Jumaat, 24 Ogos 2012

Presiden baharu Mesir bela Palestin







Presiden Mesir Muhammad Mursy:  Palestin Perlu Pembelaan  

Akhirnya wakil NGO Islam dari Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP) Muhammad Mursy Isa al-Ayyat, 61 tahun  mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 30 Jun 2012, dan  menjadi presiden Mesir  pertama yang  terpilih dari kalangan awam sejak penggulingan Hosni Mubarak pada Februari 2011.

Namun pelantikan terpaksa berlangsung di Mahkamah Perlembagaan dan bukan di parlimen. Ini kerana  pergolakan politik antara Ikhwan Muslimin, pertubuhan yang dianggotai  Mursy  dengan  tentera pimpinan Marshall Hussein Thantawi sejak penggulingan Mubarak.
Nampaknya tentera seolah-olah terus berusaha mempertahankan status quo nya, tidak mahu melepaskan cengkaman kekuasaannya.
"Saya bersumpah dengan Tuhan Yang Maha Esa dengan tulus menjaga kedaulatan Republik Mesir, menghormati perlembagaan dan undang-undang, serta  mengambil berat terhadap kepentingan rakyat," ucap Mursy pada upacara pelantikan. 
Sebelumnya, Mursy mahu mengangkat sumpah di parlimen, tetapi tentera membubarkan parlimen yang dikuasai  Ikhwan Muslimin.

"Insya-Allah lembaga-lembaga yang sudah dipilih rakyat akan kembali memainkan peranan mereka. Dan pihak tentera  akan meneruskan tugas melindungi negara ini," kata Mursy di depan para tetamu, termasuk pemimpin tentera, Marshal Hussein Thantawi.

Mursy turut menegaskan beberapa dasar yang akan dilaksanakannya, baik dasar luar negeri dan domestik. Beliau menegaskan akan menjadi "khadam rakyat " dalam negara demokrasi, moden dan beperlembagaan.

Mursy menjelaskan dasar luarnya bahawa  Mesir akan mendukung dan berdampingan dengan perjuangan rakyat Palestin mendapatkan hak-haknya yang sah.
Sekian lama Palestin diabaikan oleh saudara seiman dari negara-negara Arab disekelilingnya akan mendapat bantuan sewajarnya dari Mesir.
Pada zaman diktator Mubarak, masalah Palestin begitu parah terutama di Gaza.Mubarak bahkan menyekat dan menghalang keras bantuan kepada Palestin di Gaza yang kekurangan makanan dan segala keperluan untuk terus hidup.
Mursy juga menyeru supaya segera diakhirinya pertumpahan darah di Syria yang telah berjalan hampir dua tahun.

"Saya menegaskan dari sini bahawa Mesir, rakyat dan badan kepresidenan berdiri berdampingan dengan rakyat Palestin, sehinggalah mereka mendapat kembali semua hak," ucapnya. "Kami juga mendukung rakyat Syria. Kami mahu  diakhirinya segera pertumpahan darah, "tambahnya.

"Kami menyeru kepada perdamaian  dunia, tetapi harus didahului dan disertai dengan keadilan", tambah Mursy.
Ini adalah ketegasan pertama kali dalam sejarah Mesir,  di mana seorang presiden menegaskan sokongan penuh demi maruah Islam dalam konflik Palestin dengan Israel.
Mursy juga menyatakan dukungan kepada rakyat  Palestin dan sangat menentang kezaliman yang berlaku di Syria. Ikhwan juga  mengutuk keras tindakan Presiden Syria, Bashar al-Asad.
Sekaligus Ikhwan mendukung gerakan rakyat yang melawan regim al-Assad yang zalim sehingga sanggup membunuh kanak-kanak.

Sebelumnya,  Mursy menyampaikan pidato pada hari Jumaat.Berjuta rakyat Mesir dengan emosional mengalu-alukan  Mursy, di Dataran Tahrir, yang menjadi pusat gerakan penentangan terhadap  Mubarak.
Mursy menegaskan di hadapan jutaan rakyat Mesir, bahawa  ia  akan  mempertahankan semua kekuasaan dan hak presiden.

