
Suatu ketika di dunia perpolitikan kita
Burhanuddin el-Helmi diinterogasi di tahanan
Perjuangan politik Dr Burhannudin el-Helmi penuh dengan onak dan duri yang jika dikaji dapat diambil iktibar kepada para pejuang terutama politikus yang sedang berjuang di arena perpolitikan Islam.Petikan di bawah diambil daripada “Hari-hari aku dizalimi” oleh beliau sendiri yang baru diterbitkan PAS Gombak pada 2006.Petikan menceritakan bagaimana beliau diseksa di lokap Balai Polis High Street (kini Jalan Bandar, Kuala Lumpur) bermula pada Januari 1965, kira-kira 46 tahun lalu.
Saya membantah dan menafikan ketiga-tiga tuduhan terhadap saya. Ini kerana tuduhan tersebut adalah tidak benar dan direka-reka. Tuduhan itu menghina nama baik perjuangan saya selama ini.
Sebelum saya menerangkan bantahan dan penafian, saya hendak menerangkan cara pihak polis membuat tuduhan itu.Dari pagi 29 Januari 1965 saya telah mula disoal-siasat setiap hari pada waktu pagi, petang dan malam.Paginya bermula dari jam 9 pagi dan malamnya berakhir pada jam 12 atau lebih.
Setiap hari sekurang-kurangnya saya digari sebanyak enam kali.
Bilik kurungan lokap itu tidak cukup udara menyebabkan saya susah hendak bernafas dan menyebabkan saya sakit dada dan bersin. Saya terasa panas pada pembuluhan nafas dan paru-paru. Sepanjang ditahan hingga berbelas kali saya diserang penyakit lelah. Apabila saya dibenarkan mengambil angin di luar bilik tahanan, barulah lega sedikit sesak nafas itu.
Doktor datang tiga hari sekali. la meminta supaya diganti lokap untuk saya. Bila ditukar cuma tukar tempat saya tinggal. Jenis lokapnya serupa sahaja. Kemelaratan saya terus berlaku.
Suatu hari doktor memberitahu bahawa dalam tubuh saya kekurangan air. Air Iiur pekat dan mulut kekeringan kerana saya hanya diberi minum secawan teh pagi, secawan air panas masa makan tengah hari dan malam. Doktor juga mempertahankan agar saya diberikan air panas.
Kira-kira tiga hari setelah ditahan, saya mengidap sakit gatal di celah kelangkang dan kedua belah tangan berkudis. Saya minta seluar dan baju baru yang tidak berganti-ganti. Saya telah terkena jangkitan kudis-kudis dan seluar yang kotor. Doktor kemudian meminta tukar seluar baju saya.
Seperkara mengazabkan saya adalah susah hendak buang air besar dan buang air kecil. Kadang-kadang sampai berjam-jam kena tunggu hendak buang air kecil atau buang air besar. Kerana terpaksa menunggu lama, saya mendapat sakit kencing tidak lawas. Bila doktor memeriksa, didapati saya mengidap penyakit prostatitis Sekarang ini pun saya masih lagi menghidap penyakit ini.
Saya tidak diberi memakai kaca rnata padahal sejak umur 15 tahun telah berkaca mata.Saya tidak diberi sabun dan tidak diberi berus gigi.
Saya tidak dibenarkan membaca Quran.
Malam-malam nyamuk tidak terkira banyaknya menyerang sukar sekali untuk saya tidur.Tambah lagi rasa lemas dan cemas serta sesak dada.Saya tidak dibenarkan berselipar di atas lantai simen.
Tilam yang diberikan kotor dan berhabuk menyebabkan selalu terbersin serta berbau busuk dan hapak.
Selama empat hari dan empat rnalam saya ditanya dengan pelbagai pertanyaan dan tuduhan yang mencemarkan seorang pemimpin. Saya tersangat hairan dan kebingungan kerana tuduhan yang bukan-bukan dan tidak selayaknya kepada seorang ahli politik yang telah lama di gelanggang dan berjuang menurut Perlembagaan dari 1937 lagi.
Tidak pernah saya lakukan dan berniat melakukan perkara di luar Perlembagaan, peraturan kemanusiaan Human Right dan piagam Bangsa-bangsa Bersatu.
Segala tuduhan itu saya jawab bahawa tidak tahu dan mana yang patut saya nafikan saya menafikan.
Saya terperanjat mendengar pertanyaan polis bahawa saya termasuk bersama merancang exile government. Sedangkan ianya adalah suatu perkara yang tidak terlintas pun pada fikiran.
Pertanyaan itu saya kira adalah perkara yang mengarut. la tidak sepatutnya ditanyakan kepada saya sebagai seorang tokoh politik dan ketua antara parti terbesar di Malaya.
Saya meminta polis supaya memberitahu secara terang dan bertulis apakah tuduhan ke atas saya. Tuduhan bertulis ini boleh dijawab atau bawa saya ke mahkamah. Kadang-kadang saya disoal dengan berdiri berjam-jam dan disuruh membuka baju dan seluar.
Soal jawab ke atas saya yang sebentar berkeras dan sebentar berlembut. Tuduhan yang tidak berasas semuanya saya tolak dan nafikan. Mana-mana yang saya tahu secara terus terang saya nyatakan. Soal-siasat seperti ini berjalan selama kira-kira 14 hari.
Semakin hari semakin mereka menekan supaya mengaku bahawa saya tahu dan turut serta bersubahat dengan Dato' Raja, Ishak Haji Mohamad dan Aziz Ishak.
Saya menafikan ada hubungan selain daripada pergerakan dan urusan politik biasa.Demikian juga pelbagai soalan dan tekanan cross examination yang bertujuan memerangkap supaya mengaku tentang exile government itu
Jika tidak silap pada 14 Januari saya diperdengarkan ucapan radio Dato’ Raja dan Ishak Haji Mohamad,dan masa itu orang yang menyoal saya bertukar dengan orang-orang yang baru pula. Mereka itu menyoal dengan cara berlembut.
Soal-siasat mereka meleret dan mengenai bermacam perkara dengan soalan-soalan cross examination. Soalan itu saya rasa berakhir pada 13 Mac.
Ada kenyataan (statement) yang telah dibuat berkenaan saya. Apa yang ada saya tulis sendiri ialah menerangkan penentangan saya bukan kepada kerajaan dan kedaulatan Malaysia telapi saya menentang Perikatan dan segala kezalimannya. Semua perkara ini timbul dari salah politik Perikatan terhadap rakyat dan negara. Itupun hanya saya baca selepas saya berikan bangkangan terbuka ke atas mereka.
Tentang tekanan dan keadaan yang mengganggu saya dan penyakit yang saya tanggung dalam lokap itu saya berkeadaan dalam bimbang. Sentiasa cemas dengan tekanan yang semakin dahsyat yang tidak sepatutnya dan selayaknya dilakukan ke atas saya sebagai seorang tahanan politik. Hingga 27 Mac saya dipindahkan ke Batu Gajah, Perak.
Saya merasakan dan mengira bahawa tekanan ke atas saya dengan segala tuduhan yang tidak betul adalah rekaan semata-mata. Polis telah melakukan salah guna undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Parti Perikatan dalam ketakutan dan kebimbangan dlsebabkan bangkangan saya.
Disaring oleh: Shamilin Anbari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan