Ahad, 17 Mei 2009

Flu babi dicipta di makmal?

Isu Flu Babi Hanya untuk Memasarkan Ubat Mengabaikan Penderitaan Masyarakat




Sungguh saya sangat terkejut besar (shock)  ketika mendengar pada hari Khamis, 14 Mei 2009 M. kenyataan dari seorang ilmuwan Australia, Adrian Ghebs bahwa munculnya virus flu burung itu adalah disebabkan oleh kesalahan dimakmal. Dan saya pun meyakini kebenaran dari apa yang saya dengar, sebab sebelumnya saya telah mendengar dan melihat kerakusan perusahaan-perusahaan farmasi kapitalis di dunia Barat.

Usaha-usaha jahat seperti ini tidak mampu dilakukan oleh binatang buas sekalipun meski ia hidup di tengah hutan belantara tanpa aturan dan tanpa kemanusiaan.

Sementara perusahaan-perusahaan farmasi dengan mudah tanpa merasa bersalah menyebarkan penyakit flu babi hanya untuk menjual ubat-ubatan agar dapat mengaut keuntungan besar dalam krisis ekonomi global…. Allahu Akbar (Allah Maha Besar)…. Allahu Akbar (Allah Maha Besar)!

Tetapi mengapa saya harus “shock”? Dan untuk apa saya harus berasa aneh dengan semua kenyataan ini? Bukankah perusahaan-perusahaan farmasi Amerika telah menyebarkan penyakit AIDS di Afrika Selatan dengan cara menyuntikkan penyakit ganas dan mematikan ini kepada masyarakat miskin? Sehingga jumlah orang yang menderita penyakit mematikan ini di negara Afrika Selatan mencapai 70% dari kasus AIDS di seluruh dunia.

Untuk itu, saya meminta kepada mereka untuk menyangkal apa yang saya ketahui dengan menjawab …. untuk apa kalian membinasakan manusia, dan bahkan menjadikan manusia lain hanya sebagai “arnab percubaan” di makmal kajian?

Namun, saya yang akan menjawab tentang kenyataan yang kalian lakukan…. iaitu hanya untuk memasarkan ubat-ubatan kimia syatan yang mereka hasilkan!!! Dan hanya untuk mengaut keuntungan besar dengan mengorbankan darah manusia lain!!!

Kemudian, mereka sengaja membuat suasana panik, kacau dan gelap, sehingga mereka merasa sangat perlukan dengan Amerika, Inggris, Kapitalisme, Demokrasi, dan Kebebasan…. Wahai pamanku, lepaskan kami dan orang tua kami…. Kami tidak ingin hidup di tengah-tengah hutan belantara kalian; kami tidak mahu hidup bersama kalian…. Kami tidak ingin berhukum dengan hukum rimba yang kalian buat ini…. Itukah sistem yang kalian serukan kepada kami, bahkan kalian harus membunuh kami agar kami mahu hidup di bawahnya?!

Benar! Bahkan seribu kali saya katakan benar! Bahawa hanya dengan Islam dan di bawah sistem Islam kenyamanan, ketenangan, dan ketenteraman hidup akan dapat dirasakan. Di mana semua ini sekarang hanya sekadar impian yang mustahil diwujudkan dengan sistem Kapitalisme dan topeng pembungkusnya yang sejak awal memang telah mendorong penganutnya untuk mengorbankan manusia demi mewujudkan nafsu dirinya.

Sementara dengan Islam, Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Surah al-Anbiya’ [21] : 107). Mahabenar Allah dengan segala firman-Nya.

Oleh: Wadhah al-Faqir - Jordan

19 Jumadzil Ula 1430 H./14 Mei 2009 M.

Sumber: Kantor Berita Hizbut Tahrir

 

Sabtu, 16 Mei 2009

Derita Rohingya derita kita

Di bawah adalah foto penderitaan sedara kita Rohingya-manusia (makhluk) Allah yang dinafikan hak tinggal di negara tumpah darah oleh regim Burma.

Ekoran daripada itu mereka terpaksa bahkan dipaksa melarikan diri dari tanah air mereka, Arakan.Kini mereka berselerakan di negara-negara jiran termasuk Malaysia.



Penderitaan kaum Rohingya tiada kesudahan

Kaum Rohingya dalam keadaan tersepit. Mereka dilabel sebagai orang asing yang tidak dikehendaki di negara sendiri di Arakan, Myanmar. Setiap hari ditindas serta dinafikan hak untuk hidup dan bergaul sesama sendiri oleh junta tentera Myanmar. Mereka terpaksa keluar menjadi pelarian  dari negara sendiri. Banyak yang dipaksa atau terpaksa keluar dari Arakan demi menyelamatkan nyawa dan agama.

Banyak yang terlantar di sempadan Bangladesh, India, Thailand dan Malaysia. Untuk mendengar kisah terkini tentang nasib kaum Rohingya, ZAIN A. GHANI menemubualSDR. ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN, Naib Presiden Pusat Penerangan Rohingya (PPR) di Seri Kembangan, Selangor, pada 27 Mac lalu.


Apa peranan saudara di PPR Kuala Lumpur? Siapa yang menjadi ketuanya?

Saya diamanahkan sebagai Naib Presiden, manakala Presidennya ialah Haji Mubarak bin Abu Bashar.

Apakah nama tempat asal saudara di Arakan yang kini dijajah rejim Myanmar?

Tempat lahir saya ialah sebuah kampung bernama Mrauk-u, di daerah Montagung di Arakan, di dalam negara Myanmar sekarang.

Boleh sebutkan latarbelakang negara Burma? 

Burma (kini Myanmar) mendapat kemerdekaan daripada British pada 4 Januari 1948. Sebelum dijajah British, tanah air saya Arakan adalah sebuah negara tersendiri dan kami mempunyai raja-raja Muslim seperti Sulaiman Shah (Narameklah), Zafar Shah dan Hussain Shah yang memerintah sebelum kedatangan British pada 1824.

Apabila British menjajah Burma, negara Arakan ditawan dan dimasukkan ke dalam Burma sehinggalah sekarang. Sebelum itu, kami di Arakan hidup aman damai bersama kaum Buddha dipanggil Rakhaine.

Penderitaan orang Rohingya bermula sejak tahun 1978 kerana kezaliman junta tentera Burma. Akibatnya ratusan ribu orang menjadi pelarian ke negara tetangga dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Antara mereka menjadi pelarian ke Bangladesh yang bersempadan dengan Burma dan sebahagiannya menjadi pelarian di sempadan Burma dengan India.

Suasana kelaparan, berpenyakit  jelas di kawasan pelarian tersebut. Di sempadan dengan China, wanita-wanita Rohingya dijual untuk dijadikan pelacur. 

Apakah saudara dapat buktikan, umpamanya masjid atau artifak tentang kewujudan Muslim Rohingya ?

Kami adalah masayarakat Muslim yang sudah hidup di barat Myanmar ratusan tahun. Sejarah dapat membuktikan kewujudan kami. Kami mempunyai kerajaan beraja, mempunyai wang sendiri dan juga bendera sendiri.

Bukti lain ialah banyak terdiri masjid di Arakan, tetapi kini semuanya tidak berfungsi dan banyak yang diruntuhkan.

Di kampung saya di Mrauk-u terdapat dua masjid besar terkenal, iaitu Sandhi Khan dan Masjid Musa yang kini telah dirobohkan, dan semua Muslim dipindahkan ke tempat lain.

Berapa jumlah orang Rohingya yang masih tinggal  di Arakan sekarang?

Lebih kurang 1.5 juta. Dan yang melarikan diri ke  Malaysia kebanyakannya tinggal di Lembah Klang dan beberapa negeri lain.

Kenapa junta tentera tidak menyukai Rohingya?

Satu perkara yang menjadi kebencian utama ialah kerana kami Rohingya adalah Muslim. Mereka mahu menghapuskan kami secara teratur.

Sejak awal 1990-an, rejim di negara itu yang diketuai oleh Jeneral Than Shwe telah melucutkan kenegaraan orang-orang Rohingya yang tinggal di Arakan.

Kami secara sistematik dinafikan sebagai warganegara yang sah. Serentak dengan itu banyak perkara yang jahat dan tidak berperi kemanusiaan dilakukan ke atas masyarakat Rohingya.

Seperti mana berlaku di Bosnia pada 1993?

Ya, kami dinafikan hak untuk melawat saudara di kampung lain, masjid diruntuhkan, anak-anak tidak dibenarkan bersekolah dan segala peraturan yang tidak masuk akal dikenakan ke atas kami.

Kami disyaratkan mendapat kebenaran sebelum menikah, dan kebenaran biasanya disahkan setelah beberapa tahun. Pergerakan dihadkan  - kami terpaksa memohon kebenaran untuk singgah ke kampung lain, dan dihalang untuk mendapat kemudahan perubatan dan pendidikan.

Sebagai “orang asing”, masyarakat Rohingya tidak dibenarkan bekerja sebagai guru, perawat, berkhidmat pada masyarakat. Di wilayah Rohingya, para gurunya biasanya berasal dari golongan etnik Buddha Rakhine, mereka juga menghalang peluang orang Rohingya untuk mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.

Perkosaan dan kerja paksa adalah perkara yang biasa berlaku, serta  pemerasan terhadap mereka. Tentera meminta wang dan sekiranya tidak dapat membayar, mereka akan ditahan dan diseksa.

Masyarakat Rohingya juga mengalami tekanan terhadap agama. Mustahil bagi mereka untuk mendapat kebenaran membaiki dan membangun masjid.

Dalam tiga tahun terakhir,  12 buah Masjid di Arakan Utara dihancurkan, dengan jumlah terbesar pada tahun 2006. Sejak 1962, tidak ada masjid baru yang didirikan, bahkan para pemimpin agama telah dipenjara kerana membaiki masjid. 

Boleh ceritakan sejarah orang Rohingya?

Kaum Rohingya sudah mendiami Arakan sebelum kedatangan British yang menjajah Burma pada 1824 lagi. Kami mempunyai sejarah dan raja-raja sendiri, dan untuk pengetahuan saudara, saya juga adalah daripada keturunan Raja-raja Parin.

Sebagaimana disebut terdahulu, Arakan adalah sebuah negara tersendiri dan kami mempunyai raja-raja Muslim seperti Sulaiman Shah (Narameklah), Zafar Shah dan Hussain Shah yang memerintah sebelum kedatangan British pada 1824.

Kemudian setelah merdeka, banyak perubahan berlaku. Suatu ketika kaum Rohingya mempunyai tokoh di peringkat pusat seperti  Bo Maung (Muslim Rohingya), beliau adalah bangsa Rohingya yang mewakili kaum pada ketika itu dan dilantik oleh raja Burma.

Harapan saudara sebagai wakil PPR kepada kerajaan Malaysia?

Di samping berharap mendapat sokongan berterusan daripada kerajaan Malaysia untuk menyokong supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - bahagian pelarian (UNHCR) dapat memproses segera 3,000 lagi permohonan untuk mendapatkan pas.

Kami masyarakat Rohingya di Malaysia berharap berlaku satu keputusan yang positif pada Sidang Kemuncak ASEAN di Bali, Indonesia pada 14-15 April ini.

Di Bali nanti, Menteri Luar Myanmar (tentunya seorang Jeneral) akan datang  dan akan berlaku tuduh menuduh antara beliau dengan wakil-wakil yang bersimpati dengan kaum Rohingya.

Saya mewakili PPR telah berjumpa YAB Abdullah Ahmad Badawi dan insya-Allah perkara ini akan disambung oleh pemimpin baru seperti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperpanjangkan masalah Rohingya ini.

Kami juga telah mengedarkan sejarah orang Rohingya kepada kerajaan Indonesia, kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Jusuf Kalla apakah status kami yang sebenar di negara rejim itu.

Juga diberikan bukti sejarah di mana  kami pernah diiktiraf dan diberikan jawatan sebagai ahli parlimen pada tahun 1962.

Empat ahli parlimen kami ketika itu ialah Sultan Mahmud, Abdul Ghafar, Abul Bashar, Muhammad Sultan dan Shamshul Anwarul Haq.

Tetapi Shamsul Anwarul Haq sekarang berada di dalam tahanan kerana dihukum selama 45 tahun. Beliau kononnya bersalah kerana seseorang Muslim tidak boleh berpolitik di Burma.

Berapa banyak kediaman orang Rohingya diroboh dan dimusnahkan?

Apa yang saya tahu lima buah kampung  sekitar Kawalon (Mondrapronge), Pungnamrong, Alizay, Aungdine dan Nyoungbongziy telah dirobohkan. Semua kampung itu didiami Muslim Rohingya dan mereka dipindahkan dan dipisahkan ke kampung-kampung yang ramai penganut Buddha, di daerah Mrauk-u.

Banyak tanah-tanah orang Rohingya dirampas dan sekarang diberikan kepada orang Burma yang beragama Buddha. Masjid-masjid juga turut dirobohkan.

Apakah tiada penentangan terhadap rejim ini?

Pernah, tetapi kami tidak terlawan dengan rejim tentera. Kalau kami melawan atau membantah, pernah ada yang dipotong lidah dengan gunting.

Bukan itu sahaja, kami dilarang ke masjid, dilarang berpakaian Islam seperti berjanggut dan bersongkok.

Berbalik kepada pelarian Rohingya sebanyak 18,000 di negara ini…?

Di Pulau Pinang terdapat seramai 3,000, di Perlis 2,000, di Johor 1,600, di Melaka 300, di Negeri Sembilan 350 , di Pahang 1,100 dan Kelantan lebih 200, selebihnya tinggal di Lembah Klang.

Apa harapan orang Rohingya di Arakan sekarang?

Tiada apa-apa harapan, hanya menunggu Allah menjadikan dunia  kiamat sahaja. Kami di sini pun tidak banyak yang dapat dibuat; pemegang kad UNHCR kebanyakannya tidak diterima bekerja oleh majikan.

Jika yang bekerja pun, kadang-kadang terpaksa berpindah rumah - jadi agak sukar untuk bekerja secara konsisten. Jika dapat bekerja dengan teratur tentulah kami dapat menghantar sedikit wang kepada saudara mara di Arakan.

Walaupun demikian, kami di sini lebih bertuah. Dengan memegang kad UNHCR ini kami agak bebas bergerak, katakan saya lapar, saya dapat bergerak untuk pergi ke kedai untuk mencari dan membeli makanan di mana-mana kedai di sini.

Tetapi berlainan sekali dengan kaum Rohingya di Arakan sana. Jika ada wang pun mereka belum tentu dapat keluar dari kawasan sendiri untuk pergi membeli makanan; suatu perkara yang sangat memilukan hati.

Mengenai penduduk asal lima kampung saya itu, mereka entah di mana. Apa yang saya dapat berita, ramai antaranya telah meninggal di kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh.

Kem pelarian di Bangladesh adalah kem yang sangat daif, di mana tiada bekalan air bersih - yang ada ialah bekalan air laut yang masin.

Mereka ditempatkan di kem yang sangat berkurangan di segi kemudahan. Pada malam hari, mereka kadang-kadang diserang oleh para penjahat. Ramai anak gadis yang dirogol – dan banyak berlaku pembunuhan oleh orang luar yang tidak dikenali.

Baru-baru ini ada berita tentang pelarian Rohingya yang  dilepaskan ke laut oleh kerajaan Thailand tanpa makanan dan dibiarkan hanyut sehingga diselamatkan oleh kerajaan Indonesia  di perairan Aceh…?

Ya, itulah salah satu di antara kesukaran kaum Rohingya, di negara sendiri tidak dianggap warganegara - apabila keluar tidak disukai oleh sesetengah negara. Di sini saya berterima kasih kepada negara saudara, Malaysia yang baik hati.

Berbalik ke Malaysia, ada cadangan untuk memajukan masyarakat Rohingya?

Sekarang, kaum Rohingya di sini secara tidak langsung telah menjadi bahan perdagangan. Contohnya, apa yang saya kesalkan ialah sekolah-sekolah untuk anak pelarian Rohingya di sini; (ada lima buah) turut menerima bantuan daripada Persatuan Buddha, jadi saya mahu tanya di manakah bantuan yang telah diberi oleh badan-badan tertentu Islam sebelum ini?

Dan yang paling menyedihkan, mereka memberi bantuan ini dengan meletakkan semacam syarat - apakah makna kata seperti: “Kami tidak ada peruntukan untuk guru-guru mengajar bahasa Arab - kita hanya beri bantuan untuk mengajar Sains, Matematik, English, dan Bahasa Melayu sahaja.”

Sedangkan pada kami orang Muslim, bahasa Arab sangat penting kerana ia berkaitan dengan kelangsungan agama itu sendiri.

Di sini juga saya mahu meluahkan perasaan tidak berpuas hati kepada beberapa badan kebajikan termasuk yang bukan Islam yang mengambil kesempatan menggunakan nama Rohingya untuk memungut derma dan mengadakan program tertentu semata-mata untuk mendapat keuntungan wang - tetapi orang Rohingya tidak mendapat apa-apa.

Apakah harapan saudara kepada kerajaan untuk kebaikan orang Rohingya di Malaysia?

Oleh kerana orang Rohingya sudah terpecah kepada 9 kumpulan sekarang, segala bantuan hendaklah melalui badan yang benar-benar berkhidmat untuk kebaikan komuniti Rohingya.

Saya masih ingat, ketika membuat proses pendaftaran pada tahun 2003-2005, saya di antara orang yang dilantik PBB untuk kerja-kerja itu. Tetapi selepas pejabat pemprosesan PBB berpindah pejabat dari Gombak, banyak perkara berlaku dan banyak kumpulan yang tidak puas hati tentang proses situ.

Sementara itu pejabat PBB pula mahu supaya kerajaan Malaysia menerima semua pelarian pelbagai negara  seramai 28,000 di negara ini.

Satu kemujuran - saya rasa, apabila Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang bertanggungjawab tentang urusan itu telah menjawab kepada wakil PBB di parlimen.

Kata Nazri Aziz, Malaysia adalah negara yang dikelilingi lautan di mana banyak negara berjiran mempunyai konflik, jadi mereka terpaksa melarikan diri  ke sini melalui laut.

Tetapi kita (Malaysia) tidak dapat menerima semua pelarian sebanyak 28,000 ini - ia akan membebankan kita. Kita hanya menerima Rohingya kerana Rohingya ialah pelarian yang tiada negara (stateless). Mereka mudah berintegrasi dengan orang tempatan dan mudah belajar bahasa Melayu dan lebih penting, tiada rekod jenayah.

Jumaat, 15 Mei 2009

Bismilahirrahmanirrahim- Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang

Sebagai Muslim saya berkeinginan blog ini supaya memberi manfaat kepada semua saudara seagama.Namun, saya juga mengalu-alukan juga kawan-kawan daripada non-Muslim-sekiranya anda mendapat manfaat daripada blog SEDARAKITA kita ini.

Buat permulaan saya akan paparkan satu karya bermutu dari ulama terkenal Amir Syakib Arsalan berasal dari Lubnan.tulisan yang ditulis pada tahun 40-an eloklah dijadikan renungan umat Islam-supaya dapat direnung dan dipraktikkan demi izzah umat.

Artikel seterusnya yang bakal diterbitkan anti ialah tentang penderitaan manusia yang dilahirkan sebagi makhluk Allah di bumi Arakan - tetapi tiba-tiba dihalau dari tanah air sendiri dan dianggap tidak pernah wujud di bumi Arakan (dahulu Burma, kini dipanggil Myanmar)

PENYEBAB KEMUNDURAN KITA

OLEH Amir Syakib Arsalan * 

Adalah tidak berlebihan jika dikatakan bahawa keadaan kaum Muslim, baik di bidang spiritual maupun material, tidak memuaskan.  

Dengan beberapa perkecualian, di semua negara di mana kaum Muslimin dan bukan-Muslim tinggal berdampingan, kaum Muslimin ketinggalan jauh hampir dalam segala hal. ...

Namun tidak dapat dikontradiksikan bahwa di seluruh Dunia Islam terdapat percampuran yang luas antara tarikan kuat dan kebangunan dalam hal-hal spiritual dan temporal yang benar-benar bergejolak (fenomenal). Bangsa-bangsa Eropah dengan teliti mengamati pernyataan-pernyataan yang revolusioner ini dan manelaah arah dan kecenderungan-kecenderungannya.  

Sebagian di antaranya bisa difahami benar dan diduga sebagai kebangkitan dan perpaduan, dan ini ditunjukkan bukti-buktinya dalam artikel-artikel dan buku-buku yang telah mereka terbitkan. Akan tetapi tidak dapat diketahui dengan mudah bahwa gerakan maju kaum Muslimin ini masih belum sampai ke taraf yang memungkin-kan mereka mendekati kemajuan bangsa-bangsa Eropah. Amerika atau pun Jepun.

Inilah kondisi umum kaum Muslimin sekarang. Apakah sebab-sebab yang mendorong kemunduran umum kaum Muslimin itu? Bukankah dulu kaum Muslimin yang mendapat kepercayaan sebagai pemimpin di Timur mahupun di Barat selama kira-kira 8 atau 9 abad, dan memiliki nama dan kemasyhuran di seluruh dunia?  

Kerana itu marilah pertama-tama kita mengkaji faktor-faktor yang mendorong ke arah kemajuan dan kebesarannya, sebelum meneliti sebab-sebab yang mendorong ke arah kemunduran dan kejatuhannya.

Sebab-sebab kemajuan kaum Muslimin, secara sederhana adalah hal-hal yang bersumber pada Islam itu sendiri, yakni yang mendorong kehadirannya di Jazirah Arab itu. 

Kelahirannya sebagai kesatuan dengan mempersatukan ras-ras dan suku-suku Arab yang bercerai-berai, mengangkat mereka dari kebiadaban ke peradaban, mengubah sikap kepala batu mereka dengan sikap cinta kasih dan pemaaf, serta menghapuskan tradisi penyembahan kepada berhala-berhala dengan sikap pengabdian kepada Tuhan Yang Esa .... 

Dengan diperbaharui dengan dan didorong oleh kekuatan yang dinamik ini mereka mengubah diri mereka sendiri sebagai tuan-tuan bagi separuh dunia dalam jangka waktu setengah abad saja. Tetapi karena adanya perpecahan yang tidak menguntungkan yang mengangkat kembali sikap keras ke-pala mereka terhadap Khilafah Usman dan selama masa Khilafah Ali, maka tak ada satu kekuatan pun di dunia ini 

yang dapat mencegah mereka untuk melakukan penaklukan terhadap seluruh dunia. ...

Apabila kita menelaah persoalan tersebut dengan seksama, akan kita dapati bahwa sebahagian besar kekuatan yang mendorong kemenangan dan kemajuan-kemajuan mereka telah tidak ada lagi, walau pun bekas-bekasnya masih dapat dilihat di sana-sini seperti garis-garis yang memudar pada tangan yang bertatu. 

Apakah itu hanya sekedar untuk melahirkan sebutan "kaum Muslimin" tanpa harus melaksanakan kowajiban-kewajibannya sebagai Muslim di mana Allah telah menjanjikan ganjaran berupa kebesaran. kemenangan dan kehormatan bagi Orang-orang yang Beriman, maka berasalanlah jika kita lantas bertanya: "Di manakah kehormatan yang diperuntukkan bagi kaum Muslimin itu" sebagaimana dikatakan dalam ayat-ayat al-Qur'an:

Kehormatan adalah milik Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman (QS. 63:8). "Dan adalah kewajiban Kami untuk memberikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman" (Qs. 30:47).

Apakah firman-firman Allah ini berarti bahawa mereka hanya menyatakan diri sebagai kaum Muslimin tanpa harus menghadapi cabaran hidup yang nyata? Jika memang demikian halnya, maka orang tak perlu mempertanyakan masalah kejatuhan dan kemunduran kaum Muslimin itu. 

Namun perlu diketahui bahawa ayat-ayat Qur'an itu tidak begitu maksudnya; Tuhan tidak akan melanggar janji-Nya sendiri; dan Qur'an juga akan tetap tidak mengalami perubahan. Tak satu suku kata pun dalam teks Qur'an akan diubah. Perubahan hanyalah terjadi dalam keadaan kaum Muslimin itu.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu bangsa sehingga mereka mengubah keadaan mereka sendiri" (Qs. 13:11).

Bagaimana mungkin anda berharap bahwa Allah akan membantu suatu bangsa yang enggan berbuat apa-apa untuk kebaikan diri sendiri?

 Dia akan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka seperti yang pernah diberikan kepada nenek moyang mereka yang hebat dan heroik itu, walau pun kenyataannya bahwa mereka tidak memiliki keberanian seperti keberanian nenek ; moyang pendahulunya? ....  

Betapa celakanya kaum Muslimin di masa kini yang mendambakan sesuatu hanya dengan melakukan 5% dari tugas-tugas yang mesti dilakukan, dengan mengharapkan ganjaran yang sama dengan mereka 1 yang melakukan 100% dari tugas-tugas itu. ...

Pada masa kini semangat warisan nenek moyang terdahulu, ketekunan dan kesetiaan luhur mereka terhadap agama telah musnah dari kalangan kaum Muslimin. Semangat ini justru kedapatan menjelma di kalangan musuh-musuh Islam, walaupun  mereka tidak memperoleh inspirasi serupa dari kitab-kitab suci agama mereka. ...

Dapatkah orang menunjukkan satu bangsa Muslim saja ; pada zaman moderen ini yang telah mengorbankan jiwadan harta mereka tanpa ragu-ragu dan tanpa memperhitungkan untung-rugi   untuk kepentingan negara dan bangsa mereka seperti terjadi pada bangsa-bangsa Eropah ini (selama Perang Dunial)?...

Karena itu, jika bangsa-bangsa Muslim mengikuti jejak nenek moyang para pendahulunya dan berbuat sesuai dengan perintah (agama) yang ditujukan kepada mereka, atau sekurang-kurangnya berbuat seperti orang-orang Eropah dengan mengorbankan jiwa dan harta mereka untuk mempertahankan  kehormatan dan warisan luhur para pendahulu mereka dan untuk melawan para agresor, maka mereka pasti akan mendapatkan pertolongan (Allah) sebagaimana telah diperoleh oleh bangsa-bangsa lain dengan penderitaan-penderitaan  dan pengorbanan-pengorbanan mereka, dan juga akan mendapatkan keselamatan dan keamanan karena pertolongan (rahmat) Allah itu 

Akan tetapi tanpa penderitaan-penderitaan dan pengor-banan-pengorbanan, tanpa semangat pengorbanan diri dan kesediaan untuk mati syahid, tanpa menggunakan kekayaan dan harta dan tanpa semangat yang menyala-nyala untuk mendapatkan jalan lurus yang ditunjukkan Tuhan, kaum Muslimin malah berharap dapat mempertahankan harga diri, kohormatan dan kemerdekaan mereka hanya dengan berdoa kepada Allah untuk meminta pertolongan-Nya! ...

Islam sebenarnya tidak cukup hanya dengan shalat, pu-asa dan berdzikir atau merengek-rengek. Apakah ada ang-gapan bahwa Tuhan dapat disuruh mengabulkan doa orang-orang yang pada saat masih mampu berbuat yang positif dan berkorban dengan jiwa dan harta tetapi memilih hidup negatif tanpa melakukan apa-apa, malas dan apatis? ...

Jika ternyata para pendatang asing dalam negara-ne-gara Islam bersikap keras kepada kaum Muslimin yang tidak mau memusuhi saudara-saudara mereka sendiri (yang seagama, Pen.) demi terlaksananya perintah-perintah para pendatang itu, penyebabnya tidak lain karena sebagian be-sar kaum Muslimin menawarkan bantuan kepada mereka berupa kesediaan untuk memusuhi saudara-saudaranya sendiri dan dengan penuh semangat memberikan saran-saran kepada mereka, yang bahkan bertentangan dengan kepenting-an bangsa mereka sendiri; dan juga kesediaan untuk bekerja sama dengan para pendatang asing itu karena mengharapkan suatu keuntungan yang besar walau harus dengan cara me-langggar agama. Akan tetapi terhadap bantuan yang diper-oleh dari pelanggaran terhadap agama yang dilakukan oleh sekelompok kaum Muslimin itu, dan kesediaan mereka untuk membantu memusuhi saudara-saudara dan warga negara mereka sendiri itu, ternyata para pendatang asing itu tidak mau melepaskan kekuasaan mereka dan juga tidak memberi kesempatan bagi berlakunya hukum-hukum (Islam) mereka. Para pendatang asing itu tidak mau melakukan hal-hal yang bertentangan dengan atau meremehkan hukum-hukum 
 

agama mereka sendiri, dan juga tidak mau mengabaikan lan-dasan-landasan hukum sosial dan adat istiadat mereka. Mereka tidak mau menyelamatkan kaum Muslimin dari jurang kematian melainkan membawa mereka menuju kematian yang tidak terhormat. ...