"Saya tidak akan meninggalkan hak prerogatif presiden," katanya .. "Kamu (rakyat) adalah sumber kekuatan dan pengesahan hak," katanya kepada para pendukungnya. "Tidak ada tempat bagi siapa pun atau lembaga manapun ... di atas rakyat", tambahnya.

Pada 24 Jun, SCAF (Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata) dijadualkan mengumumkan pengalihan kekuasaan kepada presiden baru yang terpilih, sesuai dengan janji tentera menyerahkan kekuasaan kepada presiden baharu.
"Hari ini adalah hari tentera memenuhi janjinya,  bahawa tentera kita yang besar ini menyerahkan kekuasaan",  kata satu pengumuman sebelum acara menyerah jawatan secara rasmi.

Mursy menjadi calon Ikhwan yang berjaya mengalahkan Marshal Ahmed Shafiq, yang menjadi Perdana Menteri terakhir di era  Mubarak. Mursy mengalahkan  Shafiq dengan  undi  51.73 peratus.
Mursy menggambarkan Mesir seperti bayi baru lahir, dan akan menyongsong masa depannya.
Berbekal tarbiyah dan  dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama lebih 84 tahun – dengan izin Allah  mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan  itu terpilih sebagai Presiden Mesir. Beliau  berkelulusan jurutera dari Universiti Southern California mewakili Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP).

Batalkan Perjanjian Camp David

Pada 27 Jun, majoriti warga Mesir  menuntut pembatalan perjanjian perdamaian, Camp David, yang ditanda tangani oleh Tel Aviv dan Kahirah pada tahun 1979.
 "Majoriti warga Mesir menentang segala bentuk hubungan dengan Israel dan mereka berfikir bahawa Israel adalah regim penjajah,"kata Kamel Wazni, penganalisis politik kepada Press TV.
Kenyataan tersebut muncul sehari setelah Suruhanjaya Pemilihan Umum Mesir mengumumkan bahawa Muhammad Mursy,  dari Ikhwanul Muslimin keluar sebagai pemenang dalam pemilihan presiden pusingan kedua di negara itu.
Pakar politik itu menambahkan, warga Mesir mahu Palestin memiliki hak asasi mereka untuk memiliki tanahnya. Tekanan rakyat terhadap presiden baharu Mesir untuk menimbangkan semula perjanjian damai dengan Israel dan pembatalan perjanjian Camp David terus meningkat.
Kemenangan wakil Ikhwanul Muslimin telah menimbulkan kekhuatiran bagi pemerintah regim Zionis. Media dan para pemerintah Tel Aviv menjangkakan masa depan yang  tidak jelas tentang  hubungan Tel Aviv-Kahirah.
Israel khuatir  kemenangan Mursy akan mengakhiri perjanjian damai Camp David dan mengancam hubungan ekonomi serta keamanan yang sangat penting bagi Tel Aviv.
Media Israel menggambarkan kemenangan Mursy sebagai "perkembangan berbahaya" bagi Tel Aviv.
Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 26  Jun mengumumkan kemenangan Mursy sebagai presiden baru Mesir dalam  pusingan kedua pemilihan presiden  negara itu.
Mantan penghuni penjara Mesir ini diharapkan mampu menjaga kestabilan Mesir untuk memainkan peranan penting di dunia Arab dan Islam.

Para pegawai tertinggi di negara Arab mengucapkan selamat kepada  Mursy menyusul kemenangannya dalam pemilihan Presiden Mesir. Salah satunya adalah Raja Abdullah dari Jordan.

"Kami menghargai hasil pengundian ini, dan berharap Allah akan memberimu kejayaan dan membimbing ke arah dalam melayani Islam, Mesir dan rakyatnya," kata raja dalam satu kenyataan yang disiarkan Pusat Berita Saudi. 

Arab Saudi juga mengucapkan selamat atas kemenangan Mursy dan berharap dapat menjaga kestabilan dan keamanan Mesir untuk memainkan peranan penting di dunia Arab dan Islam.

Lima negara Teluk lainnya - Emirat Arab Bersatu, Kuwait, Bahrain, Oman dan Qatar  juga menyambut gembira kemenangan Mursy calon dari Ikhwanul Muslimin berjaya mengalahkan lawannya yang juga pengikut setia Mubarak--   dalam pilihan raya yang diumumkan pada 24 Jun.

Kemenangan calon presiden dari Ikhwanul Muslimin di Mesir merupakan angin segar bagi rakyat Mesir sendiri. 
Kemenangan Mursy dari Ikhwanul Muslimin tersebut bukan sebuah revolusi di Mesir. Menurutnya, kemenangan tersebut merupakan hasil kesepakatan dengan kelompok lain termasuk tentera.
 Apalagi seminggu sebelum itu, tentera Mesir masih berkeras tidak mahu memberi laluan kemenangan itu kerana ditakuti ‘kuasa tentera’ akan beransur-ansur hilang.

Justeru pemerintahan baru Mesir ini harus terus diawasi setelah menang, rasuah dan bisnes tentera di Mesir mungkin terbongkar? Inilah puncanya tentera tersangat ‘takut’ dengan kuasa baharu presiden yang berlatarbelakang Islam ini kata pemerhati politik.


Tugas pemerintahan baharu dua tahun ke depan adalah bagaimana membuat kejelasan yang pasti berkaitan reformasi di negara itu.
 Di kota Gaza, Palestin - Gerakan Penetangan Islam (HAMAS) menyatakan bahawa kemenangan  Mursy  dalam pemilihan presiden Mesir akan meningkatkan dukungan pada penetangan terhadap pendudukan Yahudi.
"Kemenangan Mursy mendorong program yang menolak pendudukan dan setiap kerja sama serta normalisasi dengan pendudukan," kata pemimpin HAMAS, Mahmud Zahar, di Gaza.
"Yang kalah dalam pertarungan ini adalah Israel dan agennya di wilayah ini," kata Zahar.
Hamas  didirikan pada 1980-an dan merupakan cabang Ikhwanul Muslimin-- mengusir pasukan yang setia kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas serta menguasai  Gaza pada 2007.
Hamas  berharap kemenangan tokoh Ikhwanul Muslimin dalam pemilihan presiden Mesir akan membantu mereka mengatasi sanksi dan blokade.
Sementara itu pemimpin tertinggi Gereja Koptik Mesir, Baba Pachomios, menyampaikan selamat kepada presiden terpilih Muhammad Mursy dan mengharapkan pemimpin baharu itu dapat mempererat persaudaraan antara Muslim / Kristian.
"Terpilihnya Dr. Mursy sebagai Presiden merupakan kehendak reformasi dan diharapkan dapat  memperkuat persaudaraan Muslim-Kristian," demikian harapan Baba Pachomios seperti dilapor  MENA pada 25 Jun.
Sebelumnya, trdapat laporan menyebutkan bahawa Gereja Koptik khuatir bila Ikhwanul Muslimin berkuasa di Mesir.
Gereja Koptik juga dilaporkan menganjurkan orangnya  memilih Ahmed Shafiq, calon presiden yang setia kepada mantan presiden Husni Mubarak, namun laporan itu dibantah pihak gereja.
Di sisi lain, Shafiq dalam aduannya kepada Suruhanjaya Tinggi Pilihanraya presiden mengatakan bahawa pendukung Mursy menghalang pemilih dari kalangan penganut Gereja Coptik di selatan Mesir yang hendak ke tempat mengundi ketika pilihan raya kerana dianggap sebagai pendukung  Shafiq.
Namun, Ketua Suruhanjaya Tinggi Pilihanraya, Faruk Sultan, dalam pengumuman pemenang pada Ahad 24 Jun mengatakan bahawa aduan Shafiq mengenai halangan kepada pemilih Coptik itu tidak terbukti.
Sementara itu, Mursy dalam sidang akhbar segera berjanji akan mempererat persaudaraan Muslim-Kristian.
"Muslim dan Kristian memiliki hak dan kewajipan  sama. Justeru, mari kita bergandengan tangan  membangun Mesir yang lebih aman dan sejahtera," kata Mursy.
Rujukan: republika, voice of Islam dan wikipedia@