
Ikhwan minta dibuka laluan Rafah
Gerakan al Ikhwan al Muslimin (Ikhwan) pada 21 Julai menyeru supaya dasar luar negeri Mesir menjalankan tanggung jawabnya terhadap masalah Palestin terutama masalah di Semenanjung Gaza.
Ia menegaskan tentang keperluan dibukanya sempadan Rafah tanpa apa-apa sekatan atau peraturan ketat yang menyusahkan orang Palestin di Gaza untuk terus menjalani kehidupan sebagai negara yang merdeka.
Dalam seruannya, Ikhwan mendorong supaya dasar luar negeri Mesir yang juga memimpin negara-negara Arab lainya untuk menuntut hak-hak bangsa Palestin. Paling minimum ialah dengan membuka lintasan Rafah bagi pergerakan manusia dan keperluan barang-barang makanan dan lain-lain.
Ia menyatakan, PBB telah melakukan ‘double standard’ terhadap negara Palestin. Di sisi lain, PBB juga telah mengabaikan puluhan resolusi terkait hak-hak rakyat Palestin.
Pernyataan ini diungkapkan Ikhwan ketika menyampaikan sikap gerakan atau penjelasan sikap kolektif yang diberinama, “Hak September”.
Ikhwan juga mengatakan, menjelang bulan September, semua pihak akan memantau apa yang dilakukan sejumlah pihak dalam ranah diplomasi maupun untuk memperoleh pengakuan dari PBB terhadap negara Palestin seluas 20 peratus dari seluruh wilayah Palestin yang ada dalam sejarah.
Ikhwan mengisyaratkan, sejumlah pihak mungkin lupa, bahawa Ibrani Zionis hanya sekali melaksanakan resolusi PBB kemudian ia melanggar atau menghancurkan ratusan resolusi lainnya tanpa malu kepada masyarakat dunia.
Inilah dasar berat sebelah PBB terhadap Gaza yang telah menghancurkan prinsip-prinsip resolusi yang tidak memperbolehkan kuasai satu wilayah secara paksa.
Sementara ‘ hak rakyat Palestin’ masih wujud. Mereka (Zionis) telah melakukan serangan dan keganasan walaupun ketika sedang berunding untuk berdamai.
Sementara itu, Ikhwan juga mengajak semua pihak independen agar membela hak-hak bangsa yang dizalimi itu. Bangsa Palestin sedang terusir, terasing, ditangkap dan dijajah secara kejam oleh Zionis dan ‘dihalalkan’ oleh PBB dan sebahagian masyarakat Barat.
Paling malang banyak negara yang ramai umat Islamnya turut menyokong agresi Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Di mana rasa persaudaraan seiman kita?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan