Abdillah
Onim: Tekad berjihad di Gaza hingga akhir hayat
Jika orang kafir Yahudi pergi
berperang melawan orang Palestin; mereka berharap mendapat kemenangan dan
pulang dengan selamat. Berbeza dengan orang Islam, mereka berharap mendapat
redha Allah dengan mati syahid.
Mencintai syahid telah lama tertanam
di jiwa lelaki Indonesia bernama Abdillah
Onim. Dia pun menjadi sukarelawan kemanusiaan
di umi jihad-Gaza yang memang penuh suka
dan duka.
Abdillah Onim, relawan MER-C yang
menetap di Gaza, Palestin. Relawan untuk
Palestin yang juga merupakan Wartawan TVOne ini adalah kelahiran tanah Galela,
Maluku Utara.
Onim kini menjadi sasaran (target) tembak Israel kerana selalu berada di depan dalam melaporkan suasana di Gaza melalui stesenTVOne. Sementara wartawan dari luar sukar dan dilarang keras untuk memasuki kawasan jalur Gaza oleh tentera Israel.
Awalnya Onim adalah lelaki bujang yang mulai pergi ke Gaza pada tahun 2009. Ia memang berkeinginan menikahi wanita Gaza, lalu berusaha kuat mencari pendamping hidup dibantu rakan-rakannya di Gaza.
Diperkenalkan oleh beberapa sahabat , Onim bertemu dengan calon isterinya dengan proses yang cukup Islami.
Onim kini menjadi sasaran (target) tembak Israel kerana selalu berada di depan dalam melaporkan suasana di Gaza melalui stesenTVOne. Sementara wartawan dari luar sukar dan dilarang keras untuk memasuki kawasan jalur Gaza oleh tentera Israel.
Awalnya Onim adalah lelaki bujang yang mulai pergi ke Gaza pada tahun 2009. Ia memang berkeinginan menikahi wanita Gaza, lalu berusaha kuat mencari pendamping hidup dibantu rakan-rakannya di Gaza.
Diperkenalkan oleh beberapa sahabat , Onim bertemu dengan calon isterinya dengan proses yang cukup Islami.
Sekadar melihatnya sekali, kemudian
diteruskan dengan saling istikharah, untuk menentukan sikap
apakah saling menyetujui untuk membina
rumah tangga.
Setelah istikharah, akhirnya
mereka memutuskan untuk saling menerima. Proses pernikahan ini sangat
unik juga, bertemu sekali, tiga hari kemudian saling
menerima, hari keempat melamar,hari kelima penyerahan mahar
dan hari keenam ijab qabul.
Ketika melamar, selain ditemani oleh seluruh
Tim Relawan Pembangunan Hospital Indonesia yang ketika itu berjumlah 7 orang,
Onim juga ditemani oleh Ketua IHH Cabang Gaza, Muhammad Kaya.
Berbeza dengan proses lamaran
di Nusantara, proses melamar di Gaza sangat sederhana.
Mengambil tempat di belakang rumah calon mempelai wanita dengan dihadiri
oleh beberapa pegawai dari pemerintah Gaza, Rabu (16/02), proses acara
penyerahan mahar pun sangat sederhana
dan hanya berlangsung kurang dari 20 minit.
Mewakili keluarga Onim, Syeikh Ya’kub
Ismail Sulaiman, menyampaikan rasa terima kasih dan syukur yang mendalam kepada
Allah SWT kerana ini adalah pertama kalinya orang Indonesia menikah dengan
warga Gaza.
Di mana pihak keluarga calon mempelai wanita menerima dengan tulus pinangan Onim. Kemudian mahar sejumlah 3,000
USD pun diserahkan kepada orang tua mempelai wanita.
Turut hadir Datuk Bandar Bayt Lahiya, Pengarah Kementerian Pengangkutan,
wakil dari Universiti Islam Gaza, dan beberapa pegawainya. Acara ditutup dengan
doa dan diteruskan makan manisan ala Gaza.
Keesokan harinya, Khamis 17 Februari 2011 , bertempat di Mahkamah
Pernikahan kota Jabaliya, Abdillah Onim mengucapkan Ijab Qabulnya.
Bertindak sebagai wali dalam pernikahan tersebut
adalah ayah mempelai wanita, dengan 2 orang saksi iaitu Syeikh Ya’kub
Ismail Sulaiman dan Ibrahim Al-Hirthani.
Rasmilah Abdillah menyandang pangkat sebagai seorang suami. Semua rakan
relawan memeluk Abdilah Onim, rasa bahagia
dan haru oleh semua relawan.
Proses, pernikahan Onim juga diliput oleh berbagai media di Gaza,
seperti Felesteen al-Ann dan akhbar Risalah Palestin.
Allah yang Maha Kaya, Allah-lah yang mencukupkan seorang hamba
tatkala dia akan menikah sebagaimana firman-Nya , "Dan kahwinkanlah
orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin)
dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin
Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas
(Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An-Nur: 32)
Sebagai seorang relawan kemanusiaan,
Onim serba kekurangan, terutama mata
benda menyebabkan dia kegugupan menjelang
pernikahan.
Namun tak lama, berbondong-bondong
bantuan datang dari arah yang tak disangka-sangka. Di sinilah dia merasakan
pertolongan Allah itu turun kepada hamba-Nya
yang ingin melaksanakan sunnah yang suci dan demi menjaga kemuliaan.
“Saya juga merasakan bagaimana
pertolongan Allah itu turun, apalagi ketika saya memerlukan mahar, itu
benar-benar “tangan” Allah yang membantu. Keadaan saya benar-benar dalam
kekurangan, apalagi sebagai relawan,
tidak bergaji lalu menikah di wilayah konflik yang biaya hidupnya itu sangat
tinggi. Mahar saya sampai puluhan juta (rupiah), saya sudah jual kambing tetapi
tidak cukup.
Dan subhanallah hanya dalam masa dua
jam, saya dapat mengumpulkan mahar itu yang jumlahnya sekitar USD 3,000,” katanya.
Alhamdulillah, dari pernikahan
Abdillah Onim dengan muslimah Gaza ini dikurniai Allah seorang anak yang kini
berumur dua tahun.
Setelah berada di Gaza selama lebih
dari dua tahun, Abdillah diberikan cuti. Beliau memanfaatkannya untuk
berkunjung ke kampung halamannya di Maluku Utara bersama isteri dan anaknya.
Pulang
kampung
Seminggu setelah perang 8 hari (tahun
2012) berakhir atas izin dan kurnia dari
Allah swt Onim mengajak anak dan isterinya berziarah ke Indonesia. Niat utama
adalah bertemu ibu tercinta dan sanak
keluarga yang ada di kampung serta berdakwah selama berada di Indonesia.
Isteri Onim adalah seorang muslimah hafizah
asli Gaza yang bernama Rajaa Yusuf Ali
Onim dengan membawa buah hati puterinya berusia 1 tahun yang diberi nama
Marwiyah Filindo (Filistin Indonesia) Onim.
Filindo diambil dari dua nama negara yang
sangat erat kaitannya bahkan hubungan darah iaitu Filistin dan Indonesia. Anak
isteri Onim berwarganegara Palestin
sedangkan Onim masih mempertahankan
sebagai WNI.
Pada bulan Disember tahun 2012, Onim
bersama keluarganya tiba di Jakarta, kemudian meneruskan perjalanan ke kampung
halamannya.
Ketika berada di kampung dia
menghabiskan masa untuk berdakwah keliling kampung dari masjid ke masjid di
temani oleh isteri dan puterinya. Setelah kurang lebih sebulan berada di
kampung, Onim kembali ke Jakarta dan melanjutkan perjalanan dakwahnya ke
Malaysia.
Kemudian ke Purwokerto, Pekan Baru,
Lampung dan beberapa kota lainnya di Indonesia terutama di Jakarta berbagai
beberapa LSM (NGO) yang peduli Palestin.
Mereka mengundang Onim dan isteri
bersama puteri untuk mengisi acara di masjid-masjid dan sekolah-sekolah,
perusahaan, badan amil zakat.
Setiap kali Onim atau isteri saya
diundang mengisi acara di masjid-masjid baik di Malaysia ataupun di beberapa
kota di Indonesia, setiap kali di akhir acara para jamaah atau AJK acara menyerahkan
dana berupa amanah untuk anak yatim, fakir miskin atau janda syuhada di Gaza, Palestin.
Onim dan keluarga berada di Indonesia
selama 6 bulan dan biaya hidup di sana
adalah dari dana peribadi. Kerana selama 2 tahun beliau dan isteri menabung dengan niat berziarah dan berdakwah
ke Indonesia.
Ketika berada di Indonesia beliau
membuka jaringan silaturahim seluas-luasnya tanpa memandang apakah atau lambang
atau LSM dan bersama isterinya menghadiri
undangan dari LSM-LSM.
Kembali ke
Gaza
Ketika ditanya mengapa tak menetap di Indonesia saja,
ia mengaku tidak mampu tinggal di sana. Bukannya tak cinta tanah air, tetapi lingkungan
dan sisi keislaman di negeri ini jauh berbeza dengan di Gaza.
“Kalau untuk tinggal di Indonesia,
saya dan isteri seperti tidak mampu. Kerana gaya hidup dan budaya di Indonesia dengan Palestin itu sangat berbeza
terutama dari sisi keislaman. Jadi saya memilih untuk mendidik dan membesarkan
anak-anak di Gaza,” jawabnya.
“Isteri saya seorang hafizah dan keluarga saya di Gaza itu hafiz dan hafizah jadi saya lebih
memilih membesarkan anak di sana dan kalau ada rezeki mahu diri rumah di sana.
Tapi insya Allah akan berulang alik ke Indonesia,” tutupnya.
Onim pun semakin kuat tekadnya untuk
tinggal di Gaza membesarkan anaknya, ia tak peduli meskipun serangan Zionis
Israel yang sentiasa mengancam.
Setelah berziarah dan berdakwah baik di Indonesia dan
di Malaysia maka pada 1 Mei 2013 Onim
sekeluarga kembali ke Gaza dengan laluan
rasmi iaitu melalui pintu sempadan Rafah.
Onim berniat menetap dan membangun rumah di tanah
pemberian bapak mertua; termasuk markaz
tahfiz untuk menampung anak menghafal Qur’an salah satu usaha isterinya.
Ketika itu design rumah dan markaz tahfiz dan tanah sudah ada tapi dana pembangunannya
belum cukup kerana memerlukan dana Rp 400,000.000,- sedangkan tabungan Onim
bersama isteri baru ada Rp 100,000.000.
Setelah seminggu berada di Gaza, dana yang diamanahkan oleh rakyat
Indonesia dan rakyat Malaysia melalui masjid-masjid, sekolah, universiti,
perusahaan, pejabat sudah disalurkan sesuai dengan yang diamanahkan.
Keadaan
keluarga yang datangi Onim untuk
menyalurkan bantuan berupa dana tunai iaitu fakir miskin yang sakit kuat
hinggaan terpaksa di bawa berubat hingga ke Israel.
Ada keluarga cacat, keluarga fakir yang
bapaknya buta harus dioperasi, fakir miskin yang bapanya menderita gagal buah
pinggang. Ada fakir miskin yang bapanya bisu dan menyewa di ruang 6×6, fakir
miskin yang bapanya menderita kanser tenggorok.
Terdapat juga fakir miskin menganggur
dan memiliki 6 anak, fakir miskin yang bapanya mati dalam pertempuran melawan
tentera Israel, ketiga anak yang bapaknya masih ditahan di penjara Israel, ada
juga fakir miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan