Jumaat, 4 Mei 2012

Fatwa Qaradhawi


HARAM MELAWAT AL-QUDS MASA KINI-QARADHAWI


Bolehkah seorang Muslim mengunjungi negara Zionis Israel? Ulama terkemuka yang juga  Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menegaskan haram hukumnya orang-orang  bukan Palestin mengunjungi al-Quds yang ketika ini dijajah zionis Israel.

“Adalah hak orang-orang Palestin untuk masuk ke al-Quds sehendak mereka. Namun bagi orang-orang bukan Palestin mereka tidak boleh masuk al-Quds,” ujarnya. Fatwa haram itu diterapkan agar tidak memberi pengakuan (legal) terhadap kedaulatan penjajah Israel.

Siapa pun yang masuk ke Israel atau al-Quds pasti harus mendapatkan visa dari negeri Zionis itu. ''Kerana itu sesiapa yang melakukan kunjungan bermakna memberi pengakuan kepada  perampas tanah kaum Muslimin,'' tegasnya.

“Seyogianya kita harus merasa bahawa kita dilarang masuk ke al-Quds dan sedang berperang untuk al-Quds sampai menjadi milik kita,'' kata Syekh Al-Qaradhawi.
Menurut beliau, umat Islam harus merasa bahawa tanggungjawab membebaskannya dan mengusir perampas Zionis dari sana adalah tanggung jawab seluruh umat Islam dan bukan hanya tanggung jawab rakyat Palestin sahaja.

“Tidak masuk akal kita meninggalkan orang-orang Palestin sendirian menghadapi negara Zionis yang memiliki kemampuan ketenteraan yang besar,” paparnya. Menurut Qaradhawi, al-Quds tanah suci ketiga bagi umat Islam -- tidak akan kembali kecuali dengan perlawanan, jihad, dan upaya besar bangsa Arab dan umat Islam.

Beliau menyeru kaum muslimin di Gaza, Tebing Barat, Mesir, Jordan, Suriah dan semua yang ada di sekitar Masjid al-Aqsha agar membela masjid tersebut dan mengusir penjajah Israel tanpa bertangguh lagi.
Sumber:Republika.