Jumaat, 22 Ogos 2014

Abdillah Onim melaporkan perang di Gaza (akhir)

Onim: Gaza Mempertahankan Maruah Dengan Bantuan Allah

Abdillah Onim yang bertugas sebagai wartawan di Gaza,sentiasa  menjadi sasaran (target) tembak tentera rejim Israel kerana selalu berada di medan pertempuran.

Onim juga melaporkan suasana di Gaza melalui stesenTVOne dan media cetak  ketika serangan selama 29 hari yang bermula 7 Julai hingga gencatan senjata pada hari ke 29 (5 Ogos) selama 3 hari.

Bagaimanapun genjatan  itu terburai selepas 72 jam kerana tidak tercapai perundingan serta tuntutan Briged Al-Qassam/Hamas.

Sementara wartawan dari luar sukar memasuki kawasan perang Gaza.Bahkan yang lolos ke sana banyak yang mati ditembak tentera Zionis.

Hanya Onim yang masih “liat” menjalankan tugas bahaya itu sehinggalah kini.

Ketika  serangan ke  Gaza selama 29 hari itu;  Zionis penjajah secara ganas membunuh orang awam, anak-anak dan wanita.

Namun keunggulan kumpulan penentangan Palestin (Gaza) ke atas  penjajah Zionis sangat membanggakan:

Tentera Palestin di Gaza terdiri daripada Briged Al-Qassam dan Jihad Islam  mampu menjalankan  operasi berkualiti dan taktik tentera tingkat tinggi yang mencengangkan tentera penjajah.

Mereka bahkan mampu menyelinap ke pusat kawalan lawan (Zionis).

Sniper tentera Gaza berjaya memburu askar Zionis penjajah  dengan kemahiran  tinggi, seperti para penembak tepat membidik buruannya.

Brigade Al-Qassam juga berjaya menghasilkan senapang  khusus- sniper jenis Gul.Ia adalah  senapang pertama di dunia dari segi ukuran, ketepatan, peluru dan jarak yang mematikan lawannya.

Pertama kalinya penentangan tentera Gaza menjalankan operasi komando (bawah laut) dengan nama "operasi katak manusia laut" dan dapat menyelinap ke barisan lawan.Mereka juga berkali-kali  berjaya menculik askar Zionis.

Bahkan  berjaya menghasilkan pesawat tanpa awak dengan tiga jenis berbeza sekaligus;dapat memata-matai, menyerang dan membunuh.

Keahlian tinggi tentera Gaza; khususnya Al-Qassam  melakukan pertempuran sampai terlibat  tembak berdepan  dengan Zionis dalam jarak tak sampai 10  meter.  Padahal kononnya tentera Zionis dikenal sebagai kekuatan keempat di dunia.

Barangkali yang paling melelahkan dan menakutkan Zionis adalah hujan ribuan roket jenis mortar yang jelas berkesan  dalam mengacah-acah barisan tentera Zionis dan menewaskan  mereka.

Serbuan yang dilakukan pejuang  al-Qassam mampu membuat pasukan Zionis ketakutan,  sebab kemahiran mereka   seakan seperti bermain “game Counter Strike.”

Antara penyebab lain adalah,  kehadiran jurucakap tentera Al-Qassam, terutama Abu Ubaidah yang ditunggu-tunggu Zionis tentang apa yang “bakal dikatakan.”

Bom barrel Al-Qassam sangat berkesan menghancurkan tank dan buldozer serta kenderaan pengangkut Zionis . Bom ini dicipta dan dihasilkan di Gaza.

Menjadikan rumah warga Palestin sebagai umpan untuk mengurung pasukan Zionis –ia  adalah taktik  yang tidak pernah dijangkakan  Zionis. Bahkan satu regu tentera Zionis dapat dibunuh dengan cara ini.

Roket Kornet dan roket  buatan Al-Qassam dengan mudah menjadi alat penghancur kenderaan tentera Zionis dan menjadi momok baru paling mengerikan.

Tentera Gaza mengatakan berjaya membunuh 160 askar dan komandan Israel . Ini belum pernah terjadi dalam sejarah ketenteraan Zionis bahkan tidak terjadi dalam perang dengan Lebanon.

Untuk pertama kalinya, tentera Gaza mengatakan berjaya menghasilkan roket berkualiti dapat menjangkau jauh. Roket seperti AR160, Sijjil 55, J80, Barraq 100, Barraq 70 yang mampu menjangkau kota-kota utama Israel seperti Haifa, Ramata Kan, Dimona, Naharia, Gos  bahkan Tel Aviv.

Barangkali paling penting dalam perang kali ini adalah perang mengggunakan  terowong bawah tanah. Ini adalah penyebab  yang menjadi salah satu alasan Zionis menjalankan operasi tentera ke Gaza. Terowongan ini menjadi momok mereka.

 “Insiden ini membawa jumlah warga Palestin yang mati sejak dimulainya perang Israel di  Gaza sejak 7 Julai menjadi 1,810 orang,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qodra kepada Anadolu Agency.

“Hampir 9,400 warga Gaza juga terluka dalam serangan Israel,” ujarnya.

Relawan Indonesia yang menetap di  Gaza , Abdillah Onim, mengatakan  bahawa rakyat di wilayah itu sangat memerlukan ubat dan makanan kerana Israel masih terus adakan sekatan dan terus melakukan serangan.

"Selain itu, yang juga diperlukan ketika ini adalah alat kesihatan, team medikal, air bersih, pembalut, tilam, bantal, dan seumpamanya," katanya.

Menolak Bantuan Syiah


Antara kebijaksanaan Briged Al-Qassam ialah menolak bantuan Syiah kerana hanya berharap pada pertolongan Alllah sepenuhnya.

Jelas  keputusan itu memang tepat. Hamas di Gaza secara tegas menolak bantuan Hizbullah dalam perang melawan Israel.

“Untuk Zionis Israel, biar kami yang hadapi dan kami minta tolong kepada Allah SWT,” kata Hamas sebagaimana dilaporkan Abdullah Onim dari Gaza.


“Roket-roket dibuat atau direka sendiri di Gaza, Jika ada negara yang mengatakan, kami (Onim dan relawan) yang membawa masuk roket ke Gaza.’, “Itu bohong,” lapor Onim.

Sebelumnya, Hamas juga mengecam camputangan Hizbullah dalam perang Syria yang telah membunuh ratusan ribu Muslim Syria dan ribuan pelarian Palestin.

Pada Disember 2012, pegawai tinggi  Hamas, Bara’ Nizar Rayyan -putra Asy-Syahid DR Nizar Rayyan- mengkritik keras  pemimpin Hizbullah, Hasan Nashrallah. Dengan tegas, Nizar meminta Hasan berhenti “cari muka.”

”Ya Hasan Nashrallah, jangan kau cari sensasi di Gaza, sedang jenayah Bashar Asad kau bela…!” kritiknya.

Menurut Syaikh Abu Muhammad, sebelum teknologi itu dimiliki pejuang Palestin, perkara pertama dimiliki oleh mereka adalah keimanan yang kuat.


Keyakinan inilah, lanjut dia, yang kemudian mampu membangun semangat mujahidin untuk terus  melakukan penyelidikan, yang terkini dengan roket dan pesawat tanpa awak.
Menjalankan misi dan berjuang di wilayah bergolak tidak semudah berdakwah dan berceramah atau menyampaikan tentang perjuangan di hadapan ribuan jamaah.
Wilayah  Gaza sangat  berbeza dengan negara konflik lainnya seperti Iraq, Afghanistan.
Jika di Afghanistan dan Iraq atau di Libya konfliknya boleh reda dan kembali aman, sedangkan di Palestin konflik ini berpanjangan tidak ada tanda damai.
Sejak 1946 lagi hingga kini (2014),Yahudi merampas banyak tanah Palestin. Sehinggakan  sebahagian besar daripada para ulama Palestin mengatakan bahawa konflik antara Israel/Palestin ini hingga akhir zaman.
Yahudi Zionis pun sedar akan hal itu sehingga  mereka banyak menanam  pokok yang dikenali sebagai Gorgot di mana di akhir zaman nanti mereka akan bernaung dan berlindung di balik pokok yang dianggap sebagai pokok penyelamat.
Kanak-kanak dan wanita adalah mangsa terbanyak kerana Yahudi laknat itu bahkan menggunakan senjata kimia yang  dilarang oleh Geneva Convention.
Hampir setiap hari tentera Israel mengganggu warga  Gaza; setiap hari tentera haram Israel melakukan ugutan, kezaliman, pembunuhan terhadap orang awam di  Gaza. Mereka bahkan  meranapkan kebun  zaitun dan  kurma milik petani  Gaza dengan  bulldozer.
Onim pernah melakukan liputan di wilayah Khuza’ah Gaza di selatan. Wilayah Khuza’ah ini hanya berjarak kurang dari 500 meter dengan pos sniper Israel.
Ummu Al-Najjar namanya, rumah keluarganya berdekatan dengan kawat sempadan  antara Israel dan  Gaza. Di sekitar rumah beliau terdapat beratus pokok zaitun yang sudah berumur 40 tahun yang menjadi sumber rezeki, selain pokok zaitun juga terdapat 20 kotak madu  ternak lebah penghasil madu.
Suatu hari bulldozer dan  tank  Israel menerobos kawat di halaman rumah keluarga Ummu Al-Najjar, serentak tentera Israel melepaskan tembakan ke dinding rumah milik Ummu Al-Najjar dan menyuruh penghuni rumah keluar dan meninggalkan rumah.
Tiada penentangan dari keluarga Ummu Al-Najjar kerana   tidak memiliki apa-apa senjata untuk melawan. Ummu Al-Najjar hanya  berkata : “Apa yang kamu wahai Zionis..ini rumah kami dan ini tanah  kami..,” tentera Israel tidak peduli pada kemarahan  Al-Najjar.
Mereka terus meratakan  semua pokok zaitun dan ternak lebah, tidak hanya  zaitun, rumah milik jiran Ummu Al-Najjar yang mana rumah tersebut baru siap 3 bulan juga diratakan.