Kaum Muslimin itu hampir tidak mempunyai hak apa pun untuk memperoleh ganjaran atau pun hukuman dari Tuhan, walaupun andaikata mereka tidak terlibat dalam kegiatan yang secara diam-diam bertentangan dengan agama mereka.  

Mereka menempatkan diri dalam kedudukan menunggu "perintah" dari para pendatang asing yang se-rakah itu dalam rangka menghancurkan bangsa mereka sendiri, atau menyediakan diri sebagai tangga bagi mereka untuk memperoleh kekuasaan dan kekayaan. Mereka berke-yakinan bahwa mereka telah menjalankan kewajiban-kewa-jiban agama mereka dengan membaca doa, mengutip-ngutip kitab Fiqih, melagukan beberapa ayat Qur'an, menyanyi-kan kalimah-kalimah thayibah dengan nyaring dan meng-habiskan waktu mereka untuk berdzikir dan bertafakkur. Inilah gambaran Islam yang sempurna menurut pandangan mereka. Jika ternyata hanya ini yang diperlukan untuk men-jadi Muslim dan untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan diakhirat kelak, maka barangkali Qur'an tidak perlu begitu lengkap dengan ajaran-ajaran, perintah-perintah dan petunjuk-petunjuk yang mengajak kaum Muslimin menjalankan Islam dengan akal, jasmani dan harta mereka, melak-sanakan pengorbanan-pengorbanan yang terbesar, bersikap teguh dalam kejujuran dan kesabaran, bekerja untuk ke-baikan sesama Mukmin, menegakkan keadilan dan kesama-an dan juga melakukan segala seuatu yang terpuji. ...

Ada orang-orang yang bertanya mengapa kemunduran itu menimpa kaum Muslimin dan mengapa mereka tidak da-pat berpacu dengan bangsa-bangsa lain. Bagi mereka yang menyadari akan perbedaan-perbedaan di antara kaum Muslimin dan bangsa-bangsa lain itu, dalam tingkat kesadaran- 

nya, kesetiaannya, dan kesadarannya akan tanggung jawab dan harga dirinya, akan dengan mudah mendapatkan jawab-an terhadap pertanyaan-pertanyaan ini. ...

Penyebab lain yang penting dari kemunduran kaum Muslimin adalah taqlid buta 3, Sebagai pegangan untuk mempertahankan tradisi-tradisi yang telah berjalan. Bencana yang sangat besar bagi suatu bangsa adalah yang datang dari orang-orang yang beranggapan bahwa segala sesuatu yang kuno merupakan omong kosong dan tidak berguna, tanpa mempertimbangkan nilai intrinsiknya, kecuali dengan me-nyebut "ketuaannya" saja. Bencana-bencana lain yang tidak kurang seriusnya adalah yang muncul dari aliran konserva-tif , yang beranggapan bahwa dalam segala hal tidak bisa dibenarkan adanya perubahan .... Jadi sebenarnya orang-orang yang "terlalu moderen" (ultra modern) dan penganut-penganut Faham Konservatif inilah yang menghancurkan Islam mereka sendiri. ...

Contoh-contoh teladan yang paling balk dalam masalah ini adalah bangsa-bangsa Eropah. Pelajarilah mereka dengan seksama; kita tidak akan menemukan satu bangsa pun di antara mereka yang berkeinginan melarutkan kepribadian bangsanya ke dalam kepribadian bangsa lain. Bangsa Ing-gris selamanya tetap Inggris. Bangsa Perancis juga ingin te-tap sebagai bangsa Perancis, dan sebagainya .... Sampai pada batasnya peradaban Eropah dianggap cukup bagi bangsa-bangsa Eropah dan sampai batas yang sama pula peiadab-an Jepang dianggap cukup bagi bangsa Jepang. Dengan per-kataan lain, peradaban-peradaban dari kedua bangsa itu membatasi ikatan kebangsaan mereka, bahasa, adat-istiadat, agama, konsepsi-konsepsi mereka tentang kemerdekaan dan norma-norma etika, cara berfikir, dan sebagainya. ...

3. taqlid buta (taqlidul a'ma.blind obstinacy) adalah sikap meniru-niru tanpa mengetahui atau mempertimbangkan landasan pemi-kirannya. (Pen.).

4. konservatif (conservative) berasal dari kata kerja to conserve yang berarti mengawetkan atau mengabadikan (Pen.). 

Setiap bangsa terikat ketat dengan agamanya dan ter-pateri dengan warisan-warisan keagamaan, kebiasaan, dan dengan ciri-ciri serta norma-norma kebangsaannya masing-masing. Mereka tidak pernah berbicara tentang semuanya itu dengan sikap merendahkan atau berblok-olok. Kaum Muslimin sendiri, di fihak lain, nampaknya tidak memahami nilai mereka sebagai bangsa. Jika ada orang menyuruh mereka untuk berpegang teguh dengan Qur'an, agama, tradisi keagamaan dan fithrah mereka, atau menyuruh mereka untuk tidak bersikap acuh tak acuh terhadap bahasa Arab, atau hams mempertahankan pola hidup, tingkah-laku dan sopan-santun ketimuran mereka, lantas mereka berteriak seperti orang gila: "Persetan dengan Faham Tradisional mu . . . di zaman kemajuan seperti sekarang ini bagaimana mungkin kamu bisa maju seperti bangsa-bangsa lain dengan berpegang pada tradisi-tradisi dan adat-istiadat Zaman Pertengahan mu yang ketinggalan zaman itu?" ...

Sedangkan Kaum Muslimin konservatif . . . mereka te-lah menempatkan kaum Muslimin sebagai korban-korban yang tak tertolong dari bencana kemiskinan dan kefakiran dengan pandangan dan sikap mereka yang memperkecil (pe-ranan) Islam sedemikian rupa sehingga hanya merupakan aturan-aturan tentang kehidupan di luar kehidupan dunia ini .... Kaum konservatif inilah yang sebenarnya menya-takan perang terhadap Ilmu Kealaman, matematika dan segala macam ilmu sosial (arts) dan menganggap ilmu-ilmu itu sebagai praktek-praktek orang-orang kafir sehingga ka-renanya mereka melarang kaum Muslimin menggunakan hasil yang diperoleh dari ilmu-ilmu itu . ...

Petunjuk yang sempurna dari ajaran Islam ialah bahwa setiap orang harus memanfaatkan dengan baik kemampuan berfikirnya yang telah diberikan Allah kepadanya sebagai obor untuk membantu memikirkan sesuatu untuk kepen-tingan dirinya sendiri, dan setelah melakukan segala sesuatu sampai batas kemampuannya itu dia wajib menundukkan 

diri kepada Kehendak Allah, derai tercapainya kebahagiaan dari usahanya itu. ...

Islam pada dasarnya menentang segala macam tradisi yang rendah. Islam mengubur tradisi-tradisi yang buruk dan yang tidak mempunyai landasan yang kokoh serta cara-cara kuno dan memutuskan hubungan dengan semua yang palsu dan tidak benar. Jadi bagaimana mungkin Islam dise-but sebagai agama yang statis dan konservatif? ...

Supaya kaum Muslimin sadar, bangkit dan meningkat sampai ke tingkat kemajuan yang paling tinggi, seperti ke-majuan yang dicapai oleh bangsa-bangsa moderen mana pun, maka wajib bagi mereka untuk melaksanakan apa yang dikenal dengan jihad 5, dengan cara mengorbankan jiwa dan harta mereka sesuai dengan perintah-perintah Qur'-an yang sering diulang-ulang itu, Ini adalah salah satu jenis darijihad yang dalam kata-kata moderen dikenal sebagai "pengorbanan" (sacrifice). Tak satu bangsapun dapat mem-peroleh kemenangan tanpa pengorbanan. ...

Jika kaum Muslimin mau berusaha giat dan berjuang, dengan mengambil inspirasi dari Qur'an, mereka dapat menduduki tingkat yang sama seperti bangsa-bangsa Eropah, Amerika dan Jepang, baik dalam pendidikannya, ilmunya maupun kemajuannya. Lebih dari itu, mereka pun dapat mempertahankan agama mereka sendiri sebagaimana telah dilakukan oleh bangsa-bangsa lain. Tidak ada pilihan lain, jika kita memanfaatkan inspirasi dari Qur'an, kita akan lebih bermutu untuk maju daripada bangsa-bangsa lain itu. 

*)    Dia adalah salah seorang anggota keluarga Druze yang terpandang di Libanon. Dia belajar pada Sekolah Arnerika di Shwayfat, ke-mudian pada Sekolah Al-Hikmah di Beirut. Pada tahun 1889 dalam perjalanan ke Mesir dia berkenalan dengan Abduh dan ke-lompoknya. Dia terpilih sebagai anggota Parlemen Usmani pada tahun 1913, tetapi setelah Perang Dunia ke-1 dia menghabiskan sebagian besar waktunya di Eropah. Dia merupakan penghubung antara Timur Tengah dan Islam di Afrika Utara, dan seorang pem-bela kepentingan Arab di Liga Bangsa-Bangsa. Dia menerbitkan berkala La Nation Arabs (Bangsa Arab). Tulisan-tulisannya me-nekankan ciri Islam dan Nasionalisme Arab.

1.  Dikutip dari Our Decline and Its Causes : A Diagnosis of the Symptoms of the Downfall of Muslims, terjemahan M.A, Shakoor (Lahore, 1944; edisi cetak ulang, 1968), him. 1-4, 6-8, 10-13, 15, 19, 39-40, 44-45, 48, 68-71, 73-75, 83-86, 96-97, 99, 132, 134.

96 
 

5. jihad : "berperang, berjuang" untuk melaksanakan kehendak Allah. Istilah tersebut menyangkut bidang moral (penyempurna-an spiritual), bidang intelektua! (penalaran atau interpretasi ten-tang jihad) dan bidang kemiliteran (perang suci). (Penyunting).


Zain A. Ghani