Jumaat, 24 Ogos 2012

Presiden baharu Mesir bela Palestin







Presiden Mesir Muhammad Mursy:  Palestin Perlu Pembelaan  

Akhirnya wakil NGO Islam dari Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP) Muhammad Mursy Isa al-Ayyat, 61 tahun  mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 30 Jun 2012, dan  menjadi presiden Mesir  pertama yang  terpilih dari kalangan awam sejak penggulingan Hosni Mubarak pada Februari 2011.

Namun pelantikan terpaksa berlangsung di Mahkamah Perlembagaan dan bukan di parlimen. Ini kerana  pergolakan politik antara Ikhwan Muslimin, pertubuhan yang dianggotai  Mursy  dengan  tentera pimpinan Marshall Hussein Thantawi sejak penggulingan Mubarak.
Nampaknya tentera seolah-olah terus berusaha mempertahankan status quo nya, tidak mahu melepaskan cengkaman kekuasaannya.
"Saya bersumpah dengan Tuhan Yang Maha Esa dengan tulus menjaga kedaulatan Republik Mesir, menghormati perlembagaan dan undang-undang, serta  mengambil berat terhadap kepentingan rakyat," ucap Mursy pada upacara pelantikan. 
Sebelumnya, Mursy mahu mengangkat sumpah di parlimen, tetapi tentera membubarkan parlimen yang dikuasai  Ikhwan Muslimin.

"Insya-Allah lembaga-lembaga yang sudah dipilih rakyat akan kembali memainkan peranan mereka. Dan pihak tentera  akan meneruskan tugas melindungi negara ini," kata Mursy di depan para tetamu, termasuk pemimpin tentera, Marshal Hussein Thantawi.

Mursy turut menegaskan beberapa dasar yang akan dilaksanakannya, baik dasar luar negeri dan domestik. Beliau menegaskan akan menjadi "khadam rakyat " dalam negara demokrasi, moden dan beperlembagaan.

Mursy menjelaskan dasar luarnya bahawa  Mesir akan mendukung dan berdampingan dengan perjuangan rakyat Palestin mendapatkan hak-haknya yang sah.
Sekian lama Palestin diabaikan oleh saudara seiman dari negara-negara Arab disekelilingnya akan mendapat bantuan sewajarnya dari Mesir.
Pada zaman diktator Mubarak, masalah Palestin begitu parah terutama di Gaza.Mubarak bahkan menyekat dan menghalang keras bantuan kepada Palestin di Gaza yang kekurangan makanan dan segala keperluan untuk terus hidup.
Mursy juga menyeru supaya segera diakhirinya pertumpahan darah di Syria yang telah berjalan hampir dua tahun.

"Saya menegaskan dari sini bahawa Mesir, rakyat dan badan kepresidenan berdiri berdampingan dengan rakyat Palestin, sehinggalah mereka mendapat kembali semua hak," ucapnya. "Kami juga mendukung rakyat Syria. Kami mahu  diakhirinya segera pertumpahan darah, "tambahnya.

"Kami menyeru kepada perdamaian  dunia, tetapi harus didahului dan disertai dengan keadilan", tambah Mursy.
Ini adalah ketegasan pertama kali dalam sejarah Mesir,  di mana seorang presiden menegaskan sokongan penuh demi maruah Islam dalam konflik Palestin dengan Israel.
Mursy juga menyatakan dukungan kepada rakyat  Palestin dan sangat menentang kezaliman yang berlaku di Syria. Ikhwan juga  mengutuk keras tindakan Presiden Syria, Bashar al-Asad.
Sekaligus Ikhwan mendukung gerakan rakyat yang melawan regim al-Assad yang zalim sehingga sanggup membunuh kanak-kanak.

Sebelumnya,  Mursy menyampaikan pidato pada hari Jumaat.Berjuta rakyat Mesir dengan emosional mengalu-alukan  Mursy, di Dataran Tahrir, yang menjadi pusat gerakan penentangan terhadap  Mubarak.
Mursy menegaskan di hadapan jutaan rakyat Mesir, bahawa  ia  akan  mempertahankan semua kekuasaan dan hak presiden.

"Saya tidak akan meninggalkan hak prerogatif presiden," katanya .. "Kamu (rakyat) adalah sumber kekuatan dan pengesahan hak," katanya kepada para pendukungnya. "Tidak ada tempat bagi siapa pun atau lembaga manapun ... di atas rakyat", tambahnya.

Pada 24 Jun, SCAF (Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata) dijadualkan mengumumkan pengalihan kekuasaan kepada presiden baru yang terpilih, sesuai dengan janji tentera menyerahkan kekuasaan kepada presiden baharu.
"Hari ini adalah hari tentera memenuhi janjinya,  bahawa tentera kita yang besar ini menyerahkan kekuasaan",  kata satu pengumuman sebelum acara menyerah jawatan secara rasmi.

Mursy menjadi calon Ikhwan yang berjaya mengalahkan Marshal Ahmed Shafiq, yang menjadi Perdana Menteri terakhir di era  Mubarak. Mursy mengalahkan  Shafiq dengan  undi  51.73 peratus.
Mursy menggambarkan Mesir seperti bayi baru lahir, dan akan menyongsong masa depannya.
Berbekal tarbiyah dan  dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama lebih 84 tahun – dengan izin Allah  mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan  itu terpilih sebagai Presiden Mesir. Beliau  berkelulusan jurutera dari Universiti Southern California mewakili Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP).

Batalkan Perjanjian Camp David

Pada 27 Jun, majoriti warga Mesir  menuntut pembatalan perjanjian perdamaian, Camp David, yang ditanda tangani oleh Tel Aviv dan Kahirah pada tahun 1979.
 "Majoriti warga Mesir menentang segala bentuk hubungan dengan Israel dan mereka berfikir bahawa Israel adalah regim penjajah,"kata Kamel Wazni, penganalisis politik kepada Press TV.
Kenyataan tersebut muncul sehari setelah Suruhanjaya Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Muhammad Mursy,  dari Ikhwanul Muslimin keluar sebagai pemenang dalam pemilihan presiden pusingan kedua di negara itu.
Pakar politik itu menambahkan, warga Mesir mahu Palestin memiliki hak asasi mereka untuk memiliki tanahnya. Tekanan rakyat terhadap presiden baharu Mesir untuk menimbangkan semula perjanjian damai dengan Israel dan pembatalan perjanjian Camp David terus meningkat.
Kemenangan wakil Ikhwanul Muslimin telah menimbulkan kekhuatiran bagi pemerintah regim Zionis. Media dan para pemerintah Tel Aviv menjangkakan masa depan yang  tidak jelas tentang  hubungan Tel Aviv-Kahirah.
Israel khuatir  kemenangan Mursy akan mengakhiri perjanjian damai Camp David dan mengancam hubungan ekonomi serta keamanan yang sangat penting bagi Tel Aviv.
Media Israel menggambarkan kemenangan Mursy sebagai "perkembangan berbahaya" bagi Tel Aviv.
Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 26  Jun mengumumkan kemenangan Mursy sebagai presiden baru Mesir dalam  pusingan kedua pemilihan presiden  negara itu.
Mantan penghuni penjara Mesir ini diharapkan mampu menjaga kestabilan Mesir untuk memainkan peranan penting di dunia Arab dan Islam.

Para pegawai tertinggi di negara Arab mengucapkan selamat kepada  Mursy menyusul kemenangannya dalam pemilihan Presiden Mesir. Salah satunya adalah Raja Abdullah dari Jordan.

"Kami menghargai hasil pengundian ini, dan berharap Allah akan memberimu kejayaan dan membimbing ke arah dalam melayani Islam, Mesir dan rakyatnya," kata raja dalam satu kenyataan yang disiarkan Pusat Berita Saudi. 

Arab Saudi juga mengucapkan selamat atas kemenangan Mursy dan berharap dapat menjaga kestabilan dan keamanan Mesir untuk memainkan peranan penting di dunia Arab dan Islam.

Lima negara Teluk lainnya - Emirat Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Oman dan Qatar  juga menyambut gembira kemenangan Mursy calon dari Ikhwanul Muslimin berjaya mengalahkan lawannya yang juga pengikut setia Mubarak--   dalam pilihan raya yang diumumkan pada 24 Jun.

Kemenangan calon presiden dari Ikhwanul Muslimin di Mesir merupakan angin segar bagi rakyat Mesir sendiri. 
Kemenangan Mursy dari Ikhwanul Muslimin tersebut bukan sebuah revolusi di Mesir. Menurutnya, kemenangan tersebut merupakan hasil kesepakatan dengan kelompok lain termasuk tentera.
 Apalagi seminggu sebelum itu, tentera Mesir masih berkeras tidak mahu memberi laluan kemenangan itu kerana ditakuti ‘kuasa tentera’ akan beransur-ansur hilang.

Justeru pemerintahan baru Mesir ini harus terus diawasi setelah menang, rasuah dan bisnes tentera di Mesir mungkin terbongkar? Inilah puncanya tentera tersangat ‘takut’ dengan kuasa baharu presiden yang berlatarbelakang Islam ini kata pemerhati politik.


Tugas pemerintahan baharu dua tahun ke depan adalah bagaimana membuat kejelasan yang pasti berkaitan reformasi di negara itu.
 Di kota Gaza, Palestin - Gerakan Penetangan Islam (HAMAS) menyatakan bahawa kemenangan  Mursy  dalam pemilihan presiden Mesir akan meningkatkan dukungan pada penetangan terhadap pendudukan Yahudi.
"Kemenangan Mursy mendorong program yang menolak pendudukan dan setiap kerja sama serta normalisasi dengan pendudukan," kata pemimpin HAMAS, Mahmud Zahar, di Gaza.
"Yang kalah dalam pertarungan ini adalah Israel dan agennya di wilayah ini," kata Zahar.
Hamas  didirikan pada 1980-an dan merupakan cabang Ikhwanul Muslimin-- mengusir pasukan yang setia kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas serta menguasai  Gaza pada 2007.
Hamas  berharap kemenangan tokoh Ikhwanul Muslimin dalam pemilihan presiden Mesir akan membantu mereka mengatasi sanksi dan blokade.
Sementara itu pemimpin tertinggi Gereja Koptik Mesir, Baba Pachomios, menyampaikan selamat kepada presiden terpilih Muhammad Mursy dan mengharapkan pemimpin baharu itu dapat mempererat persaudaraan antara Muslim / Kristian.
"Terpilihnya Dr. Mursy sebagai Presiden merupakan kehendak reformasi dan diharapkan dapat  memperkuat persaudaraan Muslim-Kristian," demikian harapan Baba Pachomios seperti dilapor  MENA pada 25 Jun.
Sebelumnya, trdapat laporan menyebutkan bahawa Gereja Koptik khuatir bila Ikhwanul Muslimin berkuasa di Mesir.
Gereja Koptik juga dilaporkan menganjurkan orangnya  memilih Ahmed Shafiq, calon presiden yang setia kepada mantan presiden Husni Mubarak, namun laporan itu dibantah pihak gereja.
Di sisi lain, Shafiq dalam aduannya kepada Suruhanjaya Tinggi Pilihanraya presiden mengatakan bahawa pendukung Mursy menghalang pemilih dari kalangan penganut Gereja Coptik di selatan Mesir yang hendak ke tempat mengundi ketika pilihan raya kerana dianggap sebagai pendukung  Shafiq.
Namun, Ketua Suruhanjaya Tinggi Pilihanraya, Faruk Sultan, dalam pengumuman pemenang pada Ahad 24 Jun mengatakan bahawa aduan Shafiq mengenai halangan kepada pemilih Coptik itu tidak terbukti.
Sementara itu, Mursy dalam sidang akhbar segera berjanji akan mempererat persaudaraan Muslim-Kristian.
"Muslim dan Kristian memiliki hak dan kewajipan  sama. Justeru, mari kita bergandengan tangan  membangun Mesir yang lebih aman dan sejahtera," kata Mursy.
Rujukan: republika, voice of Islam dan wikipedia@

Ahad, 3 Jun 2012


 Kekejaman Rejim Syiah Alawiyyin di Syria

SEHINGGA 2 JUN (SABTU), menurut laporan Lembaga Hak Asasi Manusia PBB, sudah lebih 20 ribu rakyat Syria yang terbunuh dibantai oleh rejim Syiah-Alawiyyin yang dipimpin Bashar al-Assad. Pembantaian itu terus berlanjutan. Al-Assad tak peduli dengan kematian yang terjadi. Rakyatnya diperlakukan seperti binatang.
Dunia antarabangsa tidak mampu menghentikan semua kejahatan yang dilakukan al-Assad. Kekejaman yang tiada bandingnya sepanjang sejarah kemanusiaan. Seorang penduduk yang menyaksikan pembantaian di Houla, mengatakan, "Mereka membantai  penduduk seperti binatang", katanya.
Belum lama, rejim Syiah-Alawiyyin di Syria dengan sangat menjijikkan membantai 108 penduduk Houla. Tanpa peduli. Kota Houla sebelumnya dihujani dengan tembakan senjata berat. Kemudian pasukan dan milisi Bashar al-Assad masuk, membunuh perempuan, dan anak-anak, mereka di sayat-sayat dan dipotong. Kemudian mayat yang sudah dipotong-potong dibuang di jalan-jalan. Ini sebuah bentuk keganasan yang  dijalankan negara. Tujuannya menghentikan gerakan rakyat Syria yang mahukan rejim Alawiyyin itu segera pergi.
Jurucakap daripada badan hak asasi manusia PBB, mengatakan bahawa sebahagian besar 108 orang yang mati, termasuk  49 anak-anak  di wilayah Houla Syria,  semuanya dibunuh dengan cara-cara yang sangat mengerikan. Bercakap kepada akhbar di Geneva, Rupert Colville, jurucakap Komisaris Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, mengatakan bahawa menurut saksi mata sebahagian besar pembunuhan dilakukan oleh pasukan rejim al-Assad, ujarnya, Selasa.

Kenyataan Collville muncul tidak lama setelah pertemuan antara utusan PBB Kofi Annan-Liga Arab  dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad di Damaskus, Selasa. "Penyelidikan sedang berlangsung, sekurang-kurangnya lebih dari 20 mangsa  di desa Taldou terbunuh akibat tembakan artileri.Sebahagian besar baki mangsa di kota Houla dibunuh tanpa belas kasihan," kataColville. Colville juga mengatakan bahawa 49 anak dan 34 wanita di antara yang jadi mangsa  pembantaian Houla.

Kofi Annan menyebut pembantaian di  Houla "sangat mengerikan dan akan membawa  kesan besar", ujarnya sebelum Annan bertemu dengan Menteri Luar Negeri Syria Walid Muallem, Isnin lalu.

Bercakap  kepada koresponden AA melalui internet, Abu Ubeyd, anggota Komisi Revolusi Syria, mengatakan bahawa kunjungan Annan ke Syria itu "tidak memiliki makna apa-apa"."Kunjungan Kofi Annan ke Damaskus sesudah pembantaian di Houla, tidak ada gunanya,kerana rejim Alawiyyin setiap hari melanggar gencatan senjata", kata Ubeyd.
Rejim Syiah Alawiyyin sudah tidak dapat menerima bahasa politik, dan hanya memahami bahasa kekuatan, tambah Ubeyd. Melihat terus berlangsungnya kejahatan yang dilakukan oleh Bashar al-Assad terhadap rakyatnya, menunjukkan bagaimana al-Assad menanggapi sikap dunia antarabangsa atas segala kejahatan yang sudah dilakukannya. Assad tidak peduli lagi dengan dunia antarabangsa. Rejim Syiah di Syria, nampaknya tak peduli, dan tidak mahu mendengar pandangan antarabangsa.Ditambah lain dengan sokongan kuat dari Moscow yang mula diambil alih semula oleh Putin yang sedang melebarkan perngaruhnya.
Kekejaman yang dilakukan rejim Bashar al-Assad itu, benar-benar menjijikan, dan mendapatkan dukungan dari Iran, Iraq, dan Hizbollah  di Lebanon di bawah Hasan Nasrullah. Penerbangan terus berlangsung dari lapangterbang Meherabad-Iran, Iraq dan Lebanon, yang mengirimkan pasukan elite mereka membantu rejim Bashar al-Assad.
Mereka dengan menggunakan pakaian awam, seakan-akan mereka merupakan pelancong yang akan mengunjungi Syria. Tetapi, mereka adalah pasukan elite Iran, anggota Brigade al-Mahdi yang merupakan pasukan militia yang dipimpin Al-Sadr di Iraq, dan Hizbullah, sekarang bahu-membahu dengan pasukan al-Assad, melakukan pembantaian penduduk Syria, yang ingin menggulingkan rejim Alawiyyin itu.
Kekuatan Syiah yang membentang mulai dari Lebanon, Iraq, Iran, Bahrain, sampai ke Yaman, benar-benar menjadi ancaman keamanan secara regional, di dunia Arab, yang sekarang  ini terus menciptakan gangguan di negara-negara Timur Tengah, seperti Lebanon, Bahrain, Yaman, dan bahkan di  Saudi.
Iran menjadi pemain di balik semua situasi yang sangat krusial di Timur Tengah pada masa ini. Di tengah-tengah dunia Arab, yang sedang mengalami transisi politik. Awas anak-anak muda penyokong Syiah di Malaysia-ke arah mana sokongan kita sekarang?
-Voiceofislam.

Jumaat, 4 Mei 2012

Fatwa Qaradhawi


HARAM MELAWAT AL-QUDS MASA KINI-QARADHAWI


Bolehkah seorang Muslim mengunjungi negara Zionis Israel? Ulama terkemuka yang juga  Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi menegaskan haram hukumnya orang-orang  bukan Palestin mengunjungi al-Quds yang ketika ini dijajah zionis Israel.

“Adalah hak orang-orang Palestin untuk masuk ke al-Quds sehendak mereka. Namun bagi orang-orang bukan Palestin mereka tidak boleh masuk al-Quds,” ujarnya. Fatwa haram itu diterapkan agar tidak memberi pengakuan (legal) terhadap kedaulatan penjajah Israel.

Siapa pun yang masuk ke Israel atau al-Quds pasti harus mendapatkan visa dari negeri Zionis itu. ''Kerana itu sesiapa yang melakukan kunjungan bermakna memberi pengakuan kepada  perampas tanah kaum Muslimin,'' tegasnya.

“Seyogianya kita harus merasa bahawa kita dilarang masuk ke al-Quds dan sedang berperang untuk al-Quds sampai menjadi milik kita,'' kata Syekh Al-Qaradhawi.
Menurut beliau, umat Islam harus merasa bahawa tanggungjawab membebaskannya dan mengusir perampas Zionis dari sana adalah tanggung jawab seluruh umat Islam dan bukan hanya tanggung jawab rakyat Palestin sahaja.

“Tidak masuk akal kita meninggalkan orang-orang Palestin sendirian menghadapi negara Zionis yang memiliki kemampuan ketenteraan yang besar,” paparnya. Menurut Qaradhawi, al-Quds tanah suci ketiga bagi umat Islam -- tidak akan kembali kecuali dengan perlawanan, jihad, dan upaya besar bangsa Arab dan umat Islam.

Beliau menyeru kaum muslimin di Gaza, Tebing Barat, Mesir, Jordan, Suriah dan semua yang ada di sekitar Masjid al-Aqsha agar membela masjid tersebut dan mengusir penjajah Israel tanpa bertangguh lagi.
Sumber:Republika.

Sabtu, 7 Januari 2012


Pandangan Azmin Ali terhadap Anwar

(Dipetik dari ‘Love Perak’/Roketkini)


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali meluangkan masa bersama wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir, Izmil Amri dan Mazir Ibrahim serta jurugambar Wira Andika untuk berkongsi pengalaman dan cabaran politik semasa. Dalam suara dan bahasanya sendiri, beliau memperkenalkan dirinya.


Saya boleh katakan saya ini reluctant politician. Saya bukan seorang ahli politik daripada asal. Saya berkhidmat dengan orang politik. Saya memberikan sumbangan dan khidmat saya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selama 13 tahun, mulai seawal 1987 ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan, kemudian kita beralih ke Kementerian Kewangan, sehinggalah ke Jabatan Perdana Menteri dan sehingga beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun sebelum itu kalau diperlukan saya kongsi sedikit latar belakang saya, saya ini bukanlah daripada keluarga aristokrat. Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana.

Ayah saya

Allahyarham ayah saya seorang bekas tentera yang berkhidmat dengan British Army di Singapura, sebaik sahaja Singpura berpisah dengan Malaysia, beliau balik ke Kementerian Pertahanan dan semenjak itu kita mula meneroka tanah kerajaan di kampung Klang Gate Baru Hulu Kelang semenjak tahun 1968.

Dan ketika itu saya berumur 4 tahun, mula dibesarkan dalam keluarga ini di kampung Klang Gate. Sebagai seorang anggota tentera, pegawai rendah, ayah saya seorang sarjan mejar sahaja, nombor tenteranya 3443, saya ingat lagi. Seorang yang cukup berdisiplin, tegas.

Mungkin latihan yang diterima dalam ketenteraan, dan dia menerapkan watak ketegasan dan disiplin ini di kalangan ahli keluarga khususnya anak-anaknya, dan saya dibesarkan dalam keluarga sebegini, tegas berdisipllin patuh kepada arahan dan ianya telah membentuk saya daripada kecil. Dan Allahyarham ayah saya ini walau pun dia berkhidmat dengan tentera selama 21 tahun, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal dan menceburkan diri dengan advertising company di jalan Riong Bangsar.