Sejak tahun 2009 Onim berada di  Gaza hingga kini; 2014, boleh dikatakan menjadi saksi hidup atas kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap warga  Gaza.
Beliau melihat sendiri mangsa berlumuran darah,  tak bernyawa, anak tak berdosa kehilangan anggota. Anak yang kehilangan kedua orang tua,isteri kehilangan suami, orang tua kehilangan anak.
Onim sendiri mengalami dan merasakan penderitaan serta kezaliman peperangan yang “dicipta” oleh zionis Israel.
Pada awalnya mengalami suasana itu; Onim berasa panik dan takut.Lama kelamaan terbiasa dengan gegaran,  dentuman bom serta suara roket dan suara pesawat jet tempur serta pesawat tanpa awak milik Israel.
Pada beliau relawan harus berani menerima risiko bila berada di wilayah konflik seperti  Gaza, tentunya harus memiliki bekal keikhlasan, kesabaran dan  tawakal serta dukungan keluarga tersayang.
Sokongan ulama Saudi
Setelah 29 hari Gaza dilanyak habis-habisan barulah kedengaran suara sokongan dari   86 ulama  Arab Saudi yang menyeru  umat Islam di seluruh dunia untuk mendukung Gaza  melawan serangan Zionis.
Mereka juga menuntut agar pemerintah Mesir segera membuka pintu Rafah selamanya.
"Bahu-membahulah kamu dan putuslah jalan orang-orang yang ingin memutuskan barisan dan merosak persatuan kita," seru mereka. 

Mereka menyeru  seluruh umat Islam agar memberikan bantuan  baik moral  maupun mata benda. Dan, jika bersikap tidak peduli pada nasib umat; maka  akan mengakibatkan fitnah dan mala petaka. 

Di antara ulama Saudi yang menandatangani kenyataan ialah Syeikh Sulaiman bin Wail, Nashir bin Sulaiman Al Amr,‘Ali bin Sa’id Alghomidy,  ‘Abdul ‘Aziz bin al Muhsin at Turki, Fauzan bin ‘Abdullah al Fauzan, Muhammad bin ‘Abdul ‘Aziz Al Lahim dan beberapa ulama lainnya.@

Selasa, 29 Julai 2014

Abdillah Onim berjihad di Gaza

Abdillah Onim: Tekad berjihad di Gaza hingga akhir hayat

 

Jika orang kafir Yahudi pergi berperang melawan orang Palestin; mereka berharap mendapat kemenangan dan pulang dengan selamat. Berbeza dengan orang Islam, mereka berharap mendapat redha Allah dengan mati syahid.
Mencintai syahid telah lama tertanam di jiwa lelaki Indonesia  bernama Abdillah Onim. Dia  pun menjadi sukarelawan kemanusiaan di umi jihad-Gaza yang  memang penuh suka dan duka.  
Abdillah Onim, relawan MER-C yang menetap di Gaza, Palestin. Relawan  untuk Palestin yang juga merupakan Wartawan TVOne ini adalah kelahiran tanah Galela, Maluku Utara.

Onim kini menjadi sasaran (target) tembak Israel kerana selalu berada di depan  dalam melaporkan suasana di Gaza melalui stesenTVOne. Sementara wartawan dari luar sukar dan dilarang keras untuk memasuki kawasan jalur Gaza oleh tentera Israel.

Awalnya  Onim adalah lelaki bujang yang mulai pergi ke Gaza pada tahun 2009. Ia memang berkeinginan menikahi wanita Gaza, lalu berusaha kuat mencari pendamping hidup dibantu rakan-rakannya di Gaza.

Diperkenalkan oleh beberapa sahabat , Onim bertemu dengan calon isterinya dengan proses yang cukup Islami.
Sekadar melihatnya sekali, kemudian diteruskan dengan saling istikharah, untuk menentukan sikap apakah  saling menyetujui untuk membina rumah tangga.

Setelah istikharah, akhirnya mereka memutuskan untuk saling menerima. Proses pernikahan ini sangat unik juga, bertemu sekali, tiga hari kemudian saling menerima, hari keempat melamar,hari kelima penyerahan mahar dan hari keenam ijab qabul.

Ketika melamar, selain ditemani oleh seluruh Tim Relawan Pembangunan Hospital Indonesia yang ketika itu berjumlah 7 orang, Onim juga ditemani oleh Ketua IHH Cabang Gaza, Muhammad Kaya.

Berbeza dengan proses lamaran di Nusantara, proses melamar di Gaza  sangat sederhana.
Mengambil tempat di belakang rumah calon mempelai wanita dengan dihadiri oleh beberapa pegawai dari pemerintah Gaza, Rabu (16/02), proses acara penyerahan mahar pun  sangat sederhana dan hanya berlangsung kurang dari 20 minit.

Mewakili keluarga  Onim, Syeikh Ya’kub Ismail Sulaiman, menyampaikan rasa terima kasih dan syukur yang mendalam kepada Allah SWT kerana ini adalah pertama kalinya orang Indonesia menikah dengan warga Gaza.
Di mana pihak keluarga calon mempelai wanita menerima dengan tulus  pinangan Onim. Kemudian mahar sejumlah 3,000 USD pun diserahkan kepada orang tua   mempelai wanita.
Turut hadir Datuk Bandar Bayt Lahiya, Pengarah Kementerian Pengangkutan, wakil dari Universiti Islam Gaza, dan beberapa pegawainya. Acara ditutup dengan doa dan diteruskan makan manisan ala Gaza.

Keesokan harinya, Khamis 17 Februari 2011 , bertempat di Mahkamah Pernikahan kota Jabaliya, Abdillah Onim mengucapkan Ijab Qabulnya.

Bertindak sebagai wali dalam pernikahan tersebut adalah ayah mempelai wanita, dengan 2 orang saksi iaitu Syeikh Ya’kub Ismail Sulaiman dan Ibrahim Al-Hirthani.

Rasmilah Abdillah menyandang pangkat sebagai seorang suami. Semua rakan relawan  memeluk Abdilah Onim, rasa bahagia dan haru oleh semua relawan.

Proses, pernikahan Onim juga diliput oleh berbagai media di Gaza, seperti Felesteen al-Ann dan akhbar Risalah Palestin.

Allah yang Maha Kaya, Allah-lah yang mencukupkan seorang hamba tatkala dia akan menikah sebagaimana firman-Nya , "Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An-Nur: 32)


Sebagai seorang relawan kemanusiaan, Onim serba  kekurangan, terutama mata benda menyebabkan dia kegugupan  menjelang pernikahan.
Namun tak lama, berbondong-bondong bantuan datang dari arah yang tak disangka-sangka. Di sinilah dia merasakan pertolongan  Allah itu turun kepada hamba-Nya yang ingin melaksanakan sunnah yang suci dan demi menjaga kemuliaan.
“Saya juga merasakan bagaimana pertolongan Allah itu turun, apalagi ketika saya memerlukan mahar, itu benar-benar “tangan” Allah yang membantu. Keadaan saya benar-benar dalam kekurangan, apalagi  sebagai relawan, tidak bergaji lalu menikah di wilayah konflik yang biaya hidupnya itu sangat tinggi. Mahar saya sampai puluhan juta (rupiah), saya sudah jual kambing tetapi tidak cukup.
Dan subhanallah hanya dalam masa dua jam, saya dapat mengumpulkan mahar itu yang jumlahnya sekitar USD 3,000,” katanya.
Alhamdulillah, dari pernikahan Abdillah Onim dengan muslimah Gaza ini dikurniai Allah seorang anak yang kini berumur dua tahun.
Setelah berada di Gaza selama lebih dari dua tahun, Abdillah diberikan cuti. Beliau memanfaatkannya untuk berkunjung ke kampung halamannya di Maluku Utara bersama isteri dan anaknya.
Pulang kampung

Seminggu setelah perang 8 hari (tahun 2012)  berakhir atas izin dan kurnia dari Allah swt Onim mengajak anak dan isterinya berziarah ke Indonesia. Niat utama adalah bertemu ibu tercinta  dan sanak keluarga yang ada di kampung serta berdakwah selama berada di Indonesia.
Isteri Onim adalah seorang muslimah hafizah asli Gaza yang bernama  Rajaa Yusuf Ali Onim dengan membawa buah hati puterinya berusia 1 tahun yang diberi nama Marwiyah Filindo (Filistin Indonesia) Onim.
 Filindo diambil dari dua nama negara yang sangat erat kaitannya bahkan hubungan darah iaitu Filistin dan Indonesia. Anak isteri  Onim berwarganegara Palestin sedangkan  Onim masih mempertahankan sebagai WNI.
Pada bulan Disember tahun 2012, Onim bersama keluarganya tiba di Jakarta, kemudian meneruskan perjalanan ke kampung halamannya.
Ketika berada di kampung dia menghabiskan masa untuk berdakwah keliling kampung dari masjid ke masjid di temani oleh isteri dan puterinya. Setelah kurang lebih sebulan berada di kampung, Onim kembali ke Jakarta dan melanjutkan perjalanan dakwahnya ke Malaysia.
Kemudian ke Purwokerto, Pekan Baru, Lampung dan beberapa kota lainnya di Indonesia terutama di Jakarta berbagai beberapa LSM (NGO) yang peduli Palestin.
Mereka mengundang Onim dan isteri bersama puteri untuk mengisi acara di masjid-masjid dan sekolah-sekolah, perusahaan, badan amil zakat.
Setiap kali Onim atau isteri saya diundang mengisi acara di masjid-masjid baik di Malaysia ataupun di beberapa kota di Indonesia, setiap kali di akhir acara para jamaah atau AJK acara menyerahkan dana berupa amanah untuk anak yatim, fakir miskin atau janda syuhada di  Gaza, Palestin.
Onim dan keluarga berada di Indonesia selama 6 bulan dan biaya hidup  di sana adalah  dari dana peribadi. Kerana  selama 2 tahun  beliau dan isteri  menabung dengan niat berziarah dan berdakwah ke Indonesia.
Ketika berada di Indonesia beliau membuka jaringan silaturahim seluas-luasnya tanpa memandang apakah atau lambang atau LSM dan  bersama isterinya menghadiri undangan dari LSM-LSM.
Kembali ke Gaza

Ketika  ditanya mengapa tak menetap di Indonesia saja, ia mengaku tidak mampu tinggal di sana. Bukannya tak cinta tanah air, tetapi lingkungan dan sisi keislaman di negeri ini jauh berbeza dengan di Gaza.
“Kalau untuk tinggal di Indonesia, saya dan isteri seperti tidak mampu. Kerana gaya hidup dan budaya  di Indonesia dengan Palestin itu sangat berbeza terutama dari sisi keislaman. Jadi saya memilih untuk mendidik dan membesarkan anak-anak di Gaza,” jawabnya.
“Isteri saya seorang hafizah dan  keluarga saya di  Gaza itu hafiz dan hafizah jadi saya lebih memilih membesarkan anak di sana dan kalau ada rezeki mahu diri rumah di sana. Tapi insya Allah akan berulang alik ke Indonesia,” tutupnya.

Onim pun semakin kuat tekadnya untuk tinggal di Gaza membesarkan anaknya, ia tak peduli meskipun serangan Zionis Israel yang sentiasa mengancam.

Setelah  berziarah dan berdakwah baik di Indonesia dan di Malaysia maka pada  1 Mei 2013 Onim sekeluarga  kembali ke Gaza dengan laluan rasmi iaitu melalui pintu sempadan Rafah.
Onim  berniat menetap dan membangun rumah di tanah pemberian bapak mertua; termasuk  markaz tahfiz untuk menampung anak menghafal Qur’an salah satu usaha isterinya.
Ketika itu design rumah dan markaz  tahfiz  dan tanah sudah ada tapi dana pembangunannya belum cukup kerana memerlukan dana Rp 400,000.000,- sedangkan tabungan Onim bersama isteri baru ada Rp 100,000.000.
Setelah seminggu  berada di  Gaza, dana yang diamanahkan oleh rakyat Indonesia dan rakyat Malaysia melalui masjid-masjid, sekolah, universiti, perusahaan, pejabat sudah disalurkan sesuai dengan yang diamanahkan.
Keadaan  keluarga yang  datangi Onim untuk menyalurkan bantuan berupa dana tunai iaitu fakir miskin yang sakit kuat hinggaan terpaksa di bawa berubat hingga ke Israel.
Ada keluarga cacat, keluarga fakir yang bapaknya buta harus dioperasi, fakir miskin yang bapanya menderita gagal buah pinggang. Ada fakir miskin yang bapanya bisu dan menyewa di ruang 6×6, fakir miskin yang bapanya menderita kanser tenggorok.

Terdapat juga fakir miskin menganggur dan memiliki 6 anak, fakir miskin yang bapanya mati dalam pertempuran melawan tentera Israel, ketiga anak yang bapaknya masih ditahan di penjara Israel, ada juga fakir miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah.

Isnin, 9 Disember 2013




Syeikh Mutawalli Sya’rawi: Wali Yang Mentafsir al-Quran

Syeikh al-Mutawalli Sya’rawi  dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah dalam negara Mesir.
Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah Allah SWT. Syeikh menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar.
Mendapat syahadah (ijazah) tertinggi dari kuliah Lughah Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar pada tahun 1943.
Beliau  pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Maahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950.
Kemudian beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz di Arab Saudi sebagai pensyarah Syariah selama 10 tahun.
Dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta, di negaranya-Mesir pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976.
Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah).
Beliau pernah dipenjara ketika masih menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. 

Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT.
Sahabat akrabnya pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat solat bertahajjud.

Sewaktu di Madinah dan Makkah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut.
Ketika berada di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya seperti orang lain; di mana kebiasaannya bertawaf sebanyak tujuh kali.
Rasa cintanya kepada Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan panas yang amat terik beliau  bertawaf kadang-kadang sehingga 14, 21 dan 28 kali.
Beliau pernah menegur pemerintah Arab Saudi supaya maqam Nabi Ibrahim AS tidak dipindahkan dari tempat asalnya. Syeikh  berpendapat bahawa maqam tersebut adalah tempat peribadatan haji dan tidak boleh diubah.

Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah SAW terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya.
SIFAT DERMAWAN
Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya, kuat ingatannya dan insan kamil lagi mutakamil. Sewaktu membeli Syeikh tidak mengambil baki wang yang dihulurkan malah menyenangkan orang lain dalam muamalahnya.
Sifat dermawannya tidak dapat disangkal lagi malah beliau adalah orang yang tidak pernah jemu menyalurkan gajinya di jalan Allah. Syeikh menafkahkannya kepada faqir miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang memerlukan.
Namun beliau bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya malah beliau sentiasa menutupi setiap sumbangannya agar tidak diketahui oleh ‘tangan kirinya’.

Syeikh diamanahkan memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978. Beliau tidak mahu lama memegang jawatan kerana jawatannya itu tidak memberikan kesan besar untuk  melaksanakan Islam dengan baik.
Pada suatu ketika; sewaktu diminta oleh sahabatnya untuk membela dirinya yang difitnah, beliau hanya memperingatkan sahabatnya dengan ayat Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa mendoakan bagi mereka yang sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya”.




Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku bimbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh menyatakan : "Bertenang! Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."
Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Syeikh juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan.
Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta  Dollar AS) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Dolar AS) kepada pelajar-pelajar al-Azhar.
Lebihannya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.




PERISTIWA DI PERSIDANGAN
Pada  suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang dijemput untuk menghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya.
Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insya-Allah”.

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

RASULULLAH MEMBERI JAWAPAN

Ketika ulama itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah  pelita.
Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”.
Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula.
Akan tetapi Syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada Syeikh Sya’rawi, “Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?”.

Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang  pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.
Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang  pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan Rasul
Suatu hari, umat Islam Mesir , bahkan seluruh dunia  terkejut dan tersentak apabila Syeikh Sya’rawi- yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah meninggal  ketika berumur 87 tahun.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta.
Beliau mengalami kesakitan  pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk bernafas dengan baik dan sakit tulang.
Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya.
Kata Syeikh: "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah datang sendiri berjumpaku, aku gembira dengan kedatanganmu". Kemudiannya, beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya ( Doqdus) berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
Rujukan:wikipedia,  Lembaran Hidup Ulama, http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/03/Kisah-yang-Sangat-Mengagumkan


Jumaat, 2 Ogos 2013

Apa kesudahan nasib Presiden Mursi?

Nasib Al-Sisi dan Mursi Dalam Gelombang Ganas Demokrasi Mesir

Ramadhan yang mulia hampir berlalu, Syawal pun menjelang namun nasib Muhammad Mursi, Presiden Mesir yang dikudeta oleh tentera pimpinan Jenderal Abd Fattah Al-Sisi masih tidak menentu.
Mursi tidak berada di dalam tahanan tentera dan masih hidup, namun di mana bekas presiden itu disembunyikan oleh Jenderal Abd Fatah Al-Sisi?  

Pengikut setianya yang majoritinya dari kumpulan dakwah Ikhwanul Muslimin terus gigih berdemonstrasi untuk menuntut supaya beliau dibebaskan dan ditabalkan semula sebagai presiden yang sah secara demokrasi sebelum kudeta pada 3 Julai.

Tentera Mesir di bawah regim Jenderal  Al-Sisi mendapat restu serta dokongan daripada Amerika Syarikat (AS) dan regim Zionis  mendakwa bahawa beliau  mengambil alih (sebenarnya kudeta) demi menyelamatkan demokrasi di Mesir. 

Mereka mencipta pelbagai program batil bahkan pada pertengahan Ramadhan lalu menyeru penyokongnya bangkit mengadakan demonstrasi tandingan secara besaran untuk menyokong tindakan jahat dan haram beliau.
Namun takdir Allah telah menghentikan seruan jahat itu apabila seorang Komandan Tentera Angkatan Bersenjata ketiga, Jenderal Usamah Askar bangkit menyangkal arahan jahat Al-Sisi itu.
Kata jenderal yang berpengkalan berhampiran Sinai itu bahawa seruan Al-Sisi itu tidak perlu dipatuhi dan patut dikecam kerana menggalakkan pertumpahan darah dan perang saudara sesama rakyat Mesir-sedangkan fungsi tentera  adalah sebagai pelindung rakyat dan keamanan negara.

Selain itu ulama besar ahli sunnah, Prof Yusuf al-Qaradhawi juga turut membantah seruan Al-Sisi yang nampaknya semakin terdesak untuk kekal berkuasa.

Walaupun Jenderal Al-Sisi telah melangkah jauh dengan melantik Perdana Menteri yang dikatakan berjawatan sementara menunggu pilihanraya dalam masa setahun. Namun berjuta-juta rakyat Mesir terus berdemo menuntut supaya Mursi diberikan semula jawatannya dan tidak mahu surut mengalah. 

Itulah suatu skenario suram yang tidak mungkin dapat mengembalikan demokrasi sebenar yang baru dinikmati kira-kira dalam masa setahun di negara piramid itu.

Tariq Ramadhan, cucu allahyarham Hasan al-Banna (pengasas Ikhwanul Muskimin) yang menjalani kehidupan di Barat (pentas subur demokrasi) tidak pernah alpa dengan tipu daya Yahudi dan Nasara.

Beliau  hidup dalam buangan di Swiss sejak belasan tahun lalu memberi analisis tajam tentang siapa dan bagaimana disebalik kudeta ke atas   Mursi pada 3 Julai itu.

Pada beliau semua itu jelas adalah sandiwara jahat Barat yang dikepalai AS dan Yahudi dan aktor utamanya ialah Jenderal  Al-Asisi, El-Baradei, pimpinan Salafi melalui Parti An-Nour dan Koptik.

Kata Tariq,  media Barat  melabel kaum Salafi sebagai “parti Islam”  sekutu Ikhwanul Muslimin, tetapi yang sebenarnya  kaum Salafi itu hanyalah menjadi  sekutu regim negara Teluk yang  menjadi  sekutu regional AS.

Tujuannya adalah untuk merosak kredibiliti agama  Ikhwanul Muslimin, dan memaksa ikhwan ke arah menjadi ekstrem.
Pada ketika penggulingan  Mursi, mereka tidak hanya mengkhianati tetapi kaum Salafi juga meuar-uarkan strategi bersama-sama dengan sekutu strategis supaya seluruh dunia dapat melihat.
Ia suatu hal yang tidak menghairankan  kerana negara pertama yang mengakui kudeta regim baru itu adalah  Emirat Arab Bersatu, Arab Saudi dan Qatar. Negara itulah yang   memberikan dokongan kewangan langsung dan tidak langsung terhadap Salafi Mesir itu.
Analisis dangkal mungkin akan membawa kita untuk percaya bahawa Arab Saudi dan Qatar mendukung Ikhwanul Muslimin, tetapi sebenarnya  negara  tersebut adalah wakil kekuatan AS di wilayah timur tengah.
Strateginya adalah untuk menabur perpecahan di antara berbagai kecenderungan Islam politik, untuk meniup konfrontasi dan untuk mengacau-bilaukan. Strategi yang sama bertumpu pada perbezaan parti politik Sunni dan memperburuk perpecahan antara Syiah dan Sunni.
Pencetus utama  El-Baradei, telah memainkan peranan  dan  dia  bergabung erat dengan para cyber muda dan gerakan 6 April sejak tahun 2008. Dokumen Jabatan Luar Negeri AS membuktikan bahawa mereka  sangat rapat  dengan pemerintah AS.
Visinya telah dilakukan dengan cermat, dan meskipun ia telah ditolak sebagai Perdana Menteri, dia telah muncul sebagai pemain penting di pentas politik.

Apakah kesalahan Mursi ? Pada Tariq, sebagai presiden, Mursi  hanyalah  manusia yang sederhana, kurang pengalaman dan sedikit kesalahan (program) yang dirangka bersama dengan sekutunya, khususnya Ikhwanul Muslimin.

Tambah Tariq, Presiden Mursi tidak dapat menerima kritikan  dan tidak membina hubungan  seperti  mengundang mereka untuk bersama-sama dengan pemerintah atau untuk mengambil bahagian dalam dialog nasional yang lebih meluas.
Faktanya, bagaimanapun, bahawa gaya pengurusan pemerintahnya  telah gagal untuk mengambilkira sebahagian suara rakyat dan bahkan daripada beberapa penasihat yang terbaik.
Hubungan  eksklusifnya  dengan  pimpinan Ikhwanul Muslimin menjadikan Mursi selalu membuat keputusan yang tergesa-gesa.
Tetapi pada tingkat yang asas, kesalahan yang terbesar adalah tidak adanya visi politik dan kurangnya kepentingan  politik dan ekonomi yang jelas.
Kegagalan untuk berjuang melawan rasuah dan kemiskinan dan salah urus mengenai urusan sosial dan pendidikan.
Kes bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dengan penundaan yang disengajakan menjadikan negara dalam keadaan tidak dapat dipertahankan. Mursi dikatakan salah analisis bahawa tabung  itu akan mendokongnya .
Tragis, hanya tiga hari selepas kejatuhan  Mursi, IMF bersiap untuk membantu dan memberi kelonggaran syarat. Perkara ini berlaku setelah penggulingan Mursi.
Kenaifan seorang presiden, pemerintah dan Ikhwanul Muslimin . Setelah enam puluh tahun  di bawah tekanan pihak tentera (dengan persetujuan  langsung dan tidak langsung dari pemerintah AS dan Barat), bagaimana mereka (Ikhwan)  boleh yakin  bahawa mantan musuh  akan mendukung mereka naik ke takhta  kekuasaan untuk ‘bermain gelombang’ demokrasi?
Apakah mereka tidak belajar dari sejarah mereka sendiri, dari Algeria pada tahun 1992, dan baru-baru ini dari Palestin?
Kata Tariq Ramadhan lagi: “Saya tetap kritis,  program dan strategi  Presiden Mursi dan Ikhwanul Muslimin , yang kompromi dengan angkatan bersenjata dan AS, mengalah pada hal-hal ekonomi dan masalah Palestin  dan kurangnya kesedaran politik telah menjadikan sesuatu yang merugikan.
 “Cuba  fikir  ketika Presiden Mursi memberitahu Jenderal Al-Sisi, ketika itu sepuluh hari sebelum kudeta , bahawa dia akan menurunkan Al-Sisi; walau sebelumnya ia juga yang melantiknya dan  Mursi pula yakin pihak AS “tidak akan mengizinkan kudeta tentera ” . Keyakinan Mursi   yang membingungkan .
Tariq  menambah, saya pernah mengulas tentang kecenderungan “revolusioner”di Mesir. Saya juga tidak percaya bahawa peristiwa di Mesir dan di Tunisia, adalah hasil dari pergolakan sejarah mendadak. Masyarakat  kedua negara tersebut ditindas secara kediktatoran, dari krisis ekonomi dan sosial, mereka bangkit atas nama martabat, keadilan sosial dan kebebasan.
Kebangkitan mereka, adalah kerana “revolusi intelektual” dan keberanian mereka haruslah dihormati.
Jatuhnya Hosni Mubarak adalah kudeta tentera juga sebenarnya, yang membolehkan generasi baharu tentera  untuk memasuki pentas politik dengan cara yang baharu pula , dari balik tirai pemerintahan  awam.
Barrack Obama melalui Pentagonnya telah memantau seluruh proses, tahukah sekutu sebenarnya di Mesir selama lima puluh tahun terakhir ini adalah tentera Mesir, dan bukan Ikhwanul Muslimin .
Lihat berita di International Herald Tribune, 5 Julai, dan Le Monde, 6 Julai, dasar AS  mengesahkan apa yang sudah jelas: keputusan untuk menggulingkan Presiden  Mursi telah dibuat beberapa hari sebelum demonstrasi 30 Jun 2013 .
Satu percakapan antara Presiden Mursi dan Jenderal  Al-Sisi menunjukkan bahawa kepala tentera negara itu telah merancang penggulingan dan pemenjaraan presiden seminggu sebelum pergolakan, demonstrasi rakyat yang akan membenarkan kudeta tentera “atas nama demokrasi iaitu kehendak rakyat.”
Al-Sisi licik memainkan strategi! Mengatur demonstrasi melibatkan jutaan orang supaya orang percaya bahawa tentera benar-benar peduli tentang hak rakyat !  Ini kudeta, kudeta babak kedua.
Kemudian kita analisis reaksi langsung dari pemerintah AS, yang mengelak penggunaan istilah “kudeta” (yang, jika diterima, akan bermakna tidak boleh memberikan dokongan kewangan kepada regim baru)?  Pemerintah Eropah pun akan mengekorinya, tentu  imej terbentuk: tentera telah bertindak sebagai “pejuang demokrasi” kerana  panggilan rakyat.
Ini semua terlalu bagus untuk menjadi kenyataan! Ajaib, ini adalah konspirasi. Lihatlah  elektrik padam, kekurangan minyak tanah mendadak dan kekurangan gas alam berakhir tiba-tiba setelah menjelang jatuhnya presiden.
 “Sikap pelik angkatan bersenjata disebut oleh Amnesty International.Mereka tidak melakukan apa-apa tindakan ketika demonstrasi tertentu- meskipun tentera memantau mereka, yang memungkinkan demonstrasi ganas menjadi bebas lepas -  semuanya sudah diatur,” tambah Tariq.
 “Musim bunga Arab” dan revolusi Mesir terus direbut (di hijack) oleh tangan Jenderal Al-Sisi. Ia memang dilatih oleh Angkatan Darat Amerika Syarikat, dan sangat akrab dengan rakan-rakan Amerikanya.
Dikudeta  Kerana Kepentingan Perniagaan Tentera


Lebih kurang  setahun  lalu, Presiden Mesir Muhammad Mursi membersihkan pegawai tinggi tentera mantan regim Mubarak.Mursi  menggantikan mereka dengan mengangkat beberapa jenderal baru yang diharapkan akan setia kepadanya.
Mursi seolah menikmati ‘bulan madu’ selama tiga bulan dengan pasukan bersenjata– dan untuk pertama kalinya – untuk menjadikan tentera  yang solid di bawah kontrol pemerintahan awam.
Namun hubungan mereka memburuk kerana kepentingan tentera ingin lebih dari apa yang diamanatkan Mursi, dan tentera mahu menjadi  sebahagian kepentingan perniagaan utama negara di samping peranan yang memastikan keamanan dan kestabilan  bangsa.
Perbezaan pendapat Mursi dan tentera bermula pada suatu malam di bulan November, bahawa Mursi mengeluarkan dekrit dengan  memberi keabsahan (legitimate) tak terbatas di seluruh negeri pada ketika keadaan ekonomi Mesir yang tergantung selama berbulan-bulan.
Pertikaian mereka mencapai puncaknya pada bulan Jun  lalu , ketika Mursi menyeru  supaya Mesir melawan Ethiopia dan Syria. Seruan tersebut mengancam akan membawa Mesir  ke dalam konflik yang serius.
Menteri Pertahanan Al-Sisi, sebelumnya adalah penyokong parti pimpinan Mursi , dan ia  dipilih oleh Mursi sendiri sebagai Panglima Angkatan Bersenjata.
 Al-Sisi memberitahu presiden pada 22 Jun bahawa ia perlu melakukan lebih banyak program untuk menyatukan negara.
Keputusan tentera untuk melangkah untuk berperanan dalam politik semakin menonjol. Berjuta-juta demonstran anti-Mursi (Tamarod) pun ‘diturunkan’ Al-Sisi ke jalanraya pada lapan hari kemudian.
Dan akhirnya al-Sisi mengumumkan dalam pidato TV nasional pengambilalihan kekuasaan presiden yang pernah mengangkatnya menjadi Komandan Tentera.
Kemudian disusuli dengan pertunjukan kekuatan  jet tempur y di langit Kahirah dan  kereta-kereta kebal bertujuan mempamer kekuatan  tentera  di jalanraya.
Tenterapun  mengendalikan Mesir sepenuhnya. Namun sehari selepas Mursi dikudeta, berlaku demonstrasi secara besar-besaran oleh pendokong presiden di jalan-jalan seluruh bandar utama Mesir.
Walau kini lebih 200  pendukung Morsi dan lawannya termasuk tentera telah terkorban.Demonstrasi berjalan sebelum dan sepanjang   Ramadhan.
Tentera Mesir telah lama memegang kekuasaan penting di seluruh negera , bahkan  banyak para  jenderal yang telah mengubah  menjadi konglomerat perniagaan selama tiga dekad ketika mantan presiden Hosni Mubarak berkuasa.
Kepemilikan perniagaan tentera yang gelap dan besar dan tak tersentuh, dianggarkan menguasai 40 peratus dari perekonomian Mesir.
Kekayaan mereka sangat menonjol walau di  jalan-jalan utama Mesir dipenuhi debu dan asap di mana kebanyakan rakyat mencari rezeki dengan hanya mendapat lebih kurang satu dolar  sehari.
Ketika berita ini ditulis pada 3 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadhan 1434, pengikut pro Mursi masih meneruskan demo secara besar-besaran di Kahirah dan di beberapa bandar lain.
Walaupun Al-Sisi (bersama tenteranya) mengancam akan terus bertindak keras- sudah hampir seribu orang yang mati dan lebih 5,000 yang cedera, namun mereka tetap tegar untuk terus menuntut Mursi dibebaskan.
Kelihatan seolah-olah nasib Mursi hanya  di bawah kawalan Al-Sisi dan bala tenteranya.
Namun pendemo pro Mursi sudah berikrar: “Hanya Allah-lah pelindung kami...”

Memang,  hanya Allah SWT sahaja yang akan menentukan nasib sebenar Mursi dan tentulah juga nasib pengkhianat Al-Sisi di gelombang ganas demokrasi kawalan  AS dan Zionis itu.