawak tetapi ketika itu saya membuat kajian di Pantai Damai-satu kawasan Melayu. Sambutan kepada Pakatan Rakyat (PR) amat menggalakkan-jika dibandingkan tinjauan saya pada 2001 dan 2006, saya dapati pada 2011 sambutan kepada PR lebih hangat.

Setelah 10 tahun PR berada dan bertapak di Sarawak, pada tahun ini agak berbeza sambutan rakyat mungkin kerana isu bantahan dan kemarahan kepada Ketua Menteri. Perbezaan itu ketara terutamanya di bandar-bandar yang didiami kaum Cina.Tetapi kita lihat isu-isu pada kali ini bukan sahaja melibatkan kaum Cina tetapi juga melibatkan kaum-kaum Dayak-jadi potensi PR untuk menambahkan kerusi pada PRN kali ini dijangka memang besar.

Isu-isu lai seperti kenaikan barangan keperluan asas memberikan kesan?

Di Sarawak persoalan ini memang sudah lama terutama barangan keperluan asas-dan bukan sahaja ,tepung atau beras-ia juga melibatkan keperluan asas lain seperti tong gas yang susah didapati dan mahal dan sebagainya.Inflasi sudah lama menjadi isu dan mengcekam Sarawak dan ia suatu isu yang berterusan.

Ini digunakan dengan baik oleh DAP di bandar-bnadar seperti: BN itu sinikal dengan ‘barangan naik.’Ini adalah salah satu momokan parti-parti politik di Sarawak.

Dengan isu-isu yang banyak ini agak sukar pada Taib Mahmud meneruskan untuk memperbaharui pemerintahannya?

Saya kira BN mungkin akan kekal memerintah, cuma persoalannya apakah PR dapat mengurangkan 2/3 majoriti BN di bawah Taib Mahmud.Jika dilihat perkembangan semasa daripada Kerajaan Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin tidak menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap Taib Mahmud berbanding dengan tahun-tahun terdahulu (pada 2001 dan 2006) kerana pilihan raya Sarawak ini dianggap sebagai fixed deposit’ kepada Putrajaya. Tetapi harapan itu semakin tergugat sekarang ini walaupun begitu peluang mungkin masih ada pada PRN ini.

Apakah isu injil berbahasa Melayu ada kesan tersendiri kepada BN di Sarawak/Sabah.Sebelum ini -isu kalimah Allah tak boleh digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung ,walaupun berita terbaharu PM telah membenarkan pula penyebaran injil bahasa Melayu di sana?

Di Sarawak, Kristian boleh dianggap berpenduduk majoriti dan penggunaan bahasa Melayu (BM) telah lama berlaku dengan baik.Penggunaan BM di dalam sermon (khutbah) nya di gereja pada setiap Ahad telah menggunakan perkataan Allah, kitab dan beberapa perkataan/ istilah seperti Gereja Mariam gereja al-kitab dan lain-lain telah diguna secara meluas.

Di sana penggunaan perkataan Allah oleh semua masyarakat bukan sesuatu yang menganggu sensitivi orang lain kerana BM telah lama digunakan-malah sebelum merdeka lagi.Kebanyakan injil-injil itu dibawa masuk dari negara jiran, Indonesia.Jadi ia bukan suatu isu yang sensitif di Sarawak, malah di Sabah atau pun di seluruh Borneo.

Prospek PKR di Sarawak dan pertembungannya dengan SNAP?

Di Sarawak Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat terutama di bandar-bandar. Beliau nampak konsisten dengan mempromosi manifesto buku Jingga dan persoalan rakyat tentang transperansi dan sebagainya selain daripada kritikan beliau terhadap pentadbiran Taib Mahmud.

Parti SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak) ialah parti lama yang telah berpecah dan timbul beberapa parti seperti PBDS (Parti Bansa Dayak Sarawak), kemudian muncul Parti Rakyat Sarawak (PRS).Pada 2006 SNAP hanya menang boleh satu kerusi. Itu mungkin satu daripada strategi ‘divide and rules’ oleh pemerintahan Taib Mahmud.

Pada awalnya memang menjadi harapan kepada PKR dan SNAP untuk duduk bersama berbincang menubuhkan gabungan yang dapat memberi impak kepada BN.Setiap pertembungan dengan BN sepatutnya berlaku satu lawan satu tetapi mereka tidak dapat mencapai satu persetujuan kerana masing-masing curiga mencurigai sehingga ke saat akhir PRN.Jadi banyak berlaku pertembungan di banyak kawasan.

Wujud ke ‘third force’ di Sarawak atau Sabah (Borneo) terutama dari kaum Dayak?

Di Sarawak apa yang dapat kita lihat, mereka bukan mementingkan kuasa third force ini-ia lebih memandang kepada tokoh atau personaliti. Setiap personaliti kadang-kadang lebih berpengaruh daripada sesuatu parti.Justeru, kita lihat di Sarawak banyak calon-calon bebas boleh menang.Kita lihat pada PRN yang lalu banyak calon-calon bebas menang.Mereka bukan melihat pada parti tetapi melihat ketokohan dan grass root setiap pemimpin itu.Sejak tahun 1960-an lagi banyak calon bebas menang.Orang Dayak melihat kepada ketokohan calon bukan kepada parti.

Jadi bagaimana harapan kepada parti-parti yang dikatakan dari Semenanjung seperti PAS dan PKR?

PAS menunjukkan peningkatan.Pada 2001, PAS hilang wang pertaruhan tetapi pada 2006 telah berjaya mengurangkan majoriti lawan sehingga tinggal 800 sahaja di Beting Maro.Jadi kemasukan PAS ke Sarawak semakin lama semakin diterima masyarakat setempat.Tidak timbul PAS parti Semenanjung kerana pemimpinnya adalah daripada masyarakat tempatan. Sentimen seperti orang Semenanjung orang ‘malaya’ atau orang Sarawak orang ‘kitak’ sudah semakin berkurangan kerana integrasi nasional itu semakin berkesan kerana puluhan ribu rakyat Sarawak bekerja di negeri-negeri Semenanjung termasuk paling ramai di Lembah Klang.

Apakah Taib Mahmud sudah dianggap liabiliti di Sarawak-antaranya teka-teki tarikh beliau akan berundur masih tidak terjawab ?

Memang pilihan raya kali ini Taib Mahmud memang dianggap liabiti kepada BN.Kempen-kempen pembangkang menumpu kepada siapa selepas beliau dan berjayakah tokoh yang bakal dimunculkan sebagai ketua menteri baharu nanti merealisasikan impian dan harapan rakyat untuk mendapat perubahan yang berkesan.Walaupun beliau berkata akan berundur dalam masa dua tahun tetapi ramai yang ragu..