Kambing, ayam dan ikan keluarga saya

Pada masa yang sama juga dia mahu kami melalui satu proses pembesaran yang tidak dengan jalan yang mudah. Sebenarnya, tak ramai yang mengetahui saya pernah menjadi penternak kambing…bukan lembu, ya.

Ketika saya berusia 17 tahun dan sedang menghadapi SPM saya masih ingat lagi di kampung Klang Gate, ketika itu Taman Melawati sedang dibangunkan, iaitu pada tahun 1981, saya di tingkatan 5. Dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk SPM, ayah saya mendesak supaya saya menternak kambing.

Saya ingat lagi 20 ekor kambing, tidak mudah cara menternak kambing ini kerana kalau hujan dia tak boleh keluar, kita terpaksa pergi cari daun nangka untuk memberi makan kepada kambing. Kalau cuacanya baik saya terpaksa bawa kambing-kambing ini pergi ke dalam kebun getah daripada pukul 4 petang hinggalah waktu maghrib, bawa kambing balik ke kandang.

Saya telah melalui proses ini, saya juga telah dididik untuk menjadi seorang pekebun, kita ada tanah kerajaan yang kita teroka di empangan kampung Klang Gate, di mana sekitar dua ekar tanah dibangunkan dengan menanam pisang, nangka, durian, serai, cili sayur-sayuran dan ulam dan lain.

Setiap hari Sabtu dan Ahad, merupakan dua hari yang wajib saya bersama ayah dan abang saya untuk berada di kebun tersebut dan hasil daripada penanaman ini kita kumpulkan dan kita bawa ke pasar tani untuk dijual. Saya melalui proses tersebut, dan tidak cukup dengan itu, ayah juga cuba menternak ayam daging.

Lebih lima ribu ekor diternak dan sekali lagi saya diarahkan terlibat secara langsung dalam membantu beliau dalam menternak ayam daging ini, tidak mudah untuk uruskan najis-najis ayam yang dijadikan baja, untuk memberikan makanan dan menjaganya dengan memasang lampu pada stiap malam juga saya melalui proses itu.

Tak cukup itu saya juga telah terlibat secara langsung dalam menternak ikan air tawar, dalam halaman rumah juga tanah liat tanah yang keras. Namun saya tahu bahawa ayah saya bukan mendera tetapi melatih kita melalui satu proses pembesaran dengan jalan yang sukar supaya kita faham apa itu erti kemiskinan, apa itu erti kepayahan.

Walau pun kita tidak perlu sebenarnya melalui proses ini, dia mahu anak-anaknya supaya memahami masalah rakyat pada ketika itu dan tanah-tanah yang keras di keliling rumah dikorek menjadi kolam-kolam ikan, dan kita menternak ikan keli dan ikan air tawar yang lain dan kita telah pun berjayalah dari segi itu.

Melanjutkan pengajian tinggi ke Amerika Syarikat

Sehinggalah saya selesai SPM dan Alhamdulillah keputusan itu membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dengan tajaan MARA untuk membuat kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik. Pada waktu saya dalam program MARA di mana saya perlu balik dan mengajar di Maktab Rendah Sains MARA.

Namun saya juga mengambil kesempatan di sana, dan oleh kerana peluang yang telah diberikan dan suasana pendidikan yang cukup kondusif, saya juga mengambil satu lagi matapelajaran, iaitu ekonomi, dan saya telah berjaya menyempurnakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang matematik dan juga ekonomi.

Kemudian saya telah membuat rayuan untuk meneruskan pengajian dalam bidang matematik dan juga ekonomi. Dan saya pulang ke Malaysia pada tahun 1987 untuk berkhidmat dengan MARA, tetapi pada ketika itulah DSAI menawarkan saya berkhidmat dengan beliau sebagai pegawai khas pada ketika itu sebagai Menteri Pendidikan dengan mendapat sokongan dan dokongan yang kuat daripada (Perdana Menteri pada masa itu) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, sewaktu perbicaraan DSAI, saya pernah memberikan keterangan dalam mahkamah, bahawa saya diperkenalkan kepada DSAI oleh Dr. Mahathir sebenarnya. Saya tidak kenal DSAI, saya lebih mengenali Dr. Mahathir kerana aktiviti saya di Amerika Syarikat dalam kesatuan pelajar yang aktif untuk membantu mempertahankan dasar-dasar kerajaan pada waktu itu.

Bagaimana Dr Mahathir perkenalkan saya kepada Anwar

Sekitar pertengahan tahun 1980-an ada satu kebangkitan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang menentang kerajaan (Malaysia) secara besar-besaran. Ketika itu isu mengkafirkan orang UMNO oleh PAS, dan oleh kerana ketika itu gerakan Islam di kalangan pelajar Malaysia di Amerika itu cukup kuat, maka mereka juga sama-sama menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Saya masih ingat insiden di mana Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mohktar yang juga Naib Presiden UMNO masa itu membuat lawatan ke AS dengan membawa dana yang besar untuk menyampaikan kepada pelajar-pelajar tetapi ditolak malahan dihalau oleh pelajar-pelajar.

Itu menunjukkan sentimen para pelajar ketika itu. Maka ketika itulah saya diperkenalkan kepada Dr. Mahathir oleh Duta Besar Malaysia, Liew Sik Hon, orang kuat MCA yang menjadi Duta di Washinton DC. Dia membawa saya bertemu dengan Dr. Mahathir sekitar tahun 1983 di Chicago. Itulah kali pertama saya bertemu dengan Dr. Mahathir dan beliau meminta saya membantu bagaimana kita dapat mendekati pelajar-pelajar dan menerangkan dasar-dasar kerajaan supaya dapat meredakan ketegangan pada ketika itu.

Alhamdulillah, saya telah memberikan pandangan dan sumbangan ke arah tersebut dan hubungan saya dengan Dr. Mahathir semakin akrab dan setelah tamat pengajian, Dr Mahathir yang pada ketika itu akrab dengan saudara Anwar telah meminta saya membantu DSAI.

Maka itu saya mula bersama dengan DSAI mulai tahun 1987 sehingga 1998. Memang benar saya salah seorang yang paling lama berkhidmat dengan DSAI. Berbeza dengan satu, dua watak yang baru mengenali DSAI tetapi telah mengkhianati beliau dan perjuangan, malah telah membuat kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan perwatakan dan personaliti DSAI.

Anwar yang saya kenali

Bagi saya mereka ini adalah mereka yang tidak mengenali beliau sepenuhnya dan dipergunakan oleh musuh-musuh DSAI untuk menyerang dan melakukan fitnah. Sebagai orang yang lama dan paling lama sebenarnya berkhidmat dengan DSAI, bagi saya beliau seorang yang cukup tegas dan memikul amanah ini dengan baik dan bertanggungjawab seorang Muslim yang kuat aqidahnya, seorang Melayu yang kuat keMelayuannya tetapi pada masa yang sama mempunyai sikap yang adil dan saksama kepada kaum-kaum yang lain.

Ini semua kerana beliau melihat kepelbagaian ini juga dituntut oleh Islam tidak sekadar melihat Islam dan Melayu itu sebagai agenda tetapi menolak kaum-kaum yang lain. Sebab itu prinsip kepelbagaian ini atau pun apa yang sering disebut-sebutnya dalam Bahasa Cina yang bermaksud “kita semua dalam satu keluarga”.

Kata-kata ini diucapkan bukan dalam zaman Reformasi, beliau telah menyebut ini ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi. Ini bermakna ia merupakan satu conviction beliau sebagai Islam, sebagai Melayu tetapi pada yang sama kita mesti menerima kenyataan yang Islam menuntut kepelbagaian, Islam menuntut kerjasama dengan kaum-kaum dan agama-agama yang lain. Jadi beliau memegang prinsip yang berkenaan.

Bagi saya, saya bersyukur kerana pengalaman berkhidmat dengan DSAI ini banyak mendidik saya dan membentuk perwatakan saya.

Yang pertama, saya dapat belajar bagaimana kita nak menguruskan manusia ini. Tidak mudah dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai watak tetapi kita mesti ada kebijaksanaan untuk urus perkara-perkara ini.

Yang kedua, sudah tentulah bagaimana kita nak mengurus dan mentadbir krisis dengan berhemah dan bertanggungjawab. Sudah tentulah isu-isu lain, soal foreign policy, isu-isu antarabangsa, isu-isu politik, ekonomi dan sebahagian besarnya kita tak ada peluang untuk belajar di dalam kuliah di universiti atau kolej.

Tetapi melalui pengalaman seperti ini, saya mula berkhidmat dengan beliau seawal usia 24 tahun dan di usia begitu muda saya diberikan pendedahan untuk bersama-sama dengan beliau dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh negarawan besar di dunia bukan saja di Timur Tengah atau pun di Eropah dan juga di negara Barat.

Kalau di peringkat Malaysia ini saya masih ingat ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia ada satu Forum Ilmuan Malaysia (FIM), dan kita bertemu dengan mereka setiap bulan di mana ia melibatkan tokoh-tokoh akademik daripada universiti, daripada civil society, tokoh-tokoh politik untuk membincangkan bukan isu kepartian tetapi isu masyarakat, isu negara dan mendapat input dan maklum balas daripada pakar-pakar berkenaan sebagai resource persons.

Itu bagi saya amat penting. Orang-orang politik ini jangan terlalu banyak bermain politik sehingga memutuskan hubungan mereka dengan tradisi keilmuan. Sebab itu sehingga hari ini DSAI menekankan pimpinan keadilan mesti banyak membaca, mesti banyak berdamping dengan tokoh-tokoh ilmuan sama ada soal Islamnya, soal ekonominya dan juga bidang-bidang yang lain supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan ilmu, kita tidak membuat keputusan berasaskan emosi atau sentimen.

Apa-apa isu itu dapat ditangani kalau kita memiliki ilmu yang tinggi. Dan, ilmu ini perlu dipelajari walau pun kita sudah berada di suatu kedudukan yang tinggi, tetapi ia tidak bermakna jika kita tidak berdampingan atau pun hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh akademik.

Di peringkat regional juga sudah tentulah DSAI merupakan tokoh yang dilihat dapat menjana perubahan. Sebab itu saya kesal dengan serangan-serangan jahat termasuk Raja Petra Kamaruddin dan pecacai-pecacai UMNO yang lain dengan mengatakan DSAI ini unfit to be a Prime Minister (“tidak layak menjadi Perdana Menteri”).

Bagi saya, siapa mereka ini untuk menentukan masa depan parti dan DSAI, sedangkan pandangan dunia tidak begitu. Pandangan dunia melihat DSAI ini bukan sahaja milik keadilan, bukan sahaja milik Malaysia tetapi milik antarabangsa. Sebab itu beliau mendapat undangan hampir setiap minggu untuk berkongsi pengalaman dan ilmu beliau bagaimana dunia ini dapat bekerjasama dalam konteks globalisasi pada hari ini.

Sebagai contoh, pada 9 Januari ini, pada hari keputusan mahkamahnya, sepatutnya beliau berada di India atas undangan cucu Mahatma Gandhi dalam satu seminar penting dalam soal demokrasi. Begitu juga Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menyusun satu program besar untuk beliau pada 12 Januari ini bersama dengan tokoh-tokoh akademik dan kemasyarakatan di Turki untuk membincangkan soal bagaimana masa depan Islam dan Barat untuk kita maju kehadapan.

Kesetiaan saya kepada idealisme dan perjuangan Anwar


Bagi saya, kalau dunia melihat ketokohan kewibawaan DSAI, siapa satu, dua kerat manusia upahan UMNO ini untuk mempertikaikan kewibawaan dan juga ketokohan DSAI. Dan saya sebagai orang yang lama dengan beliau, 13 tahun dalam kerajaan semenjak beliau dipecat dalam tahun 1998 sehingga hari ini saya masih setia dengan beliau.

Saya sudah hampir 30 tahun bersama DSAI. Isu yang harus kita bincangkan, iaitu soal kesetiaan, ini juga bagi saya isu penting dalam perjuangan. Dan bagi saya, saya bukan setia kepada DSAI kerana batang tubuhnya, tetapi kerana prinsipnya dan idealisme yang dibawa oleh beliau yang saya tertarik dan saya melihat ia dapat mendidik anak bangsa untuk berpegang kepada prinsipnya.

Itulah rentetan yang dapat saya kongsi dari zaman persekolahan saya, zaman universiti dan khidmat saya kepada DSAI. Sekarang saya terlibat langsung dalam KeADILan (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Bagi saya rumusannya ialah saya bersyukur kerana saya dapat mendekati DSAI dalam konteks rasmi ketika dalam kerajaan dan hari ini dalam konteks perjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Pengalaman yang saya perolehi cukup luas, bukan saja dalam konteks kedaerahan atau pun dalam konteks tempatan tetapi juga pengalaman saya berinteraksi dengan masyarakat antarabangsa melalui DSAI itu cukup luas. Sudah tentulah ia dapat membantu KeADILan khususnya dan juga Pakatan Rakyat dalam meneroka masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Inilah peranan saya dan saya akan terus memberi khidmat kepada parti dan perjuangan Pakatan Rakyat walau apa pun berlaku kepada DSAI pada 9 Januari nanti. –roketkini