Syeikh Mutawalli Sya’rawi: Wali Yang Mentafsir al-Quran
Syeikh al-Mutawalli Sya’rawi dilahirkan pada 19 April 1911 M di Mayyit Ghemar, Daqohliah dalam negara Mesir.
Beliau menghabiskan hidupnya dengan memperjuangkan kalimah
Allah SWT. Syeikh menerangkan Islam dengan kefahaman yang sahih, menafsirkan
al-Quran dengan uslub yang tiada bandingnya hingga mampu menarik pendengar.
Mendapat syahadah (ijazah) tertinggi dari kuliah Lughah
Arabiah pada tahun 1941 M dan Syahadah 'Alimiyyah dengan kebenaran mengajar
pada tahun 1943.
Beliau pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Maahad
Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh
kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950.
Kemudian beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz di
Arab Saudi sebagai pensyarah Syariah selama 10 tahun.
Dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta, di
negaranya-Mesir pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi
Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976.
Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah,
anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh
al-Amin (yang amanah).
Beliau pernah dipenjara ketika masih menuntut di Ma'had
Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad
Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang
kerajaan.
Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT.
Sahabat akrabnya pernah beberapa kali mengintip perbuatannya
di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang
asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau menghidupkan malamnya
dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca al-Quran sepanjang malam sehingga
mencapai 70 rakaat solat bertahajjud.
Sewaktu di Madinah dan Makkah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut.
Sewaktu di Madinah dan Makkah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut.
Ketika berada di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya
seperti orang lain; di mana kebiasaannya bertawaf sebanyak tujuh kali.
Rasa cintanya kepada Allah terlalu mendalam, walaupun dalam
keadaan panas yang amat terik beliau bertawaf kadang-kadang sehingga 14, 21 dan 28
kali.
Beliau pernah menegur pemerintah Arab Saudi supaya maqam Nabi
Ibrahim AS tidak dipindahkan dari tempat asalnya. Syeikh berpendapat bahawa maqam tersebut adalah
tempat peribadatan haji dan tidak boleh diubah.
Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah SAW terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya.
Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah SAW terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya.
SIFAT DERMAWAN
Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya, kuat
ingatannya dan insan kamil lagi mutakamil. Sewaktu membeli Syeikh tidak
mengambil baki wang yang dihulurkan malah menyenangkan orang lain dalam
muamalahnya.
Sifat dermawannya tidak dapat disangkal lagi malah beliau
adalah orang yang tidak pernah jemu menyalurkan gajinya di jalan Allah. Syeikh
menafkahkannya kepada faqir miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang
memerlukan.
Namun beliau bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya
malah beliau sentiasa menutupi setiap sumbangannya agar tidak diketahui oleh
‘tangan kirinya’.
Syeikh diamanahkan memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978. Beliau tidak mahu lama memegang jawatan kerana jawatannya itu tidak memberikan kesan besar untuk melaksanakan Islam dengan baik.
Syeikh diamanahkan memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978. Beliau tidak mahu lama memegang jawatan kerana jawatannya itu tidak memberikan kesan besar untuk melaksanakan Islam dengan baik.
Pada suatu ketika; sewaktu diminta oleh sahabatnya untuk
membela dirinya yang difitnah, beliau hanya memperingatkan sahabatnya dengan ayat
Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa mendoakan bagi mereka
yang sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya”.
Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang
tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat
Menteri Waqaf Mesir, seorang doktor pernah berkata : "Aku bimbang apabila
kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara".
Lalu Syeikh menyatakan : "Bertenang! Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak
akan dapat menewaskan aku."
Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain
dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri
majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Syeikh juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah
seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada
beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung
beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen
serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan.
Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Dollar AS) yang merupakan hadiah daripada Raja
Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Dolar AS)
kepada pelajar-pelajar al-Azhar.
Lebihannya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi
diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.
PERISTIWA DI
PERSIDANGAN
Pada suatu muktamar
Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan dalam tempoh
selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh ulama’ Mesir yang
dijemput untuk menghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat
pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu
perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada
masa-masa sebelumnya.
Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan
mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya
ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang
dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda
SAW.
Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa
yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan
jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan
tersebut dan mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan
jawapan soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini
dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada
pertemuan esok insya-Allah”.
Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan
apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari,
meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu.
Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi
keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
RASULULLAH MEMBERI
JAWAPAN
Ketika ulama itu tidur, Rasulullah SAW telah datang
bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah pelita.
Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan
bertanya, “Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?”.
Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang pelita
yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun
menjawab, “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian
turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina
di tempat itu masjid”.
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang
sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari
kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk
diutarakan semula.
Akan tetapi Syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada
hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada Syeikh Sya’rawi,
“Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui
jawapannya?”.
Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian
Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik
ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang
jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam
mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu
bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.
Lalu Syeikh Sya’rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang
memegang pelita yang berada di sisi
Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam
kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal
ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan
Rasul
Suatu hari, umat Islam Mesir , bahkan seluruh dunia terkejut dan tersentak apabila Syeikh Sya’rawi-
yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran"
telah meninggal ketika berumur 87 tahun.
Sebelum meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak
cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta.
Beliau mengalami kesakitan pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu
untuk bernafas dengan baik dan sakit tulang.
Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa
sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan
suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya.
Kata Syeikh: "Selamat datang wahai Hussain ! Kamu telah
datang sendiri berjumpaku, aku gembira dengan kedatanganmu". Kemudiannya,
beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya ( Doqdus)
berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dihawa oleh anak-anak
muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang
telah menghadiri pengkebumian beliau.
Rujukan:wikipedia, Lembaran Hidup Ulama, http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/03/Kisah-yang-Sangat-Mengagumkan